Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Blogspot. Show all posts
Showing posts with label Blogspot. Show all posts

08 February 2011

Dalam Proses Kelahiran Baru


Tengah mencuba untuk mengubah paparan blog walaupun agak lama saya membiarkan blog bersawang dan bersemak. Agak lama juga saya menggunakan template berbentuk magazine untuk paparan tapi semenjak blogspot menggunakan auto pagination untuk paparan, menggunakan template magazine dah tak beberapa cantik. Sekarang cuba bertukar template dengan full page.

Auto pagination - Walaupun kita memilih untuk memaparkan 10 atau lebih posting pada first page tapi blogger hanya akan memaparkan 4 atau lima posting sahaja pada first page blog. Ini yang tak bestnya auto pagination ni, ia akan menyebabkan paparan blog tak beberapa cantik. Nak buat macam mana ye, sebab semuanya free. Kalau berbayar ikut suka kitalah nak buat apa.



Gambar di atas tidak berkaitan langsung dengan posting ini, harap maklum :)
Idea dan bahan banyak tapi malas....................

23 May 2010

Membuat Perubahan

Hujung-hujung minggu ni bagus jugak kalu dapat pi mana-mana. Pergi memancing ke, pergi mandi laut ke, pegi jalan-jalan ke tapi sebenarnya duduk kat rumah juga menyeronokkan. Apa taknya lima hari kekadang 6 hari ulang alik ke tempat kerja, buat rutin yang sama setiap hari. Sesekali cuti berrehat-rehat di rumah, amat melegakan urat saraf............ hehe duduk depan komputer juga boleh ler agak lama sikit hujung-hujung minggu ni.



Tengah membuat sedikit pengubahsuaian bagi lama webblog sekolah ini. Masih mengekalkan corak template yang lama tapi ada pengubahsuaian dari segi kedudukan sidebar, ikon, warna latar dan kedudukan slideshow. Wajah terbaru webblog adalah seperti diatas dan yang lama seperti gambar di bawah ni.


Wajah lama kedua sidebar adalah disebelah kanan manakala wajah baru sidebar berada di kiri dan kanan. Untuk slideshow pula,setakat ini perjalanannya lancar saja walaupun saya menggunakan sumber javascript dari laman asalnya. Jika nanti timbul masalah, saya terpaksa meggunakan sumber javascript sendiri atau memasukkan terus javascript tu ke dalam template blog. Sebenarnya slideshow dan juga thumbnail untuk posting memerlukan javascript tertentu untuk berfungsi.

Inilah kerja saya sepanjang Sabtu, dan setakat ini saya puas hati.

05 February 2010

Tengah Comot


Keadaan blog saya ini kemungkinan akan comot, tidak tersusun, tidak kemas dan mungkin menyakitkan mata memandang untuk sejam dua, sehari ataupun empat, lima hari bergantung atas kelapangan untuk mengupdate atau renovation yang sedang dijalankan.

Sebenarnya, tengah dok saja-saja tu terlihat pulak pelbagai bentuk paparan template blogspot yang saya rasa cantik di laman-laman template, lantas teringin pulak nak tukar. Bila dicuba....... ada bahagian-bahagian dalam template tu yang tak memuaskan hati pulak tu, lalu saya mencuba yang lain pula sehingga 3,4 thema dah diinstall tapi macam masih ada kekurangan setiap template tu.

Harap-harap tak ada orang anggap blog saya ni dah kena hack pulak ..... :)

13 November 2009

Mendung Bulan November

Hari ini sekali lagi mendung datang menyapa bumi sejak dari pagi lagi bersama dengan titisan gerimis. Sudah beberapa hari suasana ini amat menyenangkan bagi sesetengah orang kerana paling tidak ia dapat menyejukkan suasana tapi ada juga mereka yang bersedih jika keadaan ini berterusan. Para penoreh getah - rezeki mereka mungkin tersekat kerana mereka tak mungkin turun menoreh dengan keadaan ini. Berbeza pula dengan petani yang menunggu hujan untuk membajak dan menanam padi. Begitulah... semuanya ada baik dan buruknya tapi hujan itu adalah rahmat yang diturunkan olehNya. Mungkin suasana ini akan berterusan hingga penghabisan Disember kelak.

Puas saya mencari dan mengodak template yang agak sesuai dihati untuk menggantikan template yang lama tu. Sudah mencuba dua tiga template tapi ada saja kekurangan sesuatu template tu. Akhirnya saya cuba guna template yang kelabu asap ini, agak simple sikit. Nak tambah dan buang widget pun yang ni paling senang. Try tengoklah berapa lama template ni boleh bertahan......

29 October 2009

Cuba Beralih Angin

Suka saya nak menunjukkan paparan wajah baru blog Toknabe yang dah saya ubahsuai sedikit-sedikit ketika ada masa. Paparan ini bukanlah sepenuhnya siap tapi menghampiri siap. Paparan baru ini lebih kepada style news magazine memaparkan posting mengikut label yang diberikan kepada setiap entri. Saya cuba untuk menampilkan paparan yang agak berlainan sikit, cuma coding-codingnya yang agak rumit untuk diubah kerana kod htmlnya untuk wigdget-widget perlu diencode dulu sebelum diletakkan dalam skrip.

Banyak lagi rasanya perlu diubah sebelum ditukar sepenuhnya kepada paparan ini. Untuk review bolehlah tengok di sini untuk 'kemungkinan' paparan blog baru toknabe.

Perlukan saya bertukar ke paparan ini?


28 October 2009

Bersemak Samun

Hai........blog, blog. Bersemak samun jugak kau ye. Dah lebih dari bersawang ni. Nak buat macam mana tuan kau tu tengah kurang masa sekarang ni, nak jenguk dan update kau pun kurang berpeluang. Kebun kat FB pun tuan kau dah pajakkan kat mat bangla. Nasib kau ler blog..... tunggulah seminggu dua lagi mungkin lapang sikit tuan kau ni.

Tuan kau ni pun tengah dok sediakan wajah baru untuk kau ni, dah seminggu lebih dok godak-godak tapi tak siap-siap lagi. Banyak benda yang nak dibetulkan dulu sebelum kau berwajah baru tapi bila nak siap.....huhu walahualam.

23 June 2009

Hilang Kelibat

Memang sudah tidak nampak lagi kelibat Kasawari berlegar2 di blog saya dan juga blog2 rakan yang lain dalam seminggu ni. Keputusannya untuk pencen dari arena blogger memang mengejutkan ramai blogger. Keputusannya untuk berhenti pastinya ada alasan tersendiri yang kukuh. Saya juga sebenarnya kehilangan seorang pengulas setia yang sentiasa meninggalkan komen di entri2 saya. Setakat ini beliau masih teratas di senarai pengulas setia saya.


Sebenarnya saya pernah berjumpa dengan En. Kasawari ni, beliau pernah singgah di rumah saya ketika beliau dan isteri berborong sakan di Air Hitam. Saya juga pernah berkunjung ke rumah beliau di Kulai semasa bulan Syawal tahun lepas.

Kepada En. Kasawari jika masih berkunjung ke blog rakan2, selamat maju jaya dan ceria2 lah sokmo.



21 June 2009

Satu Kepuasan.....

Hari ini hampir sepanjang siang saya dok depan komputer meneliti coding laman blog diatas. Sebelum ini paparan adalah cantik dan mengikut apa yang dikehendaki, tetapi apabila seminggu berlalu paparannya menjadi seperti imej di bawah. Slaidshow dan tumbnail untuk posting 'lari' dan menjadi tidak teratur. Senang cerita paparan laman blog tersebut menjadi hodoh. Gitulah.....

Tapi keadaan ini berlaku bukan sepanjang masa, ianya berlaku dikala hampir tengahari hingga ke awal pagi. Nak dikatakan salah coding, kenapa awal2 okey je paparannya. Saya tengokkan juga codingnya yang beratus baris tu. Semuanya okey. Setelah sekian lama dan dengan bantuan pakcik google saya dapat jawapannya. Perkara tersebut terjadi apabila source javascript untuk slaidshow dan tumbnail laman tu berkongsi dengan beberapa malah mungkin beratus atau beribu laman yang lain. Jadi untuk membetulkannya kembali saya kena upload javascript (ada 5 kesemuanya) ke fail hosting yang baru dan tukarkan link yang sedia ada kepada link javascript yang baru tadi. Alhamdulillah setelah hampir seharian sehingga tak sempat melawat kawasan..... laman tersebut kembali normal dan memang puas bila sesuatu kerja tu selesai.

19 June 2009

Kenapa Saya Berblog?

Kenapa saya berblog? kenapa anda berblog? tajuk tu macam sesuai saja utuk buat karangan peperiksaan. Susah nak cakap kenapa saya berblog. Pada asalnya saya mencipta dan menulis di blogspot adalah untuk membuat laporan terus kepada pensyarah mengenai aktiviti saya/kami sewaktu satu praktikal kursus. Saya bukanlah banyak sangat idea untuk menulis dan berkongsi dengan orang ramai. Kalau mengenai diri sendiri tu adalah serba sedikit yang boleh diperkatakan. Selepas itu, blog saya memang terbiar, entri yang dibuat adalah dalam 2 atau 3 sebulan.

Sekarang di samping menulis, saya suka akan kepelbagaian templatenya yang boleh ditukar ganti. Meneliti codingnya memang membuatkan saya teruja untuk menyiap atau mengubah sesuatu blog. Dan sekarang daripada saya hanya suka2 membina blog, saya dah ada 250 entri sejak saya memulakan blog ini hampir 2 tahun yang lalu. Dalam masa itu sudah beberapa template atau layout dah saya cuba. Ada yang saya pakai lama, ada yang saya pakai sekejap bergantung pada mata saya dan keserasiannya dengan browser2 internet. Sebenarnya seronok juga berblog ni, cuma tak tahulah mungkin bila sampai suatu masa, mungkin saya juga malas untuk menulis dan membiar atau menutup blog ini terus .

* Hari ini juga genaplah harinya umur saya bertambah setahun lagi.

31 May 2009

Kerja 3 Hari

Cadangnya besok saya akan bertolak balik ke Kelantan untuk bercuti sempena cuti sekolah, mungkin selama seminggu. Dalam pada itu sejak Jumaat yang lalu saya cuba menyiapkan web blog untuk 2 buah sekolah. Yang satu saya cuma buat pengubahsuaian paparan layoutnya dan yang satu lagi satu lagi saya perlu mulakan dari awal.

Alhamdulillah, untuk web blog SK Seri Kampung Renggam sudah sempurna setelah mengalami masalah di photobucket dan juga coding untuk slaid dan sidebarnya. Bagi SK Abdul Rahman Yassin, layoutnya sudah okey cuma tunggu pengisian dari pihak sekolah sahaja. Kalau tuan-tuan, puan-puan, encik-encik dan cik-cik ada masa, pergilah melawat webblog sekolah berkenaan untuk 'says hai'.

28 April 2009

Perlunya Ada BackUp





Sebenarnya TokNabe ada satu lagi blog klon kepada TokNabe Page's ini. Blog ini adalah sekadar backup jika sesuatu terjadi kat akaun di blogspot ini. Klon ini TokNabe letak di salah satu lagi penyedia tapak blog terkenal iaitu Wordpress. Semua entri dan juga komen yang terdapat di toknabe.blogspot juga boleh didapati sama di toknabe.wordpress.

Kesemua entri serta komen toknabe eksport ke akaun wordpress dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di worpress. Sudah banyak entri yang dibuat dalam blog2 tertentu bagaimana mengajar kita 'copy' entri di blogspot ke dalam wordpress. Dengan menggunakan google atau yahoo.... terpapar berbaris2 laman web atau blog yang boleh memberi panduan kepada kita.

Saya sentiasa membuat 'backup' ini dalam seminggu sekali atau selepas beberapa entri yang saya postkan. Saya masih mencari jawapan kenapa video yang terdapat dalam blogspot tidak dapat dieksport sekali ke dalam wordpress. Mungkin saya terlepas pandang sesuatu fungsi kot..

Sebenarnya seronok juga jika mempunyai domain sendiri tetapi memikirkan setakat ini tiada lagi masalah dengan blogspot, niat untuk memiliki domain sendiri dibuang jauh2 dulu. Kerja2 posting di blogspot juga amat mudah dan senang, dan yang paling penting kenapa saya masih setia dengan blogspot ini adalah kerana ianya FREE.....

09 April 2009

TokNabe 'Dipaksa' Bercuti

Nampak gayanya TokNabe kena pergi amik angin sikit kat pulau-pulau ke, gunung-gunung ke atau ke mana2 saja yang jauh dari aktiviti 'berkomputer' atau 'berinternet'. TokNabe 'dipaksa' bercuti dari aktiviti berblog dan internet untuk sehari dua, mungkin untuk seminggu dua ni. Semua ni gara2 talian internet yang aduhhhh.... sakitnya hati. Dah pat lima hari tokNabe menunggu kalau2 speed internet ni akan pulih........ tapi alahai.

Untuk loading satu page laman yg di hosting kat Malaysia pun mengambil masa yang lama untuk complete loading. Tuuu... gambar kat atas tu, beberapa kali fail untuk diuploadkan. Entri ni pun harap2 kalau di publishkan nanti akan berjaya.....

Nampak gayanya esok kena mengadu lagilah kat 100, itupun mungkin setelah beberapa kali mendail..........

26 February 2009

Kulit Baru, Rupa Baru


TokNabe sekarang tengah dok renovate serba sedikit paparan rupa blog TokNabe. Tangan ni gatal sikit dok nak mengumpil sana mengumpil sini. Ini rasanya template ke 5 yang saya guna sejak berblog ni. Template untuk blogger memang banyak dan kita boleh cari di mana2, hanya gunakan Pakcik google atau Makcik yahoo. InsyaAllah pencarian tak akan terkecewa. Nak buat sendiri, kita bukanlah orang yang bijak pandai. Lepas tu amiklah sedikit masa untuk memasukkan wiget2 tertentu. Kalau rajin, InsyaAllah semuanya boleh buat.......

Tapi template yang lama tu, memang saya sayang tu... yang ini tengoklah kalau cantik mata memandang..bertahan lamalah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More