10 March 2009

Cengkering



Kesian anak saya yang no satu tu. Asalnya tumbuh satu, dua biji sebesar biji mancis, semalam dah tumbuh beberapa malah dah berpuluh biji dari sekecil bintik merah hinggalah sebesar biji mancis. Tumbuhnya dah melata, di kaki, di tangan, d badan,di kepala malah di tut.....

Orang Jawa kata
'cengkering', orang Kelate kata 'bertih', orang melayu cakap orang putih kata 'chicken pox', orang melayu tulen cakap 'deman cacar air'. Malam tadi dah bawa ke klinik. Diberi ubat makan , ubat comor (sapu) dan sekeping MC selama seminggu.

Selain dari perubatan moden, ada juga cara perubatan tradisional untuk penyakit tersebut. Di bawah ini adalah serba sedikit contoh. Saya telah ambilnya di
sini. Bolehlah dibuat petua dalam menghadapi penyakit'cengkering' ni.
Petua (1):
Pada hari keempat terkena sakit cengkering aka. "chicken pox" aka. demam cacar air aka. demam cacar aka. smallpox, amalkan meminum air kelapa muda. Buah kelapa muda itu pun kalau boleh sama diambil dari pokoknya dan jangan dijatuhkan ke tanah. Orang kata, kalau nak "power" lagi, panjatlah dan bawa sendiri turun, wallahuallam.
Setiap kali semasa mandi (pada hari yang sama, hari keempat), amalkan mandi air rebusan daun belimbing aka. starfruit (terserahlah berapa kali sehari dan berapa hari nak mandi. Insyaallah kesan parut akan hampir tidak nampak langsung terutama di bahagian muka.
Petua (2):
BIASANYA selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.
Petua (3):
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Merawat demam campak:
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insyaallah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
Merawat demam campak:
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan.
ps. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering.
Menghilangkan demam campak:
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

22 komen:

lawanya model .....:)

kesian nengok muka dipaksa bergambar...hehehehe

seminggu MC + cuti seminggu = mewah tu cuti.


Moga cepat baik dan tak berparut lah ye...

Kujie ;

Baru sehari cuti dah gelisah kat rumah. tapi kesian dah makin banyak pulak tumbuhnya... nak baik tu makan minggu juga rasanya. Alhamdulillah minggu depan cuti skolah.

salam...kalau modern approach..ada 3 ...

1. Soothing baths - mandi dgn oatmeal shower lotion untuk kurang gatal2

2. Lotion - lepas mandi ngan shower lotion, sapu kat blister lotion spt Calamine, membantu cepat keringkan dan kurangkan bekas

3. Antihistamines - dpt prescription doc, ia untuk control kegatalan, lebih kurang ubat allergic.

Kesiannya.... Tak apa, tak lama lagi baiklah tu...

Banyak petua. Boleh simpan petua2 tu. Terima kasih tok.

moga cpat sembuh.

katanya... jgn bg kena hujan nanti parut tak hilang, betui ker?

takper bro.. kena waktu kecik2 lagi selesa banding kena cengkering waktu dah berusia.. saya pernah kena pada tahu 98. aduhai... habis semua tumbuh.. kat anu tu pun ada.. he he... tidur pun alas daun pisang.. he he.. tapi best dpt mc seminggu lebih.. he he

kicap mintak dijauhkan bro.. dan lagi satu.. kopeng2 tu jgn sepah2.. tu yg buat jangkit tu..

Kesian dia.. bak kartun dexter tak boleh garu nanti jadi chicken..

Semoga cepat sembuh. Terimakasih list down cara2 traditional tu.

Arsaili :

first, memang dah pegi klinik utk dapatkan rawatan. Alternatifnya dgr cakap2 org tua guna petua2 tu.. :D

BP :

Tak pe kena masa budak2 ni insyaAllah kulit sempat kembali kepada asal, kalau dah tua2 ni kena... alamatnya bekas engkering tinggal parut jelah.

iEn :
dah main baik tu.... tengah nak kering, org kata time nilah kalau nak jangkit tu.

KuIna :
InsyaAllah dah makin baik tu.. budak2 kalau dilarang makin galak dia nak buat. Orang kata jangan main hujan... time tu ler dia nak mengacah.. ish..ish.. bocah2.

Kasawari:
Kalau kena habis ler satu badan. Tak selesanya masa nak tidur tu.

hehe...seminggu mc tu tak padan kalau bekas2 tu tinggal parut. :D

Charms Allure :

Petua2 tu kebetulan saya jumpa kat internet, kemudian saya cuma copy & paste je dari laman asal. Linknya ada kat situ.

Sy pun br jer kena 'chicken pox',nbr jer baik.. tp still ader tanda2 merah..huhu... untung dpt cuti seminggu, sy juz 2 hari di beri, then xtahan g lg dpt 3 ari...nk cuber la petua ni..

saya baru je kena chicken pox.alahai dah umur 30 an kena risau gak.nak2 dah nak raya lak ni.lagi seminggu.alamat x rayalah.dok suruh quarantinekan diri dalam umah.gatal jgn ckplah.muka penuh satu muka.mcm kanak2 dlm gambar tu x byk sgt tp saya dah x tau rupa sy lagi ke ni.yg paling kesian anak2 asik nak mamanya tp mamanya x leh bagi dekat takut menjangkit

anak kecik tu kena sedikit je
saya kena satu badan sampai muke naik bengkak
tido freee 5 malam bilik aircond kat spital jerantut
ni kena tuk kali kedua lak tu
ada petua lain gak berendam dalam kubang kerbau dorang kata le saya x percaye sangat rasa cam ngarut je
mmmg power kene chieken pop ni macam jenis demam dapat saya rasa
kepada yg v belum kena jgn lipe bersedih tuk hari anda

anak saya kena hampir 2 bulan..mcm2 ubat makan,mcm2 cara buat,tp memang lambat baik(sbb dia baru 19 bulan,asyik garu je tmpt2 gatal tu)..baru ni beransur pulih sbb makan antibiotik dan ubat sapu..demam kejap je,bila dah keluar cengkering tu,ilang demam..

hye sis.. sye 24thn.. now baru kne chicken pox.. ade x care2 yg boleh ilangkan parut cepat??arini ari ke-4 saye.. keje saye ni slalu g bank n jumpe org gak la.. thanks~

bleh caye ke petue ni...tkut makin teruk lk hehehehehhe...

Nurul Nasuha :
Itu petua orang tua-tua, biasanya mereka berdasarkan pengalaman.

Sekarang orang lebih suka ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan itu sebenarnya lebih baik.

Kalau nak cuba.... atas tanggungjawab sendiri ler..kehkehkeh.

TQ kerana singgah dan memberi komen.

Kalau mandi shower boleh ke time kena chicken pox..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More