17 June 2011

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Setelah terlihat van yang terlibat, terus saya memberhentikan kereta untuk melihat perkembangan pemandunya memandangkan saya amat mengenali pemilik van berkenaan.Pemiliknya adalah bekas Pembantu Am Rendah di sekolah saya.

Alhamdulillah, orangnya saya lihat tidak cedera, cuma mengalami sedikit calar-calar di kepala akibat terkena cermin yang pecah. Beliau memakai tali pinggang keledar pada masa itu.Begitu juga pemandu MyVi ini, seorang guru wanita di sekolah agama di Kluang, juga mengalami luka ringan di muka, mungkin akibat cermin pecah dan hentaman 'airbag'.


Cuma yang sedih adalah penunggang motosikal yang sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat rempuhan kepada kereta MyVi.

Itulah, kalau malang tu boleh berbau, kemalangan yang meragut nyawa dan juga meninggalkan kesan trauma itu boleh dielakkan tapi itulah orang kata malang tidak berbau..............

13 komen:

walaupun mereka dh cukup berhati2 sms memandu...tapi ada yang memandu tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri serta org lain...namun malang memang tetap tidak berbau kn..

baru kehilangan seorg kawan akibat kemalangan semalam....

Saya pun nampak kemalangan jugak semalam. Lori, teruk rupa lori tu, driver dia dah takder. Harapnya dia selamat...

Saya pun nampak kemalangan jugak semalam. Lori, teruk rupa lori tu, driver dia dah takder. Harapnya dia selamat...

Ida :
itulah yang kita takut, bukan semua orang berhati2. Kerana silap orang kita juga boleh menanggung akibat.

hani@debu melukut:

Itu yang kita tak nak nye... :)

Bonda tie:

Takziah.....
Kalau kawan rapat memang terasa sangat kehilangannya.

ShashaCatering:

Kalau boleh, tak nak jumpa kemalangan2 ni. Terasa takut pulak nak drive.

jedi:
Untuk keluarga mangsa yg meninggal.

Alona:
Kalau berbau, kita boleh elak.......

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More