.........atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE). Antivirus dari Microsoft ini pada saya ringan, komputer lebih laju sikit kalau nak dibandingkan dengan antivirus yang lain. Antivirus ini free tapi dengan syarat anda menggunakan Microsoft Windows yang berlesen tak kiralah sama ada Windows 7 atau Windows Vista
Saya dah menggunakan MSE ini hampir setahun menggantikan Kaspersky Antivirus, Setakat ini prestasinya memberangsangkan. Komputer rasanya selamat dari ancaman virus, malware, spyware dan sebagainya. Malah Microsoft Office 2010 saya pun hampir-hampir dibersihkan dari segala 'kekotoran'.
Microsoft Security boleh didapati/download di laman Microsoft dan ianya disediakan dalam dua versi iaitu untuk Windows 7/Vista 32 bit dan Windows 7/Vista 64 bit. Pilihlah mengikur kesesuaian OS anda.
Jom bertukar......................
*p/s : Windows yang seakan-akan Genuine pun boleh pakai.............................
2 komen:
hai toknabe.. lama tak melawat tok.. tumpang lalu yerr tok.. ;D
saya pun guna kaspersky yg trial jer nie.. yang lama dah expired! nak beli kat tenet tkt kena tipu.. selalu husben yg beli.. hehe.. :D
Unai :
Try Microsoft Security Essential, ok sangat.Benda free tapi pelindungan penuh.
Post a Comment