
Saya ada satu pokok, dah berusia setahun lebih. Saya cuma diberitahu namanya
'Pokok Ajaib'. Bagaimana dan dari mana ia mendapat nama tidaklah saya ketahui. Pokok ini memang agak popular di Kelantan. Orang tua saya ada menanam sepasang pokok ini di kampung. Yang saya punya ini pun asalnya dari Kelantan, dibawa oleh seorang kenalan.
Apa yang ajaibnya? Setakat yang saya tau.. kebanyakkan khasiatnya adalah berkisar kepada perubatan tradisional. Daunnya boleh dimakan begitu saja....erk... maksudnya dbasuh terlebih dahulu ler takut ada bekas2 tanah ke, bekas tinggalan burung ke. Berbalik kepada apa yang ajaibnya? yang ajaibnya adalah buahnya. Buahnya sebesar ibu jari dan berwarna merah apabila masak. Jikalau kita makan buah pokok ini, kemudian minum air
masak/jarang/ sejuk/kosong, nescaya kata orang air itu akan rasa manis. Kalau makan buah2 yang masam seperti mempelam ke selepas makan buah pokok ajaib ini, rasa masam tu bertukar rasa manis.
Orang kata
(lagi)... kalau kita hendak mendapat rasa yang asal sebelum memakan buah pokok ajaib ini, makanlah daunnya. Rasa masam atau rasa tawar tu akan kembali semula.
Nak cuba? cubalah..... saya sendiri pun belum mencuba lagi kerana
Pokok Ajaib saya belum berbuah lagi. Tunggulah kalau dah berbuah, nanti saya rasa dan boleh ler berkongsi pengalaman......