22 May 2009

Wanginya.... Bau!

Agak2 baunya sampai ke luar sana tak? kat sini memang wangi betul buah ini. Ini buah kuini bukan KuIna blogger tu. Kat dapur ada empat lima biji lagi selepas saya membahamnya dalam 2 biji tadi. rasanya memang agak berlainan dengan buah mempelam. Bagi saya ianya lebih sedap. Kuini ini sekelaurga dengan bacang atau buah macang(mace), cuma kuini ni lebih kecil berbanding bacang atau macang tu.

Kalau buat kerabu pun sedap buah kuini ni. Nak tau cara buat kerabu kuini ni try tanya pakcik google, insyaAllah dia boleh tolong bagitau. Kuini ni bukanlah dari pokok kat rumah saya ni. kat rumah tak ada pun pokok kuini ni. Buah ni sebenarnya dibeli, tak sangka pulak harganya boleh tahan.... RM 4.00 sekilo. Kalau dulu mungkin tak ada nilainya tapi sekarang benda yang makin susah nak dapat ni memang agak mahal sikit.

Agak berbaloi makan buah ni, rasanya agak manis dan baunya memang wangi tapi kalau dah menelan 3, 4 biji silalah bersedia untuk ke tandas.

38 komen:

minggu lepas sy dpt sebiji..harum semerbak serumah.

mkn sorang sikit anak beranak...sedap sungguh.

sebab sikit pun ye juga

Kujie :
Yang sikit tu memang sedap untuk dihadap. Kalau banyak sangat dah hilang kenikmatannya tu.

kalau ada pokok kat belakang rumah lagi beruntung orang tu.

la ni kuini susah nak jumpa.yg byknya pauh siee. 3 kilo sepuloh rial.cuti sek ni tak balik kelate ke?

amboiii baunye sampai ke bukit indah ni..ptut le wangi semacam je nih....
sedap kan,cuma sabut dia tu x tahan kan,dok terselit celah gigi....

sedap nyer


kalau lah mengidae , harus keno g cari tu

salam... pepagi tok dh dera urat perut aku la... adeii, deii, deii... tk trtahan mengidam buah ni. err... buah ape tu tok???

salam bro.. perghhh tolong la keluarkan entri ni.. saya dah tak tahan dah ni.. terbau bau plak kuini ni.. adehhhhh... serius sya cakap.. saya ni mmg pengila kuina atau mangga atau buah2an yang sewaktu dengannya.. he he...

ermmm mcm ni nak singgah ler spg renggam.. ha ha.. ada lagi 4 bijik kan kat dapur tu.. ha ha

Cikgu Panji ;
Walapun dok malaysia tapi hok banyak jual pauh siam. Ambo rasa ambo kelik kelate cuti ni.

sis-Lin :
Tak sangka baunya sampai hingga ke bukit indah.. tapi tak pe, yg sampai ke sana baunya wangi kan?

pB:
kalu ngide.. walau mace mano pun kena gi cari jugok, kalu tok siae ko ore rumoh.

soca:
tu buah kuini soca.... baunya kalau dah masak memang wangi betul, sebiji dah cukup mengharumkan satu rumah.

hehe... kalau nak kena try2 tengok kedai buah.

Kasawari;
Apa kata lepas ni kita buat projek tanam pokok kuini pulak. pokok pelam amsak merah kat rumah tu tebang... kasi tanam pokok ini... tapi tak tau ler, batangnya besar mana nanti?

erk..... kat dapur masih ada 4 biji... diulangi 4 biji, bijinya je yg tinggal :D

Bak sikit! Sampai hati tayang buah kuini tu kat kita... uwaaa...

hehe... ye2, soca tau buah tu. (ish, jhtnye aku tanye mcm2) ngeeee....

buat tumbuk ngn sambal belacan pun sedap nih...
huhu...terliur...

baunye mmg harum semerbak...

Kuini salah satu buah favourite saya. Lama sungguh dah tak makan....

OD:
Opah pun suka buah ni... try tanya2 kau aus ada tak.. ? :D

Soca :
hehe.... tau tak pe. :D

Chekgu BaniHassim :
Ye betul tu, tumbuk buat sambal memang sedap. Tambah dgn ika goreng garing pergh...

BP:
Kat kampung pun sekarang dah tak banyak pokok ni.. mana yang ada dan buahnya menjadi boleh berjual.

salam..rinduyer buah kuini..alangkah bertuah mereka yang berada di bumi Malaysia..bersyukurlah kita semua..huhu..kirim sekilo buah kuini:P

Kembara :
Sekarang yang ada pokok dah tak ramai... jika nak merasainya mungkin kena mencari jugak kat kedai2.

Nak sekilo?... hehe sekilo ada la dlm 4 bijik, cukup ke?

buah kuini camne rasanya plak

iEn:
Jap.. saya nak senyum sorang2 dulu. :D

baunya sampai sini la... semerbak

lama la tak makan buah nie, sedap, manis, wangi.. kalah harum manis.

sedap mmg le sedap kuini tapi dah sebulan saya batuk tak baik2 mana boleh makan buah2 mcm.

salam...waaa kecur tengok kuini tuh...sedappppppppppppp nya. Ni dah musim buah2an kat msia ek...

aspa baru kutip dr rmh makcik smlm...
kutip bwh pokok dpt 3 bj..
makcik bungkuskan dlm pastik dekat 10 bj....hamek ko!!!

mkn smpi kembong :P

kuini tpt aspa dah beransur nak abes...
skrg di sambut lak dgn Dorian!!....
wah!! tekak suda mula gatal2 ni....
lps dorian mbe moktan kendian mata kucing....manggis pon dah tl tunggu jd itam jerk....
syukran! syukran!

KuIna :
setakat mempelam memang kalah baunya.cuma masalahnya jarang nak jumpa benda alah ni lagi.

zue :
Kalau batuk tak tahu pulak tak leh makan, mungkin sebab urat2 dia kot menganggu tekak.

Arsaili :
Memang tengah nak musim buah2 masak kat tanah air la ni. Durian dah ada sebesar betis, rambutan dan ulasan pulak dan mula berisi. Cuma takut masak dalam bulan puasa nanti.... tengok siang meleh air liur, bila tiba mlm pulak perut dah kenyang.

Aspalela ;
Syukuran masih ada pokok untuk menikmati buah2 tempatan ni.

Cuma saya agak pelik bila makan banyak buah2 tempatan ni, mesti batuk atau sakit tekak tapi kalau buah2 import tidak pulak ye.

ye la.....
Mbe import tu byk mengandungi ubat kott??....

Aspalela :
Hehe... tu yg musykil tu, kena buat penyelidikan kot.

buah kuini sdap, wangi dan best

buah kuini sdap, wangi dan best

Lun:
Baunya yang wangi dan rasanya yg lain dari pelam tu yang sedap.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More