Bukit Jalil, Sabtu 7 November

Posted on 05 November 2009
Filed under , , ,




Lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir beri sokongan padu.


'LAUTAN merah' bakal membanjiri Stadium Nasional, Sabtu ini, apabila lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir buat menyokong pasukan itu dalam misi menamatkan penantian bergelar juara Piala Malaysia.

Angka itu, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, dijangka bertambah jika mengambil kira kehadiran penyokong The Red Warriors di Lembah Klang.

"Kafa meminta tambahan 15,000 tiket daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) selepas 40,000 tiket yang diperuntukkan, sudah habis dijual dalam tempoh dua hari.

"Berdasarkan jualan setakat ini, dan tambahan baru itu, kira-kira 56,000 tiket sudah dalam tangan penyokong Kelantan, belum termasuk mereka yang membelinya secara terus di Stadium Nasional nanti.

"Saya harap penyokong hadir memberi sokongan dengan semangat kesukanan tinggi. Jangan jadikan jumlah besar ini mengganggu perlawanan yang dijangka sengit.

"Kita perlu tunjukkan semangat tinggi supaya tidak cacatkan malam bersejarah rakyat Kelantan," katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain remaja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970 - kali terakhir negeri itu mara ke aksi kemuncak.

Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan tiket untuk 1,000 penyokong yang mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

"Saya juga nasihatkan pengusaha-pengusaha bas supaya tidak mengenakan caj keterlaluan untuk penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu keceriaan penyokong terjejas," katanya.

Dari Berita Harian.

Ramainya nak gi...... ambo tengok depan tv jah ler.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

23 Responses to "Bukit Jalil, Sabtu 7 November"

  1. maiyah on November 5, 2009 9:12 PM

    moga berjaya :)

  2. :: Cikgu Wiween :: on November 5, 2009 11:54 PM

    hobin jang hobin! :P

  3. Kasawari on November 6, 2009 1:29 AM

    Hoben jang Hoben!!! ha ha.. saya baru joint kelab penyokong N9.. ha ha

  4. hani@debumelukut on November 6, 2009 8:07 AM

    kita ni tak pernah2 minat tgok football tapi dah seisi keluarga duk ulas benda ni saja...kena join them laa...hidup kelate!

  5. NaqeebLukhman on November 6, 2009 8:55 AM

    kawe pun tak pergi.
    member ajak pergi tapi malas lahhh

    harap2 tadeklah aksi2 penonton yang melampau hehehee

  6. pB on November 6, 2009 9:18 AM

    hopefully Klatae menae.

    tapi hok paling peting , jangae lar ado peristiwo peristiwo hok buleh menjatuhkan maruah pasukan Klatae dan jugo ORGHE' KLATAE itu sdiri.

    Bor bor lah , orghe lain dok kato Orghe Klatae ni Kaki Ba'Loh !!!!

  7. echah_syed on November 6, 2009 9:52 AM

    pb >> betul tu :)

    jgn jadikan org cop kat dahi yg orghe' klate kaki ba'loh seumo hidup..cewahhh bodek toknabe sket sbb bila dtg umah org kena berbudi bahasa ..hiks :p

    combi sokong kelate bila masuk sini sbb nak minta tok belanja mkn kalau klate menang :D

  8. ~0~ on November 6, 2009 10:21 AM

    moga kelate akan menang..
    tok turun bukit jalil x tok??

  9. ~0~ on November 6, 2009 10:21 AM

    moga kelate akan menang..
    tok turun bukit jalil x tok??

  10. zue on November 6, 2009 11:20 AM

    jgn ada ke kecohan berlaku sudah lah.

    agak2 tok berapa gol kelate dpt jaring.

  11. TokNabe on November 6, 2009 3:05 PM

    maiyah:
    Bola tu bulat... masing2 minta bola bergolek masuk gol lawan.

  12. TokNabe on November 6, 2009 3:06 PM

    Cikgu Wiween:
    Tau la cikgu sokong negeri tapi biar gomo kelate gomo.. :)

  13. TokNabe on November 6, 2009 3:07 PM

    Kasawari:
    MU sehari dua ni letak tepi dululah.

  14. TokNabe on November 6, 2009 3:08 PM

    hani@debumelukut:
    olek..olek..olek..sumbat gol, sumbat gol.

  15. TokNabe on November 6, 2009 3:09 PM

    NaqeebLukhman:

    Tengok kat tv (kalu ada siaran langsung ler) pun seronok jugak.. tapi kalu dok kat stadium lagi seronok.

  16. TokNabe on November 6, 2009 3:10 PM

    pB:

    Itu kekadang tak leh kawal kelakuan ni... cawat kote kekadang sampai ke luar stadium.

  17. TokNabe on November 6, 2009 3:11 PM

    echah_syed:
    hehe.... nak belaja makan. Boleh..boleh tak ada masalah tapi bayar sendiri-sendiri yek.

  18. TokNabe on November 6, 2009 3:13 PM

    ~0~:
    Ambo tak turun, sekadar tengok dalam tv jah (kalu ada siaran langsung ler).

  19. TokNabe on November 6, 2009 3:14 PM

    zue:
    InsyaAllah biar main comey, kelakuan punbiar comey.

    Berapa gol?,,,,, tak tahulah susah nak agak.

  20. alaqim on November 7, 2009 10:07 AM

    mari anok beranok pakat sokong klate blako....

  21. razifembi on November 10, 2009 4:11 PM

    Apa Tok .... penyokong2 Kelantan menggila dengan mercun,balingan botol dan membakar kerusi stadium . . .

    Buat malu Nik Aziz jah ...

    Aku pun tumpang malu atas dasar nama orang Melayu dan Islam

  22. TokNabe on November 13, 2009 11:06 PM

    Alaqim :
    Sokong main bola, jangan sokong merosakkan harta benda. :)

  23. TokNabe on November 13, 2009 11:08 PM

    RazifEmbi:
    Tak tau ler apa sebabnya dok perjahanamkan harta benda.....

    Sy sdiri tak tengok tapi tgk berita mcm dok palestin..dum sana dum sini bunyi mercun. Mercun bola kot...

Terkini

Iklan

Arkib Blog

Saing Sengothi