![]() |
| (kredit gambar) |
atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).
atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).
Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.
Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.
Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.
![]() |
| (kredit gambar) |
Sesekali seronok juga pergi membasahkan diri di taman-taman tema air seperti di Gambang Water Park ni. Yang paling penting adalah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada anak-anak. Pernah sekali singgah di Gambang Water Park di Kuantan ni. Itu pun kira sebagai satu persinggahan sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kelantan.

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
Lama tak login blogger ni, memang lama sangat. Alhamdulillah password dengan username saya masih belum lupa lagi.Hehe.. ingatkan penyakit ni tak berjangkit pada saya, rupa-rupanya tak boleh dielakkan jugak, sampai masa berjangkit juga. InsyaAllah saya cuba, harap kedatangan tahun baru ini, penyakit kemalasan update blog dapat saya hindar.
Balik ikut ikut laluan tepi pantai, kalau tak singgah sini(gambar atas) beli keropok lekor memang tak sah. Beli yang mentah dan juga yang dah siap dimasak untuk dimakan di Pantai Penarik yang dalam perjalanan balik nanti.
Di pantai inilah tempat paling sesuai untuk melepaskan lelah memandu jika dari Kuala Terengganu ke Kelantan ikut laluan tepi pantai. Tempatnya menarik, suasana segar dan ada tersedia wakaf-wakaf dan juga kerusi-kerusi untuk makan. Sempat berehat juga dalam sejam sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kelantan.
Lebih kurang 10 hari berada di kampung. Sekejap benar tapi nak buat macam mana, kena balik juga kerana ada urusan lain yang perlu dibuat. Tengah berada dalam musim tengkujuh ubi-ubi seperti ubi itik (gambar atas) memang agak ada harga sekarang ni. Ramai orang mencari ubi-ubi tersebut untuk di makan dalam suasana yang basah-basah dalam musim tengkujuh ni.
Rantau Panjang dan Kota Baharu, tempat biasa untuk berjalan-jalan sambil membeli belah. Kredik untuk makcik penjual lokchin di Rantau panjang dan pakcik pengumpul barang lusuh di Kota Baharu.


Di Cameron Highland, dalam perjalanan balik ke Johor. Ke sana saya membawa sekali mak saya kerana nak menziarah adik saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur. Ke Cameron Higland dari Kelantan sekarang ni amat mudah, ikut Gua Musang-Lojing dan terus ke Cameron Highland. Ambil masa kurang dari 4 jam sahaja. Jalannya cantik, permandangannya juga menarik cuma tmasa turun dari Cameron ke Tapah, itu sahaja yang leceh, lebih-lebih lagi kalau terpasa ikut lori didepan yang dua tiga buah.

Berada di Kuala Lumpur dalam 2 hari, sebelum balik ke Johor. Sempat singgah di Melaka, bawa mak dan adik-adik berjalan melihat panorama Melaka. Alhamdulillah jam 9.00 malam, sampai dengan selamat di rumah di Johor.

Mungkin hari ini dah ramai yang mula bergerak semua balik ke tempat mencari rezeki masing-masing tapi tak apalah saya menyongsang arus, harap-harap trafik ke Kelantan tidaklah sesak sangat lagi.
Adik saya dari Pasir Gudang sudah pulang semalam, cadangnya untuk balik saing tapi kerana saya ada urusan, beliau balik dulu. Beliau balik ikut Kuala Lumpur untuk mengambil anak saudara saya dan dari sana dia terus ke Kelantan. Saya akan menyusul balik besok. Seperti biasa laluan saya adalah ikut Segamat, Muazam Shah dan terus ikut laluan Jerangau-Jabur. Kalau ingin bersantai-santai, saya akan ikut jalan pantai iaitu dari Kuantan, ikut Kemaman terus sampai Kuala Terengganu. Perjalanan mungkin lama sikit dan masa berhenti pun rasanya pun banyak sebab banyak tempat menarik untuk di singgah.

Perjalanan 658km dari Kelantan ke Johor, walaupun terasa jauh tapi kali ini perjalanan agak lancar. Kenderaan tak beberapa banyak di jalan raya berbanding ketika perjalanan ke Kelantan tempoh hari. Saya sengaja bertolak pada hari Jumaat untuk menggelakkan kesesakan di jalan raya dan alhamdunillah memang kurang kenderaan pada hari itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam sahaja termasuk berhenti rehat.
Ketika pulang ke Kelantan tempoh hari, hati saya bulat untuk singgah di Tasik Kenyir setelah beberapa lama hasrat tu tertangguh beberapa kali. Tapi sayangnya saya sampai ke sana sudah lewat petang sangat. Hari sudah mulai gelap. Tasik kenyir memang indah walaupun suasana ketika itu memang sudah kelam sangat.
Kurang setengah jam, saya sudah bertolak semula dari Tasik Kenyir. Tak ada apa-apa aktiviti yang boleh di buat malam-malam gitu. Sempat bersembang dengan seorang pengusaha bot mengenai chalet dan perkidmatan bot kat situ serta sempat mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.
InsyaAllah apabila balik di lain ketika, saya berazam untuk sampai awal ke sana uintuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dan kalau berkesempatan untuk bermalam dan melabuhkan joran di sana.
Sudah lima enam kali saya lalu di hadapan bangunan ini semenjak ia masih dalam pembinaan lagi, tapi tidak berkesempatan untuk singgah. Bangunannya amat unik, menyerupai bangunan-bangunan yang biasa terdapat di negara China. Cuma bangunan ini terletak di Rantau Panjang, Kelantan dan dikenali sebagai Masjid Beijing ataupun Masjid Cina di kalangan penduduk tempatan. Nama rasminya kemudian adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.
Masjid ini yang diilhamkan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beliau juga yang telah merasmikan pembukaan masjid tersebut. Masjid ini unik kerana mengabungkan kebudayaan Cina serta Thailand yang menjadi asas perpaduan penduduk tempatan.
Minggu pertama memang agak sibuk dengan urusan perkahwinan adik kedua saya yang berlangsung dari 10/12 - 13/12 di kedua belah pihak. Banyak jugak yang perlu diuruskan dari persiapan majlis sehinggalah bab urusan fotografi. Alhamdulillah semuanya selesai dengan sempurna.
Gulai kawah....memang senonim dengan majlis perkahwinan di Kelantan. Ketika kenduri di belah keluarga saya disediakan gulai kawah daging lembu dan kambing... emmm susah nak makan gulai kawah ni kecuali di majlis-majlis perkahwinan. Saya di Johor lagilah susah nak cari.
Baru mendapat perkhabaran dari bonda di Kelantan yang kampung halaman telah dinaiki air setelah hujan turun mencurah-curah di Pasir Mas. Rumah di bahagian dapur telah dinaiki air separas buku lali bermula pukul 12 tengahari tadi. Peralatan dan barang-barang sudah dipindahkan ke rumah atas. Kebiasaannya banjir tak akan lama, mungkin dalam dua tiga jam air akan surut kembali.Bonda bercerita macam tak ada apa-apa sebab pekara banjir ni dah jadi macam perkara biasa kepada kami di sana.

'LAUTAN merah' bakal membanjiri Stadium Nasional, Sabtu ini, apabila lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir buat menyokong pasukan itu dalam misi menamatkan penantian bergelar juara Piala Malaysia.
"Berdasarkan jualan setakat ini, dan tambahan baru itu, kira-kira 56,000 tiket sudah dalam tangan penyokong Kelantan, belum termasuk mereka yang membelinya secara terus di Stadium Nasional nanti.
"Saya harap penyokong hadir memberi sokongan dengan semangat kesukanan tinggi. Jangan jadikan jumlah besar ini mengganggu perlawanan yang dijangka sengit.
"Kita perlu tunjukkan semangat tinggi supaya tidak cacatkan malam bersejarah rakyat Kelantan," katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain remaja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970 - kali terakhir negeri itu mara ke aksi kemuncak.
Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan tiket untuk 1,000 penyokong yang mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.
"Saya juga nasihatkan pengusaha-pengusaha bas supaya tidak mengenakan caj keterlaluan untuk penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu keceriaan penyokong terjejas," katanya.
Dari Berita Harian.
Ramainya nak gi...... ambo tengok depan tv jah ler.

Hari raya kedua, saya berhari raya dalam kereta sebenarnya. Memandu menuju destinasi di Pasir Mas, Kelantan, kampung halaman saya. Tiadalah terasa suasana hari rayanya. Jalan raya agak lenggang sehinggalah sampai di Machang, Kelantan. Bermula di sini deretan kenderan memenuhi jalan raya. Memang akan agak lewat saya sampai ke rumah nanti.
Berhenti rehat, bersembahyang maghrib dan kemudiannya dengan mengunakan jalan pintas, saya sampai ke rumah 3 jam kemudiannya. Sepatutnya perjalanan dari Machang ke rumah saya adalah dalam lingkungan sejam. Itulah pengalaman yang tidak boleh dirasai kecuali hari raya di Kelantan.
Selain berkunjung ke rumah saudara mara, saya sempat juga berhari raya di rumah seorang kawan lama. Beliau baru saja menduduki rumah barunya beberapa hari sebelum Aidilfitri. Beliau adalah antara rakan yang sama-sama belajar di SMK Tengku Penglima Raja, Lemal dahulu. Alhamdulillah persahabatan kami dan juga rakan-rakan yang lain masih akrab walaupun masing-masing dah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab serta menetap di tempat yang berbeza. Cuma tahun ini tak sempat untuk kami membuat perjumpaan untuk 'ngeteh' sambil bercerita hal masing-masing.