Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

04 January 2010

Bermulanya Rutin

Hari ini bermulanya rutin biasa. Yang belajar mula menulis, membaca dan mengira. Yang mengajar datang mencurah ilmu.

Sesi persekolahan tahun 2010 dimulakan dengan tiada lagi Skim Baucar Tuisyen, Bantuan Pakaian Seragam dan Projek Hikmah yang kesemuanya khas untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Mulai tahun ini juga segala bil utiliti seperti elektrik dan air akan dibayar oleh pihak sekolah. Sebelum ini bil-bil utiliti ini dibayar oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan. Kenapa yek....?

21 November 2009

Sesi Terakhir 2009

Bersama pelajar Tahun 6 di hari terakhir sesi persekolahan 2009 dengan majlis makan-makan dan juga ucapan.

Sudah dijamu dengan jamuan yang enak-enak, sebelum majlis berakhir cenderahati tidak juga lupa untuk diberi.

Tahniah kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR yang lepas. Dengan pencapaian 100% kelulusan dalam 4 subjek utama dan 96%(seorang gagal) dalam subjek Matematik amat membanggakan pihak sekolah. 4 orang mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A daripada 25 calon UPSR tahun ini.

09 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu....Penat

Hari minggu di kala ramai orang menjerit dan membakar mercun di Bukit Jalil persis sambutan Tahun Baru Cina. Saya berkesempatan untuk bersama budak-budak sekolah untuk aktiviti 'bercamping'. Pada asalnya aktiviti ini hendak diadakan di salah sebuah kem korikulum kelolaan JPN Johor, tapi dek disebabkan kes di Kuala Dipang, Perak. JPN tidak membenarkan sebarang aktiviti di kem-kem korikulumnya. Hehe... semacam tak nak bertanggungjawab aje. Hendak tak hendak terpaksalah aktiviti ini diadakan di kawasan sekolah aje. Tapi okeylah tak perlu pergi jauh-jauh... pakai tenaga, pakai duit dan masa yang lebih.

Salah satu aktiviti wajib dalam sesuatu perkhemahan ini adalah aktiviti kembara, setengah orang mengelarnya sebagai jungle tracking. Sekarang kawasan hutan dah kurang, tak boleh nak 'berjungle tracking' lagi. Saya adalah salah seorang pengelola bagi aktiviti kembara ini. Seronok juga 'berkembara' ni.... treknya adalah kebun getah, kelapa sawit dan juga denai-denai tepi sungai, maklum ler sekolahnya terletak di kawasan kampung. Jadi trek-trek sebegini banyak dan senang di cari walaupun hampir keseluruhan jalan rayanya bertar.

Nampak gayanya planing untuk menukar template terpaksa saya tangguhkan dulu disebabkan... mungkin masih sayangkan template ini yang saya rasa menarik. Saya dah mencuba dua, tiga template tapi kurang memuaskan hati. Nak bina sendiri tak tau.. jadi kena carilah mana yang sesuai dan berkenan di hati.

Badan letih... alangkah seronoknya kalau dapat berehat barang dua tiga hari.... ;)

31 May 2009

Kerja 3 Hari

Cadangnya besok saya akan bertolak balik ke Kelantan untuk bercuti sempena cuti sekolah, mungkin selama seminggu. Dalam pada itu sejak Jumaat yang lalu saya cuba menyiapkan web blog untuk 2 buah sekolah. Yang satu saya cuma buat pengubahsuaian paparan layoutnya dan yang satu lagi satu lagi saya perlu mulakan dari awal.

Alhamdulillah, untuk web blog SK Seri Kampung Renggam sudah sempurna setelah mengalami masalah di photobucket dan juga coding untuk slaid dan sidebarnya. Bagi SK Abdul Rahman Yassin, layoutnya sudah okey cuma tunggu pengisian dari pihak sekolah sahaja. Kalau tuan-tuan, puan-puan, encik-encik dan cik-cik ada masa, pergilah melawat webblog sekolah berkenaan untuk 'says hai'.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More