01 October 2009

Penat & Semangat Raya

Salam Aidilfitri dan salam muhibbah......

Hari Isnin lepas dah mula balik rutin seharian yang ditinggalkan seminggu.Bangun pagi-pagi dan pergi kerja sebelum matahari terbit lagi. Berdepan dengan budak-budak dan melakukan kerja-kerja yang boleh dihafal tahun demi tahun.

Pada hari raya pertama saya menyambutnya di Johor memandangkan ramai saudara mara belah isteri saya akan datang ke rumah untuk berhari raya. Biasanya mereka akan sampai ke rumah saya selepas sembahyang hari raya. Satu keluarga demi satu keluarga datang bertali arus. Juadah jamuan adalah seperti biasa, ketupat, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan kuih muih raya. Begitulah keadaannya sehingga tak memang tangan.

Hari raya kedua, saya berhari raya dalam kereta sebenarnya. Memandu menuju destinasi di Pasir Mas, Kelantan, kampung halaman saya. Tiadalah terasa suasana hari rayanya. Jalan raya agak lenggang sehinggalah sampai di Machang, Kelantan. Bermula di sini deretan kenderan memenuhi jalan raya. Memang akan agak lewat saya sampai ke rumah nanti.

Berhenti rehat, bersembahyang maghrib dan kemudiannya dengan mengunakan jalan pintas, saya sampai ke rumah 3 jam kemudiannya. Sepatutnya perjalanan dari Machang ke rumah saya adalah dalam lingkungan sejam. Itulah pengalaman yang tidak boleh dirasai kecuali hari raya di Kelantan.

Selain berkunjung ke rumah saudara mara, saya sempat juga berhari raya di rumah seorang kawan lama. Beliau baru saja menduduki rumah barunya beberapa hari sebelum Aidilfitri. Beliau adalah antara rakan yang sama-sama belajar di SMK Tengku Penglima Raja, Lemal dahulu. Alhamdulillah persahabatan kami dan juga rakan-rakan yang lain masih akrab walaupun masing-masing dah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab serta menetap di tempat yang berbeza. Cuma tahun ini tak sempat untuk kami membuat perjumpaan untuk 'ngeteh' sambil bercerita hal masing-masing.

Saya baru mendapat berita yang rumah kawan saya ini baru saja di masuki pencuri yang menyebabkan beliau kerugian hampir RM10,000. Takziah dan diharap bersabar dari saya.

Hari raya tidak dapat dielakkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa ratusan orang. Sedih bila nyawa insan-insan tersayang melayang akibat kemalangan. Nyawa tiada boleh dicari dan diganti, yang ada cuma satu. Kemalangan yang tidak dapat saya lupakan. gambarnya saya pun tak sanggup untuk letakkan di sini. Cuma kalau sesiapa yang sanggup melihat, kliklah disini.

Selamat Berhari Raya.....

19 komen:

wah...meriah tok beraya..

kemalangan dan musim perayaan tetap bersama...hati2..beringat sebelum kena..

Raya kedua dah balik Qlate ye??

Pasir Mah ~ Salor bukae jauh pun , tapi tok jupo jugok ....

Jalae jem tahap dewa dewi..
Nok tubek brayo mikir tigo empat kali..

Kawasae hok kalu buleh elok taim rayo

Pasir Mah
Wakaf Baghu
Rata Panjae
Machae

Nok gie Pasir Tumbuh pun mikir panjae

~0~:
Meriah beraya dalam kereta..... :D

J@J@:
Raya kedua bertolak ke kelantan.. sempat hanya 4 hari disana.

pB:
Hehe.. walaupun dekat tp tak tahu mana nak tuju, jadi jauh jugaklah.

Bandar pasir mas, saya hanya pergi waktu pagi aje.. itu pun nak pi cari lauk. kalau dah terang sikit sori ler nak lapang kat bandar pasir mas.

Omak aii...Bosa nya umah!!!

Skang ni..bukan umah besar aje yg pencuri sanggup nak masuk. Umah teres pun..umah kg yg tak bergril lagi ler. Tambah2 umah kg ni..kebanyakannya dorang simpan duit bawah bantal, bawah katil..huhu..

Samalah macam kat rumah mertua..sebab bapa adalah anak paling tua, jadi adik beradik / anak saudara akan dtg ke rumah kami dulu

sampai melimpah2 dari ruang dalam hingga ke luar.

Kalau kt rumah saya di Baling, kami hanya di rumah. Kami bkn berasal dari Baling, tiada saudara mara - kebanyakkan duduk jauh2.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H - maaf zahir & batin

CINTAMANISZ Lite:
Pencuri bukan kira apa2.. janji rumah yg dipecah masuk ada habuan.

Itulah nak menunjukkan makin ramai orang jahat kat negara kita ni.

Kujie:

Di johor..hari raya pertama memang akan penuh dgn sanak saudara di rumah saya ni. Jadi riuh rendah dengan mereka.

Di kelantan pulak.. tak kira hari raya pertama ke, kedua ke, ketiga ke.... ramai jugak sanak saudara yg datang. sekali datang 20, 30 orang. Kat sana penat sikit sbb biasanya kena masak untuk jamuan setiap kali tetamu datang.

bersabarlah di hari raya..
bwk2 bersabar time makan, time memandu dsb...
huhu

beso rumah kwn tok ekk.kat kelate rumah semua beso-beso tapi anak cuma sorang dua jek.

kakak combi pun kawin dgn org sana dan buat rumah disana.anak cuma sepasang tp rumah ade 7 bilik tido.aduiii

tak sempat berkemas sbb bz dgn keje bilik tido jadi tempat cicak main kejo-kejo.. :D

takziah kat kwn tok sbb dah hilang rm10k.kena muhasabah diri kerana kita selalu TERlupa padanyer & bila diuji baru kita tersentak.betul tak??

ingatkan diri combi sendiri jugak :)

tok..! sorry combi kat atas tu.lupa nak tuka id sbb guna laptop my precious :p

tu lah pasal Tok... jlan di kelate bukan besar pun... tiap kali raya jam sokmo...

Chekgu BaniHassim:
Untuk membezakan time raya dgn time biasa...

echah_syed:
Alhamdulillah orang2 kat sana ramai yang boleh membuat rumah besar tp dengan belanja yang agak munasabah.

kelebihan tinggal di kelantan. hehe.. rumah saya kecik aje.. :D

NL:
Jalan dah okey rasanya cuma sikap pemandu tu je... 2 lorong jadi 4 lorong.

huh...giler.

salam weh tok nabe.. lama tak update... blog abeli.. 1.. link rosak.. 2. nak pindah rumah.. potong dulu la internet... nan ti pindah rumah baru... ni pasang semula.. gak ... baru boleh up date tiap2 hari... rindu gak kat rakan blogger ni.. kalu buleh kan minta sangat...2 tok nabe sms ko abeli bukan gapo.. kebetulan kelik kelantan lain kali boleh jumpa.... bekenalan lebih rapat sikit.... bulan 5 ni nak kenduri di pengkalan cepa.. adik kahwin.. ajak nak jemput sekali... kita buat rumah terbuka blongger2... yang follower kita......amacam...... setuju ko....?

AbeLi:
Ambo bereh belako.. molek jah kalu sama2 kelik kelate boleh jumpo mana2.

Nanti ambo tinggal no phone ambo kat email abeli.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More