12 June 2010

Balik Kampung

Selepas seminggu cuti sekolah, kali ni saya berpeluang bercuti balik kampung. Bercuti dari berfikir tentang kerja dan sebagainya. Kali ni balik walaupun tak lama mungkin 4,5 hari tapi cukuplah untuk menjenguk orang tua dan 'bercuti'.

Adik saya dari Pasir Gudang sudah pulang semalam, cadangnya untuk balik saing tapi kerana saya ada urusan, beliau balik dulu. Beliau balik ikut Kuala Lumpur untuk mengambil anak saudara saya dan dari sana dia terus ke Kelantan. Saya akan menyusul balik besok. Seperti biasa laluan saya adalah ikut Segamat, Muazam Shah dan terus ikut laluan Jerangau-Jabur. Kalau ingin bersantai-santai, saya akan ikut jalan pantai iaitu dari Kuantan, ikut Kemaman terus sampai Kuala Terengganu. Perjalanan mungkin lama sikit dan masa berhenti pun rasanya pun banyak sebab banyak tempat menarik untuk di singgah.

Apa-apa pun, mulai esok saya akan offline selama 4,5 hari tanpa komputer dan internet. Balik adalah semata-mata untuk bercuti.

8 komen:

salam..

bestnye balik kampung..

selamat bercuti..!!

balik kg kt kelantan ke...teringat ms g kelantan baru2 ni..seronok..tp tk puas..

seronok klu kg jauh2 ni...Luas pandangan!

best jadi cikgu.. musim bola pun cuti 2 minggu.. hehe

smlm kami geng KAMIE jalan2 ke air hitam.. ingatkan nak singgah.. tapi dgr2 tok kita balik kg..

Oloh sedaknyo dio,
buleh kelik kg..
ni deki nih..he3

kim sale la ko org kg tu..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More