The Road Of Death

Membaca kisah "Road Of Death" memberi gambaran mengenai betapa salah satu jalan di Bolivia amat membahayakan kepada penggunanya. Jalan yang meghubungkan La Paz dengan Coroico sejauh 64km dengan ketinggian 15,500 kaki di permulaan dan 3,700 kaki di penghujungnya. Walaupun amat merbahaya tetapi jalan tersebut sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang terutama kenderaan berat. Jalanraya tersebut di sesuatu tempat hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja telah memakan banyak korban. Dikatakan purata kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa dalam lingkungan 100 orang setahun.




Ingatkan jalanraya di Malaysia saja yang bahaya, rupa-rupanya ada lagi jalan yang amat bahaya. Bahaya jalanraya di Malaysia kerana pengguna, bahaya jalanraya di Bolivia kerana muka buminya.

.........................Baca Lena Highway "Highway From Hell".

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Masjid Selat Melaka

Isnin lepas, Johor bercuti sempena Hari Hol Al-Marhum Sultan Johor. Kesempatan diambil untuk pergi makan angin dengan keluarga. Budak-budak katanya teringin nak ke Melaka. Saya okeylah sebab dari tempat saya ke Melaka, tak jauh sangat lebih kurang 1 jam setengah melalui PLUS.

Sebelum pulang ke Johor, saya sempat singgah di masjid ini, dinamakan Masjid Selat Melaka kerana berada betul-betul di atas air Selat Melaka. Maksudnya masjid ni ala-ala terapung dengan sepenuh bangunannya berada di atas air. Masjidnya cantik dan sejuk mata memandang tapi agak sayang sikit apabila melihat tiada pemaustautin yang menetap berhampiran masjid ini. Yang ada hanya kedai-kedai kosong serta kawasan perumahan terbengkalai.

Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang gemar memancing. Ketika saya sampai sekitar jam 5.00 petang, sudah banyak batang-batang jorang yang kelihatan terpacak sepanjang pantai yang ditambak ini. Mereka yang memancing ini mungkin adalah dari kawasan sekitarnya.

Sambil-sambil memancing tu boleh ler kapal-kapal sedang belayar menuju destinasi masing-masing. Kalau bersantai saja pun okey jugak di wakaf yang disediakan dengan deruman angin laut yang nyaman.

.........Walaupun setahun dok Melaka pada 2007, tapi inilah kali pertama saya sampai ke Masjid Selat Melaka ini.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dari Mae

Award ikhlas dari mae, untuk semua saing2 blogger dia. Terima kasih mae atas award demo ni.

awr2

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mencari rezeki

Gambar-gambar dan petikan ini saya ambil dari laman web alaf21. Disebabkan gambar dan artikelnya menarik jadi saya salin semula disini, sekadar untuk berkongsi.


Satu-satunya pandangan yang menarik di Sri Lanka adalah memancing dari atas kayu pancang (stilt fishing). Ia adalah satu tradisi lama di Sri Lanka. Anda boleh nampak mereka duduk di atas papan kecil yang diikat ke kayu pancang dengan harapan mendapat tangkapan.


Meskipun kelihatan begitu menarik, apa yang dialami oleh penangkap ikan ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Mereka duduk di atas papan kecil berjam-jam dengan harapan dapat menangkap seekor dua ikan sekecil 5cm, kerana lautan yang bergelombang menjauhkan ikan-ikan yang lebih besar dari pinggir pantai.


Dan, harga seekor ikan adalah 2 sen!. Sukarnya mereka memperoleh rezeki, namun mereka tetap sabar menghadapinya.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dah Musimnya

Saya pernah mendengar orang berkata, "Tak boleh makan banyak-banyak buah rambutan ni, nanti batuk... tak ada suara". Ada seorang pulak berkata " Saya boleh la makan buah durian ni seulas dua, kalau lebih pening nanti.. mabuk". Ada pula yang memberi ingatan....... makan nangka banyak-banyak, nanti...... angin (kembung perut kot!)

Itu yang selalu orang ingatkan kalau kita memakan buah-buahan tempatan. Tak pulak saya dengar alahan-alahan seperti ini kalau kita makan buah epal, anggur, pear dan lain-lain buah-buahan import. Tu yang peliknya.....

Tapi tak kisahlah, sakit tekak pun sakit tekaklah.....buah rambutan dah mula merah. Bukannya kena beli, cuma kena petik aje. Lagi pun musimnya cuma sekali setahun.... sakit tekak pun sakit tekaklah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati