31 December 2010

Dah Nak Masuk Tahun Baru

Lama tak login blogger ni, memang lama sangat. Alhamdulillah password dengan username saya masih belum lupa lagi.Hehe.. ingatkan penyakit ni tak berjangkit pada saya, rupa-rupanya tak boleh dielakkan jugak, sampai masa berjangkit juga. InsyaAllah saya cuba, harap kedatangan tahun baru ini, penyakit kemalasan update blog dapat saya hindar.

Esok melangkahlah kita ke tahun baru 2011. Tahun 2010 ditinggalkan dengan pelbagai peristiwa. Ada yang gembira, ada yang duka malah ada yang langsung tak berubah apa-apa. Semoga kedatangan 2011 ni, memberi lebih pengharapan sertakejayaan untuk semua.

Penutup tahun 2010, dengan cuti sekolah yang panjang sempat saya pusing-pusing sebahagian negara sambil balik kampung. Dengan bergerak dari Johor ke Kelantan ikut jalan tepian pantai bermula dari Mersing, Endau, Pekan dan Kuantan. Di Kuantan sempat saya singgah di rumah seorang rakan di Pantai Batu Hitam. Kemudian diteruskan ke Kuala Terengganu juga ikut laluan tepi pantai. Kalau balik ikut laluan tepi pantai ni memang seronok, seronok dihidangkan dengan permandangan pantai yang indah-indah. Sempat juga menjenguk rakan dalam WOC, Cikgu Nik di Rhu Muda, Terengganu.

Balik ikut ikut laluan tepi pantai, kalau tak singgah sini(gambar atas) beli keropok lekor memang tak sah. Beli yang mentah dan juga yang dah siap dimasak untuk dimakan di Pantai Penarik yang dalam perjalanan balik nanti.


Di pantai inilah tempat paling sesuai untuk melepaskan lelah memandu jika dari Kuala Terengganu ke Kelantan ikut laluan tepi pantai. Tempatnya menarik, suasana segar dan ada tersedia wakaf-wakaf dan juga kerusi-kerusi untuk makan. Sempat berehat juga dalam sejam sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kelantan.

Lebih kurang 10 hari berada di kampung. Sekejap benar tapi nak buat macam mana, kena balik juga kerana ada urusan lain yang perlu dibuat. Tengah berada dalam musim tengkujuh ubi-ubi seperti ubi itik (gambar atas) memang agak ada harga sekarang ni. Ramai orang mencari ubi-ubi tersebut untuk di makan dalam suasana yang basah-basah dalam musim tengkujuh ni.

Rantau Panjang dan Kota Baharu, tempat biasa untuk berjalan-jalan sambil membeli belah. Kredik untuk makcik penjual lokchin di Rantau panjang dan pakcik pengumpul barang lusuh di Kota Baharu.
Di Cameron Highland, dalam perjalanan balik ke Johor. Ke sana saya membawa sekali mak saya kerana nak menziarah adik saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur. Ke Cameron Higland dari Kelantan sekarang ni amat mudah, ikut Gua Musang-Lojing dan terus ke Cameron Highland. Ambil masa kurang dari 4 jam sahaja. Jalannya cantik, permandangannya juga menarik cuma tmasa turun dari Cameron ke Tapah, itu sahaja yang leceh, lebih-lebih lagi kalau terpasa ikut lori didepan yang dua tiga buah.


Berada di Kuala Lumpur dalam 2 hari, sebelum balik ke Johor. Sempat singgah di Melaka, bawa mak dan adik-adik berjalan melihat panorama Melaka. Alhamdulillah jam 9.00 malam, sampai dengan selamat di rumah di Johor.

Untuk semua rakan blogger dan juga pengunjung saya ucapkan
Selamat Tahun Baru 2011

4 komen:

Hasrol Nizam :
Sikit lagi nak habis 1 Malaysia. :)

jauh perjalanan..... lepas tu bermesin2 basuh kain baju. hehehe

rumah kuning :
1 hari mesin berkerja. Boleh claim overtime ni......... :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More