08 May 2011

Jasa Bonda



Baru lepas telefon bonda di kampung, agak lama juga tidak bertanya khabar. Buka lupa, bukan juga sibuk tapi kekadang kita kurang perasan masa dan ketika untuk menghubungi bonda . Agak lama jugak berborak bertanya khabar sebelum perbualan tamat. Selepas itu teringat saya akan satu fail flash yang saya dapati dari satu kursus motivasi untuk anak-anak didik. Liriknya penuh dengan makna, lagunya pulak menusuk jiwa. Itu pun kalau orang terutama anak-anak boleh memahami.

Selamat Hari Ibu untuk ibu ku, isteri ku dan ibu-ibu semua. Ingat anak-anak "marah bukan kebencian tetapi kerana sayang"

JASA BONDA :







Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda.

56 komen:

ya.
jgn lupe ibu yang melahirkan.
;)

jangan sesekali menyakiti hati ibu!!!
http://wamozuwaha.blogspot.com/2010/04/ibu-ampunkan-kami.html

suka lagu ni..

MARAH BUKAN KEBENCIAN
TAPI TANDA SAYANG!

:)

syurga di bawah tapak kaki ibu..

thanks follow mengfollow :)

yea...hargai ibu anda
T_______________T
*nangesss*

postingan & Lagunya bisa menggetarkan hati kita sebagai seorang anak.

bagus dengar lagu2 begini... hmmmm

ada juga faedahnya huhu

Hizami Rahim:
betul tu, jangan lupe ibu yg melahirkan. Syurga di telapak kaki ibu.

......tp banyak pulak ibu yg membuang anak sekarang ni.

masa kekecik dulu mama slalu kata 'biarlah mama miskin sebab awak. biarlah mama sakit sebab nak besarkan awak' masa tu taktau apa²pun.

bila dah jadi umi ni, baru tahu betapa bermaknanya kata² tersebut. mmg akan m'gunakan ungkapan yg sama utk oni :D

wanhairi:
Ingatlah dan kenangkanlah ibu walaupun ibu sudah tiada.....

Tukang Kata:

Kalau dengar masa motivasi boleh meleleh air mata budak-budak.. minta diorang nyanyi sama.

Emm.. meamng best ungkapan tu.

arol:
Itulah yg sepatutnya diektahui oleh anak-anak.

fatin shahar:

Thanks juga follow sy, menambah kenalan. :)

om_rame:
terima kasih, melodinya indah kalau didengar dgn teliti.

sophie:

... semua orang sepatutnya menyayangi ibu bapa diorang.

NaqeebLukhman:
Hehe... boleh meningkatkan motivasi lagu2 mcm ni, bukan setakat buat berhibur saja. :)

ch@:
Bila dah jadi ibu bapa baru tau senang dan susahnya menjadi ibu bapa... tak gitu ch@?.

wahai tok nabe,

kenapa macam susah gile je nak view and comment post nih.
ades.

anw, thanks kerana follow. i'm following you too.

SMKPU1:

rindu - telefon atau balik jumpa mak la. :)

miza_hana:
iye saye.... mcm tak susah aje nak view comment post kat page ni. Mungkin ada masalah kat browser awk tak?

betul2..igt la jasa ibu..syurga di bawah tapak kaki ibu

nabila:
Itulah yang sepatutnya diketahui oleh semua anak2, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

lagu ni sentiasa wat aku menitis air mata....

lagu ni mmg tangkap syahdu...kalah lagu Dendang Perantau di masa raya...

Tp bg saya, lagu "ibu" dari Exist pon blh mengalirkan airmata klu betul2 menghayati bait2 nya...
Lebih2 lagi saya yg dah ketiadaan IBU dan BAPA...sgt sensitiv bila dgr lagu2 mcm nih...

Sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada bersama kita..sesungguhnya bila dia tlh tiada..hanya tgl nostalgia yg dpt dikenang tanpa dpt dipegang!

sedih!

pulang la wahai tok nabe.. he he..

selamat hari ibu..

sayang ibu sangat2.berbakti selagi dia ada....

Tok Nabe ni buat wan rindu kat ibu la..tapi,x pe la minggu ni nak balik klate dah..dah boleh jumpa ibu..

waaaaaaa.. nak gi cium makkk huhuu

jedi:
Tunggu jadi ibu dan bapa pulak nanti..

J@J@:
huhu.. sy pun sedih dgr lagu ni.Lagu ni sebenarnya dibuat khas utk program motivasi budak2 sekolah agar mereka mendalami perasaan masing2 terhadap ibu mereka.

Kasawari:
haha.. sy nak balik ler ni..tunggu cuti skolah aje.

Rumah kuning :
Semua anak sayang ibu, hanya segelintir saja yg melupakan jasa bonda ni.

Rozuan Ismail:
Hah Wan.. ada masa balik ler, jenguk apa2 dan siapa2 yang patut.Kat kampung pun rasanya ada yg menunggu kepulangan.

Maiyah:
Untung bagi kita yg masih ada ibu dan ayah.... boleh peluk cium lg. Kalu yg dah tiada...........

salam toknabe, moga ceria selalu.

Dengar lagu ni mlm2 syahdu pulak, teringat orang tua kat kampung.

~~~~ Die.

moga2 dtgkan keinsafan kpd gadis-gadis yg sedang leka dibuai nafsu dunia. Jika ibu anda boleh membesarkan anda, kenapa tidak anda membesarkan zuriat anda. Kesilapan yg anda lakukan jgn ditambah lagi dgn satu lagi dosa pada anak kecil yg tidak berdaya. Insaflah kita..

Ma dok skali dengan pB



best lagu nie

Die:
Agak2 die yg mana satu ni. :)

CI:
Itulah kalau kita fikir, mcm mana susah payah ibu bapa dulu bela kita.
Sekarang ni pulak senang2 je kita baca dan lihat dlm tv anak2 dibuang macam sampah.

pB:
Mok, ayoh ambo dok kelate. Kekade kalu tak leh kelik telepon jah hok jadi penghubung.

bole tak klu kita nk nangis?? huwaaaaaa

salam.....saya ade cd ini! buat motivasi kat budak2...

Ako:
hehe...masuk bilik dulu, pah tu nangis sorang2. Tak de sapa nampak :)

sonata anak kancil:
w'salam.. memang betul tu, lagu ni salah satu instrumen yg digunakan dlm motivasi budak2. Berkesan....

combi tiap-tiap hari kol bonda sampai letih dia nak dengar suara combi tehehee ;p

tatau berapa lama lagi dapat mendengar suara dia kan.. *rasa sebak pulak*

Echah_Syed:

Itulah tpkan...kekadang ibu yg sempat call sy dulu :)

memang sedih,,tapi lagu ni,,mmemang favourite saiedah,,memang menyentuh jiwa,,seni kata die,,=C

rindu lak kat my mom kat kampung..lama tak balik kampung

saiedah Syamielah:

Memang sedih dgr lagu ni sambil menhayatinya... terbukti bila digunakan dlm motivasi2.

EdY:
Kalau dah lama tak balik, memang tetaplah rasa hati nak balik tu.

salam toknabe...trm ksh sudi follow blog saya...saya dtg follow balas...sedaplah lagu ni,emmm rindunya kat ma saya dikg..

ima:
w'salam, sama2 follow memfollow menambahkan kenalan siber. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More