04 April 2010

Buah Ni Pelik Sikit

Lama saya tunggu pokok ini berbuah. Pokoknya tidaklah sebesar mana cuma separas pinggang. Dua tiga hari lepas saya tengok ada 5, 6 biji buah berwarna merah ini. Saiznya hanya sebesar kelingking. Ketika gambar ini diambil hanya tinggal sebiji sahaja buah ini. Kemana pergi tidak saya ketahui, mungkin dimakan burung atau ayam. Saya dah tulis pasal pokok ini dalam blog saya ini dahulu.

Buah apakah ini? Sebenarnya buah ini adalah buah pokok ajaib (panggilan org tempatan). Apakah keistimewaanya? Buah ini kalau dimakan, ia akan menghilangkan deria rasa lidah kita untuk seketika. Maksudnya setelah memakan buah ini, kita tak perlu risau untuk memakan cili, bawang, hempedu, limau masam dan sebagainya kerana deria rasa sudah tertutup.

Jangan risau deria rasa kita akan pulih tak lama selepas itu atau kalau ingin deria rasa segera kembali, kunyahlah daunnya. Itu yang diberitahu..... Nak cuba? tunggu nanti pokok ini berbuah lagi.


26 komen:

rajin kelih pokok nie

tapi tok tau namo gapo ...


supo buoh kopi pun ado ...

tak pernah nampak... tak beracun ke?

kmk pnh nangga buah tok..dalam CSI..dak nya pun nunggah buah ajaib.

x pernah jumpa le baru pestaim ni tgk

pB:
Saya pun sebenarnya tak pernah tengok, tahun lepas ada sedara datang sambil bawa pokok ni. katanya boleh buat ubat.

cikgu_math:
Tak beracun tapi takut jugak nak makan. Bila makan kesannya..hilang deria rasa. kalau makan sabun pun tak rasa apa2.

SuePrettyInPink:

Betul tu dlm CSINY ada kisah pasal buah ni.. saya tengok siri tu. Kisahnya, pembunuh gunakan buah ini untuk menghilangkan deria rasa lepas tu kasi org tu minum asid.. sbb org tu dah tak rasa apa2.huhu.. boleh disalah guna jugak buah ni yek.

maiyah:

Pokoknya comel aje renek. Kalau tanam dalam pasu pun cantik.

Dulu tanam dlm pasu tp mcm terbantut je.. lepas tu pindahkan ke tanah baru berbuah.

kat rumaah saya ada 3 pokok pohon ajaib. kadang2 pokok2 tu berbuah lebat dan saya suka buahnya yg manis. sebenarnya melalui pengalaman saya, selepas mkn buah ajaib ni, benda2 masam yg kita mkn selepasnya akan terasa manis hatta mempelam muda sekalipun.kalau benda2 pahit, raya tak tahu le pulak. tak pernah cuba.

namo gapo?? pokok ajaib?? ishh dop penoh dgr lagi...tp mcm penoh tgk jahh...hmmm tp di mana yaaa :)

apa nama pokok nie tok..sekilas pandang mcm pokok kopi kekekke

mmg ajaib... buleh buat magic!

Rumah Kuning:

Yang tinggal sebiji hari tu pun saya tak sempat nak rasa. Petik, lepas tu lupa letak mana.
Teringat lepas makan buah ni, teringin nak makan benda2 yang pahit atau pedas.

Gina :
Ramai orang panggil pokok ni dgn nama Pokok Ajaib. Nama sebenar...hehe tak tau ler pulak.

fazrinefamily:

"Synsepalum dulcificum" - hehe.

Info Carian dari internet :

apa itu buah ajaib?

Pokok Ajaib ini hidup subur di Afrika Barat seperti di Ghana dan Nigeria dan lain-lain negara. Pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 15 kaki, daunya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya berwarna merah bila matang. Pokok ini dikenali di Afrika dengan panggilan seperti taami, asaa dan ledidi dan lain-lian. Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memanggilnya sebagai “miraculous berry”.

Buahnya lonjong sebesar buah kopi, isinya nipis dan berbiji besar di dalamnya, buahnya keluar dari bunganya yang kecil dan akan masak dalam tempoh 20 hari. Buah yang masak berwarna merah terang . Sepohon pokok ini boleh menghasilkan beratus buah dalam setahun, kebiasaannya pokok menghasilkan buah yang banyak dalam bulan Ogos dan Februari. Buah ajaib rasanya masam manis dan kandungan gulanya tidak membahayakan kesihatan. Kalorinya amat rendah dan penghidap kencing manis boleh manikmati buah ini. Buah ini berguna bagi mengelakkan darah tersumbat.

Ada yang menamakannya buah ini sebagai Beri Ajaib. Pokok ini banyak ditemui di Negeri Florida, Amerika syarikat, tidak boleh tumbuh dikawasan bersalji tetapi sesuai di kawasan tropikal kerana pokok ini memerlukan air dan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun. Pendek kata ianya tidak akan hidup subur di kawasan sejuk seperti kanada. Di Amerika Syarikat hanya di Florida pokok ini boleh hidup subur. Pokok ini biasanya tumbuh meliar di kawasan hutan.

Kini pokok ajaib amat subur di tanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Terutama di kawasan tanah yang berasid sekurang-kurang PH 4.5 hingga 5.8.

link : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=80654

NaqeebLukhman:
selain magic.. boleh dibuat senjata pembunuh jugak ni. ( pengaruh CSI hehe....)

rasa mcm penah tgk pokok nih..

Cikgu Wiween:
Comel pokoknya ween, kalau tanam dalam pasu pun cantik...

pokok ni mcm ada kat ladang-ladang je :)

ch@:
Kat sini tak nampak org tanam secara ladang. Mungkin kat tempat lain ada dikomersialkan kot.

ch@ :
Kat sini memang tak nampak ada orang tanam secara besar2an, mungin kat negara lain ada dikomersialkan kot.

mula2 tadi ingat ke pokok kopi
sbb kopi hutan byk tk kg saya
sedap...bile mak buat kopi sendiri
katanya kopi musang sbb mmg dari berak musang..hehehe

Kujie:

Kopi luwak yang tu .. hehe geli nak minum. Teringat musang berak lagi pun memang tak leh minum kot.

ingatkan buah kupi..hehe.

Tingin pulak sy nak tanam pokok kupi sebatang, pokok koko sebatang..jadi ler..hehe

ingatkan buah kupi..hehe.

Tingin pulak sy nak tanam pokok kupi sebatang, pokok koko sebatang..jadi ler..hehe

Alona:
Jangan tanan pokok popi sudah... :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More