12 June 2011

Penghujung Cuti

Cuti sekolah selama 2 minggu, kebanyakkan orang mengambil peluang cuti ini untuk pergi bercuti atau balik ke kampung. Dua minggu, memang masa yang agak lama untuk berehat panjang tanpa memikirkan beban kerja. Hujung-hujung dalam minggu kedua cuti, sempat saya menyempurnakan hajat anak-anak untuk bermain air. Kali ini ke destinasi yang agak dekat. Ke Melaka Wonderland Theme Park di Air Keroh, Melaka.

Minggu pertama cuti memang tak ke mana-mana, dipenuhi dengan program kelas tambahan sekolah n isteri, kemudian orang tua saya bersama adik datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur untuk menziarahi adik saya yang seorang lagi yang tinggal di Johor. Beliau baru lepas menjalani pembedahan di kaki akibat patah tulang ketika bertugas di Itali, kemudian di bawa balik ke Johor untuk menjalani rawatan.

Dengar cerita memang susah untuk mendapat parking di taman tema ni jika datang agak lewat. Jadi lepas sarapan dan bersiap-siap, saya sampai di sana seawal pukul 9.00 pagi. Hehe... dapat parking betul-betul depan pintu masuk. Belum ada orang lagi ler......... menjangkau pukul 10, dah ramai orang yang masuk. Dalam kolam-kolam pun dah macam ikan yang tak cukup air.

Seronok jugak di sini terutama sekali budak-budak, memang tak nak naik darat. Kalau dibandingkan dengan Bukit Gambang Water Park (BGWP), rasanya Melaka Wonderland jauh ketinggalan. Bayaran masuknya lebih mahal dari BGWP, permainan air lebih menarik di Gambang, pengurusan pun lebih baik di Gambang. Bayangkan di Melaka Wonderland, bayaran untuk loker (sekali buka) adalah 1 token (RM4.00). Kalau ler kita tertinggal itu, ini dan nak buka loker tu 5,6,7 kali, berapa RM yang habis hanya untuk buka loker saja. Bab itu jauh sekali di BGWP. Alang-alang dah masuk, pukul 2.00 baru keluar dari situ........

Keinginan anak-anak juga nak ke Planetarium Melaka, jadi selepas dari Melaka Wonderland, kami ke situ. Berada di tengah-tengah bulatan berhampiran MITC, Air Keroh. Bayaran masuknya tak mahal. Budak-budak seringgit. kakitangan kerajaan RM5.00 dan orang awam RM8.00.

Bangunan itu 3 tingkat. Tingkat pertama tak tahu ada apa sebab tak leh masuk. Tingkat kedua menempatkan ruang pameran astronomi dan angkasa. Tingkat ketiga pula menempatkan Teater Planetarium. Kebetulan ketika kami sampai, tayangan 3D baru hendak ditayangkan di Teater Planetarium tersebut.

Selesai melapasi keinginan anak-anak. Lepas tu melepasi keinginan orang rumah pulak......... hehe pi shoping kat Mydin di sebelah Planetarium tu.

7 komen:

wahhh bestnya....saya belum ada pernah lgi bwk anak2 pi mandi theme park mana2..insya'allah bila anak2 habis ujian thn ni, nak bwk ke Bukit Gambang tu! he he he

Salam


wah seronoknya
cuti kali ni tak bawa pun anak anak gie makae angin ....

aBah sibuk bedo'oh ....



Mitok alamat email, buleh ?

slm...emmm, mesti seronok sgt anak teruna & puteri Zul tu...budak2 kalau dpt main air, satu hari suntuk pun tak cukup, hai..dua2 tempat ni pun saya lum sampai lg..tunggu balik dulu ler..

sis-lin :
Kalau nak gi, pi Bukit Gambang Water Park. kat situ lebih seronok dan menarik lagi.

pB:
Memang seronok tapi teringatkan :
1. nasi kerabu.\ & laksam.
2. nasi sup.
3. lok chin.
4. rantau panjang.
5. kesesakan kota baharu.
6. kampung halaman.

cuti kali ni tak kelik kelate.

ida:
Memang budak-budak tu cukup seronok. Memang itu yg diidamkan sejak dari belum cuti sekolah lagi.

habiskan 2 hari jalan2 sebelum cuti sekolah habis. Hehe...kalau dapat gi jepun lagi seronok kot. :)

wlpn melaka tu kg kelahiran mak sy tapi sy jarang balik sbb nenek dan atuk dh takde sejak mak sy kecik lagi. Yg tinggal kat sana cuma saudara mara mak sy aje. Kalo ke sana..harap mak aje ler psl tak kenai sgt, aduii..sbb kalo balik sana tinggal yg tua2 aje. Anak2 dorang dh dok merata2..

InsyaAllah..nk balik melaka gak nanti..nak cuti2 kat sana pulak..hehe..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More