08 March 2011

Dieffenbachia bowmannii

Dikatakan pokok hiasan diatas adalah amat beracun dan amat berbahaya kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Walau bagaimanapun pokok ini teramatlah banyak dijadikan hiasan sama ada di dalam atau luar rumah.

Mengapa ia dikatakan berbahaya kepada manusia? Melalui petikan-petikan yang saya jumpa di internet ia menjadi lebih berbahaya apabila tergigit atau termakan.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta-merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Andai kata betul ia beracun, amatlah perlu untuk kita mengelakkan tanaman ini menjadi hiasa n di rumah kita. Mana yang telah menanam pokok hiasan ini perlulah memusnahkannya segera. Mencegah adalah lebih berbaloi dari mendapat malapetaka.

Kalau tak percaya, jom pakat-pakat cuba gigit atau kunyah, boleh ler nanti berkongsi pengalaman................................... :)

8 komen:

assalamualaikum toknabe

erk kalau berbahaya nape boleh dijual di mana2 kan? baik musnahkan je... kat uamh kita takde pokok hiasan camni... ada bunga ros aje =) ~

assalam..
prnh nmpk kat rmh sedara.. tp xde sesapa yg usik pon

Manje :
Walaikum musallam.
Mungkin dijual kerana ada permintaan. Orang yg membeli tu pulak tak mengetahui situasi sebenar.

Maiyah:
W'salam....
Kat sekolah2 banyak juga ditanam, kalau beracun memang berbahaya sangat.

Angriani:
Saya jenguk2 kat blog2, banyak orang letak entri pasal pokok ni.

uika.. ni banyak ada ni kat rumah mertua.. ermmm...

Kasawari:
Kalau betul berbahaya....kena musnahkan tu. Kalau2 le en. kasawari tersalah gigit nanti...hehehehe.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More