30 May 2009

Buah Cupu

Semalam ketika menikmati makan tengahari di kantin, dihidangkan bersama ialah sambal buah pelam. Wow.. memang sedap kalau ada sambal buah pelam ni, dimakan pula dengan nasi yg panas. Cuma sambal pelam kat Johor ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan sambal pelam yang biasa saya jumpa di Kelantan. Kat sini sambal pelam tu ialah sambal belacan yang dicampur dengan hirisan buah pelam. Kalau di Kelantan sambal pelam dibuat dengan hirisan buah pelam muda di campur dengan cili dan ikan rebus atau ikan kering yang dibakar (ikan tamban) dan ditumbuk. Baunya memang amat menyelerakan.


Kredit Gambar

Gambar di atas adalah Buah Cupu, itu yg saya panggil turun temurun. Nama sebenar tidaklah saya ketahui. Sebenarnya buah itulah yang saya teringat semasa saya menjamah sambal buah pelam tersebut. Buah ini pun memang sedap kalau dibuat sambal, caranya sama seperti membuat sambal buah pelam. Memang sudah lama saya tidak nampak buah ini apalagi nak merasai sambal buah cupu ini. Mungkin dah jarang agaknya pokok ini hidup, kalau saya balik kelantan pun memang tak pernah nampak. Buah ini kalau dah masak pun boleh dimakan begitu saja. Rasanya masam-masam manis.

23 komen:

pernaha tengok dulu.......dulu tapi mcm lupa ingatan juga

apasal hari2 sabtu hujung minggu musim kenduri ni kita buat posting nostalgia2 nie ye?

rindu kampung agaknya....:p

mengaku sajalahhhhh :)

campur dengan sayur batang keladi,pun sedappp!!. ganti asam gelugur.Cuma..getahnya...alahai!!!

salam..style swak pun sama..hirisan mempelam dgn belacan..sedapppppppp

ni pertama kali tgk buah cepu....mcm buah pisang kaki plak

buah cuppu...buat sambal ngan buat lawa.memang gu dia.hehehe

x pernah rasa tp bunyi mcm sedap ^_^

kebiasaan sejak zaman tgh muda2 dulu kalau time cuti ni memang teringat nak balik kampung.....
...sekarang w/pun dah berkeluarga rindu pada kampung halaman tu memang tetap ada.

.. kalau balik minta tolong mek buatkan sambal batang keladi. Perh!!!.. best jugak.

Cikgu_math :
Kalu masuk dlm btg keladi tak pernah pulak saya cuba... hehe, nak try buat pun buah cupu tak ada ni...

Arsaili :
Sekali imbas mcm pisang kaki tapi buah cupu ni rasanya kecil sikit.

cikgu Panji :
kat mana boleh ambo cari buah cupu ni lagi?

Lun :
Ia jadi penyedap makan. Sama spt sambal belacan. Nak cuba.. kena cari buah upu dulu la. :D

x pernah dngr dn mkn lak buah cupu ni..sedap ke? nmpk mcm tomato yek....

Salam,
aku tak pandai nak bezakan buah le... lebih2 lagi yg serupa tapi lain... bedal saje pandai... hehe

Sis-lin:
saya tak jumpa lagi buah maupun pokok cupu kat johor. kalau ada sikit2 sy pandai jugak buat sambal tu.

Amirul :

hahaha... gitulah gamaknya kita ni ye... pasal bedal memang boleh aje.

Buah cupu kat tempat saya yg panggil, tempat lain mungkin ada nama lain kot.

buah cupu mmg kegemaran kv. Dlm kebun pak sedara hubby ada sepohon. Nenek slalu wat balik dan tumbuk sambal. Yg masak, mkn cenggitu jer. Oh, nikmat sungguh. Now, nenek dh tak sihat. Nak jenjalan ke kebun pun dh tk dpt. Rindu nya buah cupu. Hihi

KV ;
ambo pulak memang dah lamo benar tak makan sambal buah cupu ni. Tak dok sumber nak buat.

Dulu time budak2 memang banyak pokok ni, kalau ada yg masak memang makan gitu je..

Di Sarawak ada sejenis buah yang tak ada di Semenanjung. Namanya buah Dabai, Arsaili tahulah buah ni. Rasanya lemak-lemak sikit.

Dabai..... memang saya sendiri tak pernah dengar. mcm mana gamoknya rupo buah tu?

tak kisah la name ape..
janji kalau buat sambal tu boleh bagi pedas, belasah jea...

buah cupu ni kalau makan getah lekat gigi kalau xpandai makan lah..balik ni nak g cari depan dumah eh...

macam buah tomato jer kan.. ermm tak pernah tengok dan rasa pulak buah ni.. ermm masam masam manis ker rasanya.. nak rasa gak ler..

Kampung aku banyok buoh cuppu ni...

klu nak merasa keenakan buah ni, sila la datang kt kampung saya, tanah merah kelantan. sedap klu makan cicah ngan garam kasar.masa nak buang kulit buah ni, alirkan bersama air paip untuk elak getah dia melekat. klu buat macamni,getah die mengalir sekali ngan air paip tu

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More