Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Toknabe. Show all posts
Showing posts with label Toknabe. Show all posts

23 December 2011

Layan TV Online

Sekarang menonton tv adalah lebih mudah dan senang. Tak semestinya kita memerlukan set tv, baru kita dapat menonton siaran televisyen. Dengan adanya komputer dan talian internet, menonton tv adalah mudah dan banyak pilihan.Laman-lalam berikut memberikan kita akses kepada tv online secara percuma sama ada dari dalam dan juga luar negara.

1. eRAMA TV
url : http://erama.tv/mobiletv
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV


2. Asyik TV
url : http://asyik.tv
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV



3. TV ONline via FaceBook
url : https://www.facebook.com/tvonlinebcm?sk=app_216924904991602
Saluran : TV1, TV2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, AXN, Star World dan banyak lagi.


Dalam FaceBook pun boleh tengok tv.


4. Astro Beyond Streaming

Url : http://www.astro.com.my/bdqbplayer

Saluran :  rancangan Astro dan Video on Demand. Anda perlu mendaftar dan login menggunakan akaun laman Astro.com.my yang telah anda daftar.


Selamat menonton tv online....................

18 December 2011

Penat Guna Antivirus Free................



.........atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE). Antivirus dari Microsoft ini pada saya ringan, komputer lebih laju sikit kalau nak dibandingkan dengan antivirus yang lain. Antivirus ini free tapi dengan syarat anda menggunakan Microsoft Windows yang berlesen tak kiralah sama ada Windows 7 atau Windows Vista

Saya dah menggunakan MSE ini hampir setahun menggantikan Kaspersky Antivirus, Setakat ini prestasinya memberangsangkan. Komputer rasanya selamat dari ancaman virus, malware, spyware dan sebagainya. Malah Microsoft Office 2010 saya pun hampir-hampir dibersihkan dari segala 'kekotoran'.

Microsoft Security boleh didapati/download di laman Microsoft dan ianya disediakan dalam dua versi iaitu untuk Windows 7/Vista 32 bit dan Windows 7/Vista 64 bit. Pilihlah mengikur kesesuaian OS anda.

Jom bertukar......................




*p/s :  Windows yang seakan-akan Genuine pun boleh pakai.............................

10 December 2011

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Setibanya di kampung di petang 20 November, tak disangka hujan turun selebat-lebatnya mulai malam itu sehinggalah 4 hari kemudian. Sah, banjir menyambut kepulangan kami sekeluarga ke kampung. Nak tak nak, 4 hari terperuk di rumah menunggu banjir tiba. Alhamdulillah walaupun air tak naik sehingga ke rumah tapi bahagian dapur air masuk jugak. Dulu musim banjir, taklah sebegini. Jika banjir dah teruk sangat (Kota Baharu dah tenggelam) baru air masuk bahagian dapur. Sekarang ni, hujan hebat barang 2,3 hari air akan naik disebabkan ruang-ruang aliran air (alor) tersekat disebabkan alor-alor itu ditambak untuk membuat rumah. Jadi air yang tidak bermata itu akan mencari ruang-ruang yang boleh dimasuki untuk dipenuhi. Walaupun kampung tak banjir tapi kita orang tak leh ke mana-mana sebab jalan-jalan keluar terputus dek banjir.


(kredit gambar)
Tak dapat ler nak melawat rantau Panjang bali kali ni. dari maklumat rakan-rakan kat sana, air ketika itu paras lutut kat bandar Rantau Panjang. Apa yang dapat dibuat di musim banjir ni yek? yang pasti harga ubi-ubi tek kira apa jenis ubi melambung tinggi. Permintaan terhadap ubi meningkat naik. Hehe........ sedap makan ubi ni time musim hujan-hujan ni.


Sebutlah ubi apa ubi itik, ubi badak, ubi keling,ubi kayu........... semuanya orang cari dan masa inilah para penanam ubi ni akan beroleh pendapatan yang agak banyak.

Balik kali ini, berjalan tak banyak, gambar tak banyak, barang tak banyak beli dan yang penting bila tak jalan, duit pun tak banyak habis.

06 August 2011

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya. Melalui laman inilah saya kenal lebih ramai kawan walaupun hanya secara maya. Sejak adanya Facebook, ramai blogger semacam menyepi dari dunia blog dan beralih kepada wall kat facebook untuk menulis.Mungkin kat Facebook caranya lebih senang dan mudah Dalam masa 4 tahun dan lebih dari 400 posting, terasa amat sayang untuk meninggalkan dunia blog ni, tak apalah biarpun kurang meng'update' tapi saya rasa biarlah TokNabe's Pages ni boleh terus diakses oleh pengguna internet.


Ini pula kisah kehadiran orang baru dalam keluarga saya. Alhamdulillah 7.7.2011 yang lalu (sebulan berlalu), Muhammad Zarif Zahrfan selamat dilahirkan di hospital Kluang tepat jam 9.05 malam. Minggu tu sebenarnya saya agak kelam kabut kerana selain isteri dalam tarikh due, saya pulak terlibat dengan peperiksaan akhir. Saya berdoa agar isteri saya tidak bersalin dalam tempoh hari peperiksaan itu.

Alhamdulillah di hari akhir, betul-betul selepas peperiksaan, saya menghantar isteri ke hospital dalam masa tengahari, bukan kerana sakit nak bersalin tapi kerana arahan dari klinik kerana dah terlepas tarikh due. Mengikut doktor usaha bersalin akan dibuat keesokkan harinya, jadi selepas lama dihospital, saya pun balik ke rumah. Malam itu, isteri saya telefon memberitahu yang beliau sakit macam nak bersalin, jadi saya terus bergegas ke hospital. Apabila sampai di sana, isteri dah selamat bersalin. Alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah.

 

 Keduanya tak lama di hospital, bersalin malam Jumaat dan boleh balik balik pada hari Sabtu tapi kerana kekuningan keduanya terpaksa ke hospital semula pada hari Isnin. Sempat juga dua malam di sana.

Alhamdulilah keduanya sekarang dah ok, dah Zarif pun dah berumur sebulan. Nampaknya tahun ni bertambahlah zakat saya. 

Selamat menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak.






17 June 2011

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Setelah terlihat van yang terlibat, terus saya memberhentikan kereta untuk melihat perkembangan pemandunya memandangkan saya amat mengenali pemilik van berkenaan.Pemiliknya adalah bekas Pembantu Am Rendah di sekolah saya.

Alhamdulillah, orangnya saya lihat tidak cedera, cuma mengalami sedikit calar-calar di kepala akibat terkena cermin yang pecah. Beliau memakai tali pinggang keledar pada masa itu.Begitu juga pemandu MyVi ini, seorang guru wanita di sekolah agama di Kluang, juga mengalami luka ringan di muka, mungkin akibat cermin pecah dan hentaman 'airbag'.


Cuma yang sedih adalah penunggang motosikal yang sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat rempuhan kepada kereta MyVi.

Itulah, kalau malang tu boleh berbau, kemalangan yang meragut nyawa dan juga meninggalkan kesan trauma itu boleh dielakkan tapi itulah orang kata malang tidak berbau..............

12 June 2011

Penghujung Cuti

Cuti sekolah selama 2 minggu, kebanyakkan orang mengambil peluang cuti ini untuk pergi bercuti atau balik ke kampung. Dua minggu, memang masa yang agak lama untuk berehat panjang tanpa memikirkan beban kerja. Hujung-hujung dalam minggu kedua cuti, sempat saya menyempurnakan hajat anak-anak untuk bermain air. Kali ini ke destinasi yang agak dekat. Ke Melaka Wonderland Theme Park di Air Keroh, Melaka.

Minggu pertama cuti memang tak ke mana-mana, dipenuhi dengan program kelas tambahan sekolah n isteri, kemudian orang tua saya bersama adik datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur untuk menziarahi adik saya yang seorang lagi yang tinggal di Johor. Beliau baru lepas menjalani pembedahan di kaki akibat patah tulang ketika bertugas di Itali, kemudian di bawa balik ke Johor untuk menjalani rawatan.

Dengar cerita memang susah untuk mendapat parking di taman tema ni jika datang agak lewat. Jadi lepas sarapan dan bersiap-siap, saya sampai di sana seawal pukul 9.00 pagi. Hehe... dapat parking betul-betul depan pintu masuk. Belum ada orang lagi ler......... menjangkau pukul 10, dah ramai orang yang masuk. Dalam kolam-kolam pun dah macam ikan yang tak cukup air.

Seronok jugak di sini terutama sekali budak-budak, memang tak nak naik darat. Kalau dibandingkan dengan Bukit Gambang Water Park (BGWP), rasanya Melaka Wonderland jauh ketinggalan. Bayaran masuknya lebih mahal dari BGWP, permainan air lebih menarik di Gambang, pengurusan pun lebih baik di Gambang. Bayangkan di Melaka Wonderland, bayaran untuk loker (sekali buka) adalah 1 token (RM4.00). Kalau ler kita tertinggal itu, ini dan nak buka loker tu 5,6,7 kali, berapa RM yang habis hanya untuk buka loker saja. Bab itu jauh sekali di BGWP. Alang-alang dah masuk, pukul 2.00 baru keluar dari situ........

Keinginan anak-anak juga nak ke Planetarium Melaka, jadi selepas dari Melaka Wonderland, kami ke situ. Berada di tengah-tengah bulatan berhampiran MITC, Air Keroh. Bayaran masuknya tak mahal. Budak-budak seringgit. kakitangan kerajaan RM5.00 dan orang awam RM8.00.

Bangunan itu 3 tingkat. Tingkat pertama tak tahu ada apa sebab tak leh masuk. Tingkat kedua menempatkan ruang pameran astronomi dan angkasa. Tingkat ketiga pula menempatkan Teater Planetarium. Kebetulan ketika kami sampai, tayangan 3D baru hendak ditayangkan di Teater Planetarium tersebut.

Selesai melapasi keinginan anak-anak. Lepas tu melepasi keinginan orang rumah pulak......... hehe pi shoping kat Mydin di sebelah Planetarium tu.

01 June 2011

Beralih Kepada Tablet

Hampir 3 minggu menggunakan Acer Iconia Tab W500. Rasanya ia oklah dan berbaloi membelinya. Bentuknya yang unik iaitu walaupun komputer tablet tetapi dibekalkan bersama keyboard dock yang boleh menjadikan tablet ini seperti laptop yang normal. Paparan skrin 10.1" dengan resolusi HD 1280 x 800 WXGA dengan skrin sesentuh serta auto rotation. Memang cantik untuk menonton movie dalam tablet ni.


Prestasinya? Pada saya oklah untuk membuat kerja-kerja ringan seperti menggunakan Microsoft Office dan melayari internet.Cuma kapasiti storannya agak terhad, ia dibekalkan dengan 32GB SSD storan. Untuk mendapatkan lebih storan, saya dah dapatkan kad SD dengan kapasiti 32GB lagi (Ada slot untuk kad SD). Cukuplah untuk menyimpan data-data. Hehe....kalau nak lagi besar, cucuk ler portable HD berkapasiti 1.5 TB, tapi itulah...macam orang yang jantungnya dok kat luar je.


Tablet ini juga beroperasi menggunakan Window 7 Home Premium 32 bit tulen, dengan adanya windows, pelbagai aplikasi boleh dipasang seperti laptop biasa. Cuma itulah storannya yang agak terhad. Sebenarnya ada satu versi lagi iconia ni. Versi itu ialah Iconia Tab A500, yang ini menggunakan android sebagai sistem operasi. Iconia A500, tak boleh beroperasi sebagai laptop biasa, cuma ia lebih berguna untuk  aplikasi internet dan juga hiburan.
Processornya? Tablet ni menggunakan CPU AMD C Series C510 (1GHz, 1MB L2 cache). Saya tak tahu nak huraikan tapi ia cukuplah untuk menjalankan pelbagai aplikasi serta games dengan licin dan tanpa sangkut-sangkut. Paparan grafiknya pula menggunakan ATI Radeon HD6250. Ok kan?.


Baterinya? setakat ni,  saya guna belum sampai habis bateri lagi tapi jika saya gunakan aplikasi office dan internet dalam 3 jam aras bateri adalah dalam separuh digunakan. Sebenarnya penggunaan bateri adalah bergantung kepada apliaksi yang digunakan, jika untuk menonton movie dan menggunakan banyak aplikasi, maka cepatlah bateri habis.



Ini bukan promosi tapi sekadar berkongsi.
Lain-lain spec:

Model No
ACER ICONIA TAB W500 (Windows 7 Home Premium 32-Bit)
Part No
LE.RK602.057
CPU Technology
AMD C Series C-510 Processor (1GHz, 1MB L2 cache)
Operating System
Windows 7 Home Premium 32-bit
Chipset
Mobile Intel® HM55 Express Chipset
System Memory
2GB DDR3 Onboard System Memory
Display
10.1" HD 1280 X 800(WXGA)resolution, Acer Crystal Brite LED-backlit TFT LCD with integrated multi touch screen supporting finger touch and image auto rotation
Graphics
ATI Radeon HD 6250, supporting unified video decoder 3
Hard Disk
32GB Solid State Drive
Optical Disk Drive
Information Not Available
Pointing Device
multi-touch screens
Communications
Bluetooth 3.0, Acer InviLink Nplify 802.11b/g/n Wi-Fi CERTIFIED supporting Acer SignalUp wireless technology
Built-in Camera
Acer Crystal Eye 1.3 MP webcam, 1280 x 1024 resolution
Sound System
Built-in mono speaker with high-definition audio support
Interfaces
1 USB 3.0 & USB 2.0 ports, HDMI port with HDCP support
Battery Type
4-Cell battery
AC Adapter
Information Not Available
Physical Dimensions
275 (W) x 190 (D) x 15.95 (H) mm
Weight
0.97 kg with 4-cell battery
Color Variation
Information Not Available
Warranty
1-Year International Traveller Warranty



20 May 2011

Dirtiest River In The World


Citarum River, slowly flowing near the capital Jakarta, is the largest river in Indonesia’s Djawa Barat, total length of 272 km. It is Indonesia’s important river for irrigation, also the main source of drinking water to local residents.
It was a beautiful clean river, but in the past 20 years due to a large number of industrial and domestic wastes discharged into the river, Citarum River’s beauty no longer exists. Polluted water and accumulative garbage, some people even think that picking up litter is more substantial income than fishing. Citarum River is even by the media as the dirtiest river in the world.

More Pictures :

14 May 2011

Menjelang Hari Guru

 
Kes disiplin timbul lagi; kali ini di Klang; empat orang pelajar ditikam oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

Pada hari berita itu disiarkan, seorang pelajar saya ditumbuk oleh seorang pelajar lain, dan sebelum pergaduhan menjadi lebih teruk,perbuatan mereka dihentikan sekumpulan pelajar lain yang berada di situ dan kedua-dua yang terlibat diberi ubat gosok kerana mereka lebam sedikit dan oleh kerana tiada kecederaan teruk, mereka enggan ke hospital dan saya meminta kedua-duanya kembali ke kelas semula.

Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Selama tempoh saya mengajar, hampir semua pelajar yang saya kenal,bermula dari kelas yang terbaik sehinggalah ke kelas yang tercorot kerap tertinggal buku di rumah. Pengalaman saya sebagai guru mengajar,apabila pelajar tidak bawa buku teks, maksudnya mereka tidak mahu belajar. Jika mereka tidak bawa buku latihan, maksudnya mereka tidak siap kerja. Jika mereka tidak bawa satu apa pun ke sekolah, maksudnya mereka tidak mahu belajar, dan tidak peduli apa pun, sebaliknya datang ke sekolah semata-mata untuk berjumpa kawan dan keluar dari rumah.

Selalunya apabila mereka tidak bawa buku, saya terpaksa meminta mereka meminjam dari kawan, atau menyalin di dalam kertas lain, dan ditampal dalam buku apabila pulang ke rumah. Saya tahu, mereka tidak akan tampal dalam buku, tapi saya terpaksa juga menyuruh demikian, kerana bimbang mereka akan mengganggu rakan lain yang membawa buku.

Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Beberapa minggu lalu, ada seorang pelajar saya dibuang sekolah atas masalah disiplin. Ibunya datang menyerang guru disiplin di sekolah yang memang sudah biasa diserang ibu bapa.

Kami guru-guru hanya meminta ibu itu membawa anaknya ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri dan memohon masuk ke sekolah semula. Permohonannya dibenarkan (kerana kita ada dasar pendidikan wajib sehingga usia 17 tahun) dan pelajar saya ini datang ke sekolah semula.

Sikapnya masih sama; tidak bawa buku teks dan buku latihan, asyik bermain dalam kelas dan mengganggu rakan yang lain. Apabila saya katakan "Awak ni baru saja datang selepas dibuang sekolah, mengapa masih tidak ubah sikap?", dengan angkuhnya dia berkata kepada saya,"Kalau kena buang sekali lagi pun, saya masih boleh masuk semula. Ini bukan urusan cikgu". Seterusnya saya meminta dia duduk dengan senyap dan melarang dia mengganggu rakan lain. Tetapi, kerana marah dengan saya, pelajar saya itu keluar dari kelas tanpa kebenaran dan tidak kembali sehingga tamat waktu pelajaran saya. Dia tidak masuk kelas juga pada waktu guru lain masuk mengajar. Kawan-kawannya memberitahu saya yang dia telah melompat keluar dari pagar sekolah. Saya hanya dapat mendengar.

Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Saya dan mana-mana guru pun di Malaysia ini memang tidak boleh buat apa-apa. Apa yang boleh kami buat ialah menolak markah demerit dan apabila habis markah ditolak, pelajar itu akan dibuang sekolah dan selepas beberapa minggu, mereka akan kembali semula. Semua tindakan yang boleh diambil adalah di atas kertas semata-mata, dan pelajar pun tidak tahu-menahu tentangnya.

Bagaimana kita hendak selesaikan masalah disiplin jika kita asyik hendak berpolitik dan memenangi hati ibu bapa, tanpa menyedari yang kita telah menyembunyikan satu bahagian realiti dunia daripada anak-anak kita? Realiti yang telah kita sembunyikan ialah dunia ini boleh menghukum semua jenis kesalahan. Realitinya ialah, majikan boleh membuang pekerja yang malas. Kita telah sembunyikan realiti ini dari anak-anak kita sebab kita hendak ibu bapa menyokong kita.

Saya mohon Utusan Malaysia siasat bidang kuasa guru; apa yang boleh dan apa yang tidak boleh guru lakukan untuk menguruskan hal disiplin sekolah. Barulah masyarakat tahu realitinya; menjegil mata kepada murid pun sebenarnya menyalahi peraturan.
 
AKMAL FAIRUZ
 

08 May 2011

Jasa Bonda



Baru lepas telefon bonda di kampung, agak lama juga tidak bertanya khabar. Buka lupa, bukan juga sibuk tapi kekadang kita kurang perasan masa dan ketika untuk menghubungi bonda . Agak lama jugak berborak bertanya khabar sebelum perbualan tamat. Selepas itu teringat saya akan satu fail flash yang saya dapati dari satu kursus motivasi untuk anak-anak didik. Liriknya penuh dengan makna, lagunya pulak menusuk jiwa. Itu pun kalau orang terutama anak-anak boleh memahami.

Selamat Hari Ibu untuk ibu ku, isteri ku dan ibu-ibu semua. Ingat anak-anak "marah bukan kebencian tetapi kerana sayang"

JASA BONDA :







Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda.

21 March 2011

Main Air

Sesekali seronok juga pergi membasahkan diri di taman-taman tema air seperti di Gambang Water Park ni. Yang paling penting adalah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada anak-anak. Pernah sekali singgah di Gambang Water Park di Kuantan ni. Itu pun kira sebagai satu persinggahan sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kelantan.

Sekarang budak-budak dah tanya, bila nak gi lagi. Cadangnya nak bawak juga diorang ke taman tema air ni. Terdekat dan terbaik rasanya di Melaka Wonderland tapi okey ke tak? ada sapa-sapa pernah pergi situ, boleh ler kasi review sikit.

08 March 2011

Dieffenbachia bowmannii

Dikatakan pokok hiasan diatas adalah amat beracun dan amat berbahaya kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Walau bagaimanapun pokok ini teramatlah banyak dijadikan hiasan sama ada di dalam atau luar rumah.

Mengapa ia dikatakan berbahaya kepada manusia? Melalui petikan-petikan yang saya jumpa di internet ia menjadi lebih berbahaya apabila tergigit atau termakan.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta-merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Andai kata betul ia beracun, amatlah perlu untuk kita mengelakkan tanaman ini menjadi hiasa n di rumah kita. Mana yang telah menanam pokok hiasan ini perlulah memusnahkannya segera. Mencegah adalah lebih berbaloi dari mendapat malapetaka.

Kalau tak percaya, jom pakat-pakat cuba gigit atau kunyah, boleh ler nanti berkongsi pengalaman................................... :)

02 March 2011

Cerita Dari Pasir Mas

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Ini bukan saya yang suka-suka tulis, tapi saya ambil dari sini. Jadi apa kata orang Pasir Mas?

Pasir Mas, Kelantan

  • Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
  • Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
  • Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
  • Mempunyai keluasan 57,800 hektar
  • Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)


  • Sumber.

    01 March 2011

    Ti'Jah & Ti'beng

    Ti'jah dan Ti'beng, Lama tak dengar nama-nama ni. Sejak duduk kat Johor ni, dua nama ni memang orang tak sebut lagi. Saya sendiri pun tak pernah dengar apa tah lagi nak jumpa dengannya.Saya sendiri pun dah lupa rupa wajah Ti'jah dan Ti'beng ni. Kebetulan itu hari mak saya ada datang ke rumah, saya ajak ke sungai berhampiran dengan rumah. Cadangnya nak cari etok tapi disebabkan sungai baru dikorek, etok tak beberapa nak ada.


    Yang ada dan banyak pulak adalah benda di atas tu. Adakah itu Ti'jah atau Ti'beng? (Orang Kelantan saja yang panggil dgn nama ini). Kalau betullah, memang banyak sangat, nak berguni pun boleh dapat ni................


    23 February 2011

    Hebatkah Dia...............?

    Ya.......hebatkah dia apabila boleh hidup bersama dengan 39 orang isteri serta anak-anak dari isteri-isterinya di bawah satu bumbung? Lelaki ini bernama Ziona Chana. Beliau juga mempunyai 94 orang anak, 14 menantu dan juga 33 orang cucu.

    Kesemua mereka ini tinggal di rumah (di atas) yang mempunyai 100 buah bilik di perkampungan pergunungan Baktwang di Mizoram, India. Isteri-isterinya pula tinggal di sebuah bilik berupa dorm.

    Untuk menyediakan sekali makan malam keluarganya, memerlukan 30 ekor ayam, 132 lbs kentang dan 220lbs beras.

    Yang hebatnya... bagaimana beliau mengurus rumahtangganya. Bagaimana dia menyediakan keperluan makanan dan pakaian untuk keluarga besarnya.

    Cerita selanjutnya jenguk-jenguk laman ini.

    22 February 2011

    Kisah Tertinggal Bas

    Kisah ni bukanlah kisah saya ketinggalan bas kuning seperti entri sebelum ini. Kisah ini kettinggal bas kerana saya lambat membuat update sedangkan kisah ini dah hehe...sebulan berlalu.
    Ini merupakan aktiviti pertama Wish Owners Club (WOC) untuk tahun 2011. Perjumpaan rakan-rakan dalam kelab WOC dalam acara yang dinamakan Mega TT di Hotel M ahkota Melaka.
    Kalau tak silap kira la, agak-agak dalam 83 buah kereta Toyota Wish ahli yang hadir dalam program ini. Mereka ini adalah dari Selatan, Central malah dari Pantai Timur dan Singapura pun ada. Konvoi dari Selatan dan Central bertemu dan berkumpul di Hentian Kenderaan Berat di Kg, Gangsa, Melaka. Di sini, taklimat diadakan untuk satu lagi konvoi yang akan menuju Hotel Mahkota di tengah pusat Bandaraya Melaka. Konvoi ini akan melibatkan 83 buah kereta. Bayangkan kesesakan yang boleh berlaku di trafik melaka yang sentiasa sibuk.




    Kesesakan juga sedikit berlaku apabila konvoi kami melalui jalan-jalan sibuk di tengah Bandaraya melaka menuju hotel. Kebijaksanaan serta keberanian marsall yang bertugas patut dipuji untuk melicinkan perjalanan kami.


    Itulah kisah ketinggalan bas. Nak menulis banyak pun dah malas sebab lama sangat aktivit ini berlaku..........

    Gambar-gambar di atas adalah dari kamera saya dan juga banyak dari kamera rakan yang bertugas sebagai Petugas Media ( kwn. pijam pakai..ok) dalam perogram tersebut.

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More