09 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu....Penat

Hari minggu di kala ramai orang menjerit dan membakar mercun di Bukit Jalil persis sambutan Tahun Baru Cina. Saya berkesempatan untuk bersama budak-budak sekolah untuk aktiviti 'bercamping'. Pada asalnya aktiviti ini hendak diadakan di salah sebuah kem korikulum kelolaan JPN Johor, tapi dek disebabkan kes di Kuala Dipang, Perak. JPN tidak membenarkan sebarang aktiviti di kem-kem korikulumnya. Hehe... semacam tak nak bertanggungjawab aje. Hendak tak hendak terpaksalah aktiviti ini diadakan di kawasan sekolah aje. Tapi okeylah tak perlu pergi jauh-jauh... pakai tenaga, pakai duit dan masa yang lebih.

Salah satu aktiviti wajib dalam sesuatu perkhemahan ini adalah aktiviti kembara, setengah orang mengelarnya sebagai jungle tracking. Sekarang kawasan hutan dah kurang, tak boleh nak 'berjungle tracking' lagi. Saya adalah salah seorang pengelola bagi aktiviti kembara ini. Seronok juga 'berkembara' ni.... treknya adalah kebun getah, kelapa sawit dan juga denai-denai tepi sungai, maklum ler sekolahnya terletak di kawasan kampung. Jadi trek-trek sebegini banyak dan senang di cari walaupun hampir keseluruhan jalan rayanya bertar.

Nampak gayanya planing untuk menukar template terpaksa saya tangguhkan dulu disebabkan... mungkin masih sayangkan template ini yang saya rasa menarik. Saya dah mencuba dua, tiga template tapi kurang memuaskan hati. Nak bina sendiri tak tau.. jadi kena carilah mana yang sesuai dan berkenan di hati.

Badan letih... alangkah seronoknya kalau dapat berehat barang dua tiga hari.... ;)

24 komen:

jungle tracking mmg sronok, bdn letih tu kene bawak rehat :)

sabo ye tok..lepas ni cuti pnjg sampai muak dok rumah :p

Tok nabe ni mengajar di mana ye???

sronok jungle tracking nih..teringat saya dedulu..smpi sakit pinggang saya..huhh!
;P

Selamat pagi tok,
saya ni bukan jenis yg suka benda2 lasak..sebut jungle trackking pun saya rasa dah letih..
tapi dgr cerita org lain yg lasak2 ni seronok pulak..itu lah, manusia tak serupa kan tok...

p/s lawa kereta kat profile tu.

seronok tu jungle tracking...bln 12 ni yok kita bt ramai2 yok...

tok pun nk tkr template yek..mmg pening tok fikir2 nk tkr ni..adeii sakit kepala tgk code2 tuh... :p

wah...seronoknya bercamping tok...

salam

lonni kalu kelih hutae hutae keno tebae , hati pB jadi pedih , jadi sedih , jadi sayu ....

bukae gapo , takut cucu cicit lepah ni , kenal hutae kut dalae internet jah ...

tok leh meraso mandi laut , tok kenal burung , tok kenal pokok ...

tak apa tok camping kat kaw sek pun ok juga...tak lah mak bapak bimbang.

lepas ni cuti sek pjg bolehlah tok rehat pjg2.

ok gak tu jimat belanja tak payah sewa bus tp rasanya walaupun sekolah dok kwsan kampung ada yg tak pernh masuk kebun.

sama ler..sy pun hajat di hati nak gak tukar cat blog tu tp takut pulak ler dh tukar nanti..nak bukak blog lembab ke hapa...sy tak suka jap2 tukar..jap2 tukar..mcm tak setia aje...hehe..

maiyah:
Letih..abih sendi dan urat2 terasa sakit.

echah_syed;
Hehe...sekarang cuti dah tak mcm dulu.

J@J@:
Sy di simpang renggam. Budak2 berjalan taka rasa apa. Kita ni yg lenguh2, sakit2.

hani@debumelukut:

Seronok sebenarnya berjungle tracking ni. Cuma kena hati2.. kat jalan dan hutan ada macam2.

sis-lin:
Yuk..kita ke gunung ledang. si kasawari boleh jadi guide kita..hehe.

Cadang nak tukar tapi mcm sayang pulak template ni.

~0~:
Tiur dalam khemah, meredah dedai seronok...cuma jangan dalam hujan je.

pB:

sebab tu lo ni dah ada berkebuh dlm komputer, menternak dlm komputer, tracking dlm komputer.... mcm2 lagi ler.

zue:
kalau kat kem koko semua orang lain uruskan. kalau kat sekolah... sendiri kena urus, itu yg bezanya.

Cdg nak berehat cuti ni tapi belum tentu ada rehat dlm cuti.

KuIna:
Nak kira puteri apa ni... tak pernah masuk kebun. hehehe....

CintamaniszLite:

Tukar bukan apa.....kekadang baju sendiri pun kita tukar. saja biar rasa fresh sikit.

igtkan Tok pergi noreh getah pulak juan2 nih huhuhuuhu

NaqeebLukhman:
aha...getah masih mahal lg sekarang RM3.++ sekilo, kalau menoreh bagus jugak. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More