22 April 2009

Pokok Ajaib

Saya ada satu pokok, dah berusia setahun lebih. Saya cuma diberitahu namanya 'Pokok Ajaib'. Bagaimana dan dari mana ia mendapat nama tidaklah saya ketahui. Pokok ini memang agak popular di Kelantan. Orang tua saya ada menanam sepasang pokok ini di kampung. Yang saya punya ini pun asalnya dari Kelantan, dibawa oleh seorang kenalan.

Apa yang ajaibnya? Setakat yang saya tau.. kebanyakkan khasiatnya adalah berkisar kepada perubatan tradisional. Daunnya boleh dimakan begitu saja....erk... maksudnya dbasuh terlebih dahulu ler takut ada bekas2 tanah ke, bekas tinggalan burung ke. Berbalik kepada apa yang ajaibnya? yang ajaibnya adalah buahnya. Buahnya sebesar ibu jari dan berwarna merah apabila masak. Jikalau kita makan buah pokok ini, kemudian minum air masak/jarang/ sejuk/kosong, nescaya kata orang air itu akan rasa manis. Kalau makan buah2 yang masam seperti mempelam ke selepas makan buah pokok ajaib ini, rasa masam tu bertukar rasa manis.

Orang kata(lagi)... kalau kita hendak mendapat rasa yang asal sebelum memakan buah pokok ajaib ini, makanlah daunnya. Rasa masam atau rasa tawar tu akan kembali semula.

Nak cuba? cubalah..... saya sendiri pun belum mencuba lagi kerana Pokok Ajaib saya belum berbuah lagi. Tunggulah kalau dah berbuah, nanti saya rasa dan boleh ler berkongsi pengalaman......

18 komen:

ermm bkn pokok bunga tanjubg ke tu?...

kalo nak dpt pokok ni kat kelate je ke toknabe? menarik jugak nih..rasa manis rasa masam..masam rasa manis. ehehe magik

Sis-Lin :

bukan pokok bunga tanjung tu. Tak tahu nama apa sebenarnya, cuma saya tahu orang panggil pokok ajaib. ajaibnya pada daun dan buahnya.

Wiween :
tak tahulah tempat lain ada ke tidak pokok ni tapi memang popular di kelantan. pokok saya pun asalnya dari kelantan.

Mungkin boleh try tanya di nursery. Keajaibannya saya belum tahun lagi sebab pokoknya belum berbuah.

Menarik. Ada nama lain tak tok? Mungkin di tempat lain, lain namanya barangkali.

BP :
mungkin ada kat negeri lain, tapi mungkin orang tak amik peduli atau tak tahu keajaibannya & mungkin ada nama lain utknya.

pokok apa tu...
ajaib betul... sy nak boking buahnya 10 biji.

TokNabe,
Bila dah berbuah, hantar saya sebiji ke Kuching. Hahaha

salam TokNabe,
wah2 betul2 ajaib pokok ni.
jaga pokok tu jgn sampai tak sempat besor dah ghaib.

wah memang ajaib ni bro.. leh ar ke spg renggam pekena daun pokok ajaib ni.. nanti dah berbuah.. leh roger2 ek.. tak leh dpt ker dia punya benih bro? he he

apa tu bekas tinggalan burung.. ? burung kasawari ker bro.. he he berkhasiat tu tinggalannya.. ha ha

KuIna:

pokok ajaib.pokok apa? pokok ajaib.

kalau la pokok tu berbuah 10 biji, dan kesepuluh biji tu dah ditempah... bahagian saya pulak macam mana?

Abang Putra :
haha.. apa kata, abg putra hantar diri sendiri ke sini, lagi senang ...hahaha.

zue :
w'salam... saya tak tahu pokoknya ma besar setakat mana. rasanya tu dah cukup2 besar kot. Kalau ada oran yang nak songlap pokok ni, tak tahulah sbb kat sini saya rasa tak dak orang yang tahu pasal pokok ajaib ni.... kecuali yang baca blog saya je. :D

Kasawari:
pokok ni asalnya kenalan dari kelaan yang bawa utk mak mertua saya yg sakit masa tu. Benihnya tak tahu mcm mana cara nak dapat. mungkin dari bijinya kot.

hehe... kalau dah berbuah nanti saya try dulu, baru boleh roger2. Boleh ler try dgn mangga masak merah tuuu...

echah-syed :
Ada satu lagi benda ajaib. Dinding.... cucuk kad, keluar duit.. ajaib...ajaib.

hehe... tapi kena tengok time jugaklah :p

puas sy teleng....bagilah pic besar dan clear sikit..mcm misteri je...dah le tangkap gambo dlm gelap

daun mcm daun pokok bakau je..

Kujie :
kalau klik kat gambar tu rasanya boleh besar. hehe..yg gelap tu cuma sy edit je biar tak nampak semak2 kat tepi tu..hehe.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More