Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

06 August 2011

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya. Melalui laman inilah saya kenal lebih ramai kawan walaupun hanya secara maya. Sejak adanya Facebook, ramai blogger semacam menyepi dari dunia blog dan beralih kepada wall kat facebook untuk menulis.Mungkin kat Facebook caranya lebih senang dan mudah Dalam masa 4 tahun dan lebih dari 400 posting, terasa amat sayang untuk meninggalkan dunia blog ni, tak apalah biarpun kurang meng'update' tapi saya rasa biarlah TokNabe's Pages ni boleh terus diakses oleh pengguna internet.


Ini pula kisah kehadiran orang baru dalam keluarga saya. Alhamdulillah 7.7.2011 yang lalu (sebulan berlalu), Muhammad Zarif Zahrfan selamat dilahirkan di hospital Kluang tepat jam 9.05 malam. Minggu tu sebenarnya saya agak kelam kabut kerana selain isteri dalam tarikh due, saya pulak terlibat dengan peperiksaan akhir. Saya berdoa agar isteri saya tidak bersalin dalam tempoh hari peperiksaan itu.

Alhamdulillah di hari akhir, betul-betul selepas peperiksaan, saya menghantar isteri ke hospital dalam masa tengahari, bukan kerana sakit nak bersalin tapi kerana arahan dari klinik kerana dah terlepas tarikh due. Mengikut doktor usaha bersalin akan dibuat keesokkan harinya, jadi selepas lama dihospital, saya pun balik ke rumah. Malam itu, isteri saya telefon memberitahu yang beliau sakit macam nak bersalin, jadi saya terus bergegas ke hospital. Apabila sampai di sana, isteri dah selamat bersalin. Alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah.

 

 Keduanya tak lama di hospital, bersalin malam Jumaat dan boleh balik balik pada hari Sabtu tapi kerana kekuningan keduanya terpaksa ke hospital semula pada hari Isnin. Sempat juga dua malam di sana.

Alhamdulilah keduanya sekarang dah ok, dah Zarif pun dah berumur sebulan. Nampaknya tahun ni bertambahlah zakat saya. 

Selamat menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak.






18 April 2010

Perlukah Diaktifkan?


Dalam banyak-banyak entri saya, entri samba belace menjadi satu-satunya entri yang menerima banyak spam komen. Tak tahulah kenapa entri tersebut yang menjadi sasaran komen spam masuk. Mungkin kerana samba menjadi perkataan yg paling dicari dalam enjin carian.

Setakat ini saya dah memadam berpuluh komen spam dari entri tersebut tapi komen-komen spam tetap juga masuk. Heran jugak...

Rasanya untuk mengelakkan komen-komen spam masuk, perlukah saya mengaktifkan Comment moderation ?

Hari ini budak nakal di atas dah genap 8 tahun. Selamat Hari Lahir.

17 January 2010

Sepetang Di Danga Bay

Sepetang di Danga Bay setelah selesai satu urusan di Johor Bahru pada Sabtu lepas. Lama jugak tak singgah di Danga Bay ni, sesekali singgah seronok jugak dengan pelbagai pemandangan dan juga aktivitinya.

Singgah sekadar untuk memenuhi keinginan kedua orang putera dan puteri yang ingin jalan-jalan di sini. Semasa sampai disini masih belum ramai lagi pengunjungnya memandangkan masa belum lagi lewat petang. Biasanya kalau ke petang sikit ramai pengunjung ke sini terutamanya warga kota. Kalau dah singgah sempat juga anak-anak main itu, ini, segala permainan yang ada..... cuma segalanya berduit aja.

Pusing-pusing sepanjang Danga Bay sambil menaiki trem, makan minum, rehat dan akhirnya sebelum maghrib dah bertolak balik ke rumah.

10 March 2009

Cengkering



Kesian anak saya yang no satu tu. Asalnya tumbuh satu, dua biji sebesar biji mancis, semalam dah tumbuh beberapa malah dah berpuluh biji dari sekecil bintik merah hinggalah sebesar biji mancis. Tumbuhnya dah melata, di kaki, di tangan, d badan,di kepala malah di tut.....

Orang Jawa kata
'cengkering', orang Kelate kata 'bertih', orang melayu cakap orang putih kata 'chicken pox', orang melayu tulen cakap 'deman cacar air'. Malam tadi dah bawa ke klinik. Diberi ubat makan , ubat comor (sapu) dan sekeping MC selama seminggu.

Selain dari perubatan moden, ada juga cara perubatan tradisional untuk penyakit tersebut. Di bawah ini adalah serba sedikit contoh. Saya telah ambilnya di
sini. Bolehlah dibuat petua dalam menghadapi penyakit'cengkering' ni.
Petua (1):
Pada hari keempat terkena sakit cengkering aka. "chicken pox" aka. demam cacar air aka. demam cacar aka. smallpox, amalkan meminum air kelapa muda. Buah kelapa muda itu pun kalau boleh sama diambil dari pokoknya dan jangan dijatuhkan ke tanah. Orang kata, kalau nak "power" lagi, panjatlah dan bawa sendiri turun, wallahuallam.
Setiap kali semasa mandi (pada hari yang sama, hari keempat), amalkan mandi air rebusan daun belimbing aka. starfruit (terserahlah berapa kali sehari dan berapa hari nak mandi. Insyaallah kesan parut akan hampir tidak nampak langsung terutama di bahagian muka.
Petua (2):
BIASANYA selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.
Petua (3):
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Merawat demam campak:
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insyaallah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
Merawat demam campak:
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan.
ps. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering.
Menghilangkan demam campak:
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

09 February 2009

Jadi Jugak...

Kali pertama pergi cuma berhenti dan tengok2. Budak2 dah teringin sangat nak bawak balik rumah. Tapi bapaknya kata sabar..sabar....


Kali kedua pergi ke The Summit Parade di Batu Pahat, singgah lagi di kedai ni. Kali budak2 dah suka sangat. Dok belek2, dok tengok2, dok pegang2. Teringin sangat sampai kucing kat rumah disuruhnya buang sebab nak bela si hamster ni.

Nampak gayanya jadi ler kali ni. Dengan senyum anak2 meleret... sepasang hamster jenis Roborovski Hamster dibawa balik bersama dengan sangkarnya. Hamster jenis ini kecil dan tidak mengigit. Tuan kedai tu cakap hemster jenis ini berasal dari Eropah dan agak lambat sikit nak membiak berbanding hamster biasa..

Senang jugak nak bela si hamster ni. Makanan rujinya cuma diberi kuaci dan air. Makanan tambahan boleh ler di beli di kedai hamster. sangkarnya dibersihkan seminggu sekali dengan menggantikan habuk2 kayu. Bab menjaga ni..... terpaksa ler bapaknya yang buat.

Hehe... tengok tu meleret senyumnya. " akhirnya dapat juga bela hamster........" teringat kata2 si bujang di dalam kereta selepas sepasang hamster ni jatuh ke tangannya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More