Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

14 July 2009

Masih Sakit Tekak Lagi!

Tengah musim sakit tekak lagi. Operasi mengondolkan pokok buah berambut merah ini. Menjadi rezeki kekawan dan sedara mara, sebab nak makan sekeluarga memang tak larat.


Yang ini pulasan, bukan rambutan. Orang kata lebih sedap daripada rambutan. Dari mana mendapat nama tidak pulak diketahui mungkin dari cara mengopeknya.

Yompok.

30 May 2009

Buah Cupu

Semalam ketika menikmati makan tengahari di kantin, dihidangkan bersama ialah sambal buah pelam. Wow.. memang sedap kalau ada sambal buah pelam ni, dimakan pula dengan nasi yg panas. Cuma sambal pelam kat Johor ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan sambal pelam yang biasa saya jumpa di Kelantan. Kat sini sambal pelam tu ialah sambal belacan yang dicampur dengan hirisan buah pelam. Kalau di Kelantan sambal pelam dibuat dengan hirisan buah pelam muda di campur dengan cili dan ikan rebus atau ikan kering yang dibakar (ikan tamban) dan ditumbuk. Baunya memang amat menyelerakan.


Kredit Gambar

Gambar di atas adalah Buah Cupu, itu yg saya panggil turun temurun. Nama sebenar tidaklah saya ketahui. Sebenarnya buah itulah yang saya teringat semasa saya menjamah sambal buah pelam tersebut. Buah ini pun memang sedap kalau dibuat sambal, caranya sama seperti membuat sambal buah pelam. Memang sudah lama saya tidak nampak buah ini apalagi nak merasai sambal buah cupu ini. Mungkin dah jarang agaknya pokok ini hidup, kalau saya balik kelantan pun memang tak pernah nampak. Buah ini kalau dah masak pun boleh dimakan begitu saja. Rasanya masam-masam manis.

22 May 2009

Wanginya.... Bau!

Agak2 baunya sampai ke luar sana tak? kat sini memang wangi betul buah ini. Ini buah kuini bukan KuIna blogger tu. Kat dapur ada empat lima biji lagi selepas saya membahamnya dalam 2 biji tadi. rasanya memang agak berlainan dengan buah mempelam. Bagi saya ianya lebih sedap. Kuini ini sekelaurga dengan bacang atau buah macang(mace), cuma kuini ni lebih kecil berbanding bacang atau macang tu.

Kalau buat kerabu pun sedap buah kuini ni. Nak tau cara buat kerabu kuini ni try tanya pakcik google, insyaAllah dia boleh tolong bagitau. Kuini ni bukanlah dari pokok kat rumah saya ni. kat rumah tak ada pun pokok kuini ni. Buah ni sebenarnya dibeli, tak sangka pulak harganya boleh tahan.... RM 4.00 sekilo. Kalau dulu mungkin tak ada nilainya tapi sekarang benda yang makin susah nak dapat ni memang agak mahal sikit.

Agak berbaloi makan buah ni, rasanya agak manis dan baunya memang wangi tapi kalau dah menelan 3, 4 biji silalah bersedia untuk ke tandas.

20 April 2009

Pulasan & Rambutan

Buat masa sekarang ni boleh dikatan selalu saja hujan. Pagi panas tapi bila tiba tengahari atau petang hujan pulak. Walaupun kadang2 tak lebat tapi banyak makhluk2 Allah di muka bumi ini merindui hujan. Yang ketara sekarang ni pokok2 buah2an dah mula mengeluarkan putik2 yang kelak yang akan membesar masak. Di kediaman saya ni ada ler beberapa batang pokok pulasan dan rambutan yang nampak gayanya lebat putik2nya. Musim durian berbuah nampaknya dah terepas, adalah empat lima bijik yang dapat dirasai, maklum ler berbuah di luar musim. Pokok manggis tak nampak pulak putik2nya, begitu juga dengan pokok mempelam yang cuma daunnya merimbun.


Alhamdulillah ini yang dikatakan hujan yang turun membawa rahmat.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More