Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Nikon. Show all posts
Showing posts with label Nikon. Show all posts

06 May 2010

Baru Sampai Tengahari Tadi

Pesanan yang dibuat pada Isnin lepas telah selamat saya terima melalui GD Express tengahari tadi. Teruja jugak sebab nak dapat gadget baru. Sebenarnya saya membuat pesanan untuk mendapatkan sebuah kamera DSLR Nikon D90 bagi menggantikan kamera saya yang lama Nikon D40. Kenapa Nikon menjadi pilihan? Sebab saya agak yakin dengan prestasi jenama ini setelah menggunakan D40 dalam 2 tahun. Cadangnya untuk mencuba jenama Canon pulak, tapi takut tak memuaskan hati nanti.

Pesanan ini saya buat melalui sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan. Kenapa tidak beli di Johor saja? Sebenarnya saya sudah bertanyakan beberapa kedai fotografi di Johor tapi kebanyakkannya ketiadaan stok dan juga agak mahal sikit berbanding kedai di Kota Baharu ni. Kedai ini direkomenkan oleh seorang kawan yang juga berkecimpung dalam arena fotografi ini. Setelah bayaran dibuat secara online, kedai tersebut menjanjikan pesanan akan sampai dalam masa sehari melalui carrier service.


Disertakan bersama set Nikon D90 ini ialah Nikkor lens ,AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR, memadai untuk shoot dalam keadaan ruang yang sempit dan juga jarak sederhana jauh tanpa perlu menukar lens. Untuk yang lebih baik, elok dapatkan lens 18-200mm tapi harganya mahal sikit........

Oklah...nak belek-belekkan gadget baru ni sebelum mengujinya di Pendang Kedah, Sabtu ini kerana kebetulan mengikuti rombongan pengantin ke sana.



05 April 2010

Dari Tingkap Kereta


Lama juga tak bawa keluar benda alah tu untuk 'menembak'. Memang malas nak menggantungnya ke leher, nak masukkan dalam poket, tak mungkin. Itulah satu kekurangannya, saiz tapi kualiti gambar memang tidak dapat dinafikan.

Saja petang semalam, bergerak ke Simpang Renggam sambil ke pasar malam di Kampung Chokro. Saya minta orang rumah drive kerana saya saja nak shoot melalui tingkap kereta. Memang lama tak mengasah bakat ni. Dengan lensa AF-S Nikkor 55 - 200mm, lens yang saya gunakan untuk menembak sebahagian pekan Simpang Renggam. Dengan lens ni sasaran boleh agak jauh sikit. Gambar-gambar ini diambil hanya dari tingkap kereta saja.

Yang ini bunga entah apa nama, dalam tapak semaian di rumah sebelum bergerak ke Simpang Renggam. Awan hitam bergerak deras di atas kepala, entah-entah di Simpang Renggam hujan lebat kot.

Yang ni puteri saya, Nur Nisa Salsabila. Memang suka diambil gambarnya, bila disuruh posing di mana-mana pun jadi.Betul telahan yang dibuat, tak lama sampai di pasar malam hujan turun mencurah-curah. Alhamdulillah sempat berteduh di sebuah gerai. Gambar yang ni diambil hanya menggunakan kamera telefon aje. Kamera........... simpan nanti masuk air. :)

p/s: Gambar-gambar hanya diuploadkan dengan saiz 600x400 pixel sahaja untuk mempercepatkan loading blog dan menjimatkan ruang.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More