04 May 2009

Cerita Semalam

Semalam genap tiga hari cuti tanpa kemana. Maksudnya tak pergi melancong ke tempat yang jauh2. Bercuti di rumah rupanya seronok jugak. Seronok baring2, rehat2, main dgn anak2 dan sabtu lepas juga ada ipar2 balik ke rumah ni. Meriah sikit dengan suara budak2 main. Berkejar sana berkejar sini sampai nak tidur, nak makan pun mereka tak nak. Orang rumah pulak tak beberapa sihat, jadi nak pergi ke mana2 tu tak adalah.

Saya pula banyak habiskan masa dengan mengadap komputer. Tekun mengedit lagu Guru Malaysia dalam bentuk video untuk digunakan pada sambutan 18 Mei nanti. Itu pun kalau jadi ler.... mood nak buat bukan selalu ada. Lebih banyak buat separuh jalan, lepas tu simpan dulu untuk disambung kemudian.

Semalam juga saya berkesempatan untuk menonton filem Queen Of Langkasuka. Sebuah filem purba yang dikeluarkan Thailand. Seronok juga menonton filem epik ini. Filem berkaitan kerajaan Langkasuka (Pattani) berdepan dengan para lanun pada zaman tersebut.

Saya terlintas nak menonton filem ini apabila terlihat ulasan Kak Norz dalam blognya. Sebelum ni saya dah terbayang untuk mendapatkan movie ini tetapi entah kenapa terlupa. Petang Sabtu semalam terus saya mendapatkan movie ni di Kluang dan baru semalam sempat menontonnya.

Menonton filem yang lebih memaparkan kecirian Melayu(tetapi bercakap siam) ini memang berbaloi walapun saya terpaksa berdepan dengan tv lebih kurang 2 jam. Okey juga bercuti dengan menonton movie ni......

8 komen:

mood nak buat bukan selalu ada. Lebih banyak buat separuh jalan, lepas tu simpan dulu untuk disambung kemudian.....penyakit ni saya selalu ada...dlm draft tu berpuluh2 entri sekerat jalan..bile ade mood sy update sikit2...baru publish...hehehehe

ada 3 dr semlm...satu dateline 6/5, kena siapkan gak ni..sbb sy ni suka cari info berfakta kalau buat entri..tu yg makan hari gak tu.

pelan2lah kayuh..janji kita bergerak lebih baik dr hari semlam..kan

Kujie :
Kekadang semangat nak buat sesuatu tu memang berkobar2, cuma masalahnya selepas sampai satu peringkat.. mood tu menurun dan kalau dibiarkan memang tak akan jadilah kerja tu.

Kalau saya nak buat sesuatu memang akan saya kerjakan sampai siap... sbb saya tau kalau bertangguh..entah bila la kerja saya tu akan jadi.

pB :
Tak pe wajah je baru... orangnya tetap TokNabe.

kisah ni mcm kisah Puteri Gunung Ledang ker bro..

wah tekun tu mengedit video utk hari guru.. tahniah bro..

Kasawari :
Lebih kurang mcm tulah. Okey jugak filem ni. Banyak juga teknik CGI yang digunakan. Filem2 Thai ni nampaknya lebih ke depan sikit berbanding filem kita.

betul tu bro.. thailand mmg ke depan sikit.. kita ke sana pun ke depan sikit.. ha ha ha...

Kasawari :
Pernah tengok durian tak ada duri? kat thailand ada... hehe, bagaimana diaorang buat.. tu rahsia ler.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More