Semalam apabila balik dari satu kursus, badan letih sangat. Petang2 dok
'nyengeng' atau baring2 memang sedap. Kalau tertidor kira bonuslah pada petang itu. Teringat sekeping dvd yang masih belum tertonton. Ah.. biarkan dulu, petang2 gini biarlah badan berehat dengan mata terpejam. InsyaAllah malam nanti jika ada peluang dan masa, bolehlah filem tu ditonton. Dengar kata
filem ini memang bagus. Nantilah tengok macam mana.
Malamnya selepas makan makan malam dan lepas usik2 blog serta meninjau internet. Teringat pasal movie ni lantas saya menontonnya.
(Ehsan Google) Slumdog Millionaire bolehlah dikatakan sebagai sebuah filem hindi, walaupun dikeluarkan oleh syarikat British dan diarahkan juga oleh orang putih
(Danny Boyle). Filem ini mengisahkan bagaimana seorang remaja yang berasal dari satu kawasan miskin di Mumbai, India berjaya memasuki rancangan terkenal
Who Want To Be A Millionaire edisi India dan memenangi hadiah wang tunai tertinggi iaitu 20 juta rupee. Yang menarik pada saya bukanlah kerana ia berjaya memenangi hadiah tersebut tetapi mengenai kisah hidupnya dari kecil hinggalah ia berjaya memenangi W
ho Want To Be A Millionaire. Tidak seperti filem hindi yang lain (filem ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama) yang penuh dengan warna warni, lagu2 merdu serta permandangan indah dan penonjolan kemewahan pada setiap filemnya. Filem ini pada saya menonjolkan mungkin realiti sebenar sebuah kawasan di India, penuh dengan penderitaan, kesusahan, pemandangan kusam dan keperitan hidup masyarakat setempat.
(Ehsan Google)
Sedar tak sedar jam hampir 1 pagi apabila selesai menonton filem ini dan endingnya......biasalah happy ending. Nak rasa ok ke tak filem ni.. hehe kena tengok sendirilah dan baru boleh nilai.