Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

10 December 2011

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Setibanya di kampung di petang 20 November, tak disangka hujan turun selebat-lebatnya mulai malam itu sehinggalah 4 hari kemudian. Sah, banjir menyambut kepulangan kami sekeluarga ke kampung. Nak tak nak, 4 hari terperuk di rumah menunggu banjir tiba. Alhamdulillah walaupun air tak naik sehingga ke rumah tapi bahagian dapur air masuk jugak. Dulu musim banjir, taklah sebegini. Jika banjir dah teruk sangat (Kota Baharu dah tenggelam) baru air masuk bahagian dapur. Sekarang ni, hujan hebat barang 2,3 hari air akan naik disebabkan ruang-ruang aliran air (alor) tersekat disebabkan alor-alor itu ditambak untuk membuat rumah. Jadi air yang tidak bermata itu akan mencari ruang-ruang yang boleh dimasuki untuk dipenuhi. Walaupun kampung tak banjir tapi kita orang tak leh ke mana-mana sebab jalan-jalan keluar terputus dek banjir.


(kredit gambar)
Tak dapat ler nak melawat rantau Panjang bali kali ni. dari maklumat rakan-rakan kat sana, air ketika itu paras lutut kat bandar Rantau Panjang. Apa yang dapat dibuat di musim banjir ni yek? yang pasti harga ubi-ubi tek kira apa jenis ubi melambung tinggi. Permintaan terhadap ubi meningkat naik. Hehe........ sedap makan ubi ni time musim hujan-hujan ni.


Sebutlah ubi apa ubi itik, ubi badak, ubi keling,ubi kayu........... semuanya orang cari dan masa inilah para penanam ubi ni akan beroleh pendapatan yang agak banyak.

Balik kali ini, berjalan tak banyak, gambar tak banyak, barang tak banyak beli dan yang penting bila tak jalan, duit pun tak banyak habis.

02 May 2011

Singgah Di Pasar Payang



 
Pasar Payang, kalau pergi Kuala Terengganu memang tak sahlah kalau tak singgah. Kalau singgah pulak yang paling suka dan rambang mata pula adalah orang-orang perempuan jelah. Tak caya tengok gambar-gambar di bawah ni. Hehe... macam-macam corak dan color  ada.


Bukan setakat macam-macam corak dan color...... malah kain-kain batik tu pula macam-macam harga. Nak beli hehe......tepuk poket tanya laki ler. Nak yang harga bawah RM100, RM100 lebih, RM 200 lebih, RM300 lebih, semuanya ada tapi harga-harga tu kalau pandai tawar-menawar boleh ler kurang. Tak kurang banyak boleh ler kurang barang sedikit.

Inilah tempat kalau saya balik ke Kelantan dan lalu ikut jalan tepi pantai, saya tak lupa untuk singgah sekejap di Kuala Terengganu, jalan-jalan sambil beli-belah dan Pasar Payanglah tempat yang tak pernah miss.

02 March 2011

Cerita Dari Pasir Mas

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Ini bukan saya yang suka-suka tulis, tapi saya ambil dari sini. Jadi apa kata orang Pasir Mas?

Pasir Mas, Kelantan

  • Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
  • Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
  • Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
  • Mempunyai keluasan 57,800 hektar
  • Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)


  • Sumber.

    31 December 2010

    Dah Nak Masuk Tahun Baru

    Lama tak login blogger ni, memang lama sangat. Alhamdulillah password dengan username saya masih belum lupa lagi.Hehe.. ingatkan penyakit ni tak berjangkit pada saya, rupa-rupanya tak boleh dielakkan jugak, sampai masa berjangkit juga. InsyaAllah saya cuba, harap kedatangan tahun baru ini, penyakit kemalasan update blog dapat saya hindar.

    Esok melangkahlah kita ke tahun baru 2011. Tahun 2010 ditinggalkan dengan pelbagai peristiwa. Ada yang gembira, ada yang duka malah ada yang langsung tak berubah apa-apa. Semoga kedatangan 2011 ni, memberi lebih pengharapan sertakejayaan untuk semua.

    Penutup tahun 2010, dengan cuti sekolah yang panjang sempat saya pusing-pusing sebahagian negara sambil balik kampung. Dengan bergerak dari Johor ke Kelantan ikut jalan tepian pantai bermula dari Mersing, Endau, Pekan dan Kuantan. Di Kuantan sempat saya singgah di rumah seorang rakan di Pantai Batu Hitam. Kemudian diteruskan ke Kuala Terengganu juga ikut laluan tepi pantai. Kalau balik ikut laluan tepi pantai ni memang seronok, seronok dihidangkan dengan permandangan pantai yang indah-indah. Sempat juga menjenguk rakan dalam WOC, Cikgu Nik di Rhu Muda, Terengganu.

    Balik ikut ikut laluan tepi pantai, kalau tak singgah sini(gambar atas) beli keropok lekor memang tak sah. Beli yang mentah dan juga yang dah siap dimasak untuk dimakan di Pantai Penarik yang dalam perjalanan balik nanti.


    Di pantai inilah tempat paling sesuai untuk melepaskan lelah memandu jika dari Kuala Terengganu ke Kelantan ikut laluan tepi pantai. Tempatnya menarik, suasana segar dan ada tersedia wakaf-wakaf dan juga kerusi-kerusi untuk makan. Sempat berehat juga dalam sejam sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kelantan.

    Lebih kurang 10 hari berada di kampung. Sekejap benar tapi nak buat macam mana, kena balik juga kerana ada urusan lain yang perlu dibuat. Tengah berada dalam musim tengkujuh ubi-ubi seperti ubi itik (gambar atas) memang agak ada harga sekarang ni. Ramai orang mencari ubi-ubi tersebut untuk di makan dalam suasana yang basah-basah dalam musim tengkujuh ni.

    Rantau Panjang dan Kota Baharu, tempat biasa untuk berjalan-jalan sambil membeli belah. Kredik untuk makcik penjual lokchin di Rantau panjang dan pakcik pengumpul barang lusuh di Kota Baharu.
    Di Cameron Highland, dalam perjalanan balik ke Johor. Ke sana saya membawa sekali mak saya kerana nak menziarah adik saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur. Ke Cameron Higland dari Kelantan sekarang ni amat mudah, ikut Gua Musang-Lojing dan terus ke Cameron Highland. Ambil masa kurang dari 4 jam sahaja. Jalannya cantik, permandangannya juga menarik cuma tmasa turun dari Cameron ke Tapah, itu sahaja yang leceh, lebih-lebih lagi kalau terpasa ikut lori didepan yang dua tiga buah.


    Berada di Kuala Lumpur dalam 2 hari, sebelum balik ke Johor. Sempat singgah di Melaka, bawa mak dan adik-adik berjalan melihat panorama Melaka. Alhamdulillah jam 9.00 malam, sampai dengan selamat di rumah di Johor.

    Untuk semua rakan blogger dan juga pengunjung saya ucapkan
    Selamat Tahun Baru 2011

    22 September 2010

    Huruf Berkata-kata

    Entah mengapa, empat,lima mejak ni memang terasa sangat malas nak update blog. Nak berziarah dari blog ke blog kekawan yang lain pun dah mula berkurangan saya buat. Kalau pergi pun sekadar menjenguk dan membaca. Kekawan jangan berkecik hati ye... insyaAllah kalau mood berblog ni kembali normal, blog-blog kalian saya akan terjah dan tinggal serba sedikit jejak. Nak memulakan menaip dua tiga patah perkataan itupun alah payahnya.

    Bukan saja terasa malas nak mengupdate blog, nak mengambil gambar pun memang malas sangat. Balik Kelantan itu hari pun..... kali pertama satu pun gambar saya tak terambil. Mungkin ini tanda-tanda dah nak sampai ke penghujung kot blog saya ni. Cuma bila terfikir, terasa sayang jugak kalau blog ni terus bersawang lalu terbiar begitu saja.

    Balik Kelantan untuk raya itu hari pun kurang meriahnya. Disebabkan saya balik lewat sedikit, ramai kekawan yang dah kembali semula ke perantauan. Tak sempat nak jumpa-jumpa sambil ngeteh-ngeteh. Perjalanan yang memakan masa hampir 15 jam dari Johor ke Kelantan akibat kenderaan yang banyak dan bergerak perlahan, memang terasa perit nak balik time raya ni. Seharian lepas sampai, masa dihabiskan dengan berehat dan tidur untuk bayar hutang seharian dalam kereta. Nak berjalan ke mana-mana lepas tu terpaksa fikir 4,5kali sebab kompom akan jumpa jem lebih-lebih lagi kalau nak ke bandar terutama Kota Baharu.

    Hehe......entri kali ni nampaknya tak ada gambarlah sebab saya memang tak ambil sebarang gambar ketika balik hari tu. Gambar anak saudara yang baru lahir hari raya itu hari pun tak saya ambil. Hehe... apa punya pak saudara ni. :)



    Gambar ni tidak berkaitan dengan entri di atas, saja letak sebab tak cantik nanti kalau entri tak ada thumnail. Cilok dari internet. kepada tuan punya gambar, minta izin yee....

    12 September 2010

    Dari Kampung Ke Kampung

    Raya ketiga baru berpeluang untuk balik kampung.Balik kali ini untuk beraya, walaupun dah raya ketiga tapi memandangkan cuti masih ada lagi, eloklah saya balik barang dua tiga hari.


    Mungkin hari ini dah ramai yang mula bergerak semua balik ke tempat mencari rezeki masing-masing tapi tak apalah saya menyongsang arus, harap-harap trafik ke Kelantan tidaklah sesak sangat lagi.

    Doakan saya sekeluarga selamat dalam perjalanan dari sebarang musibah.

    26 June 2010

    Serba Sedikit Balik Kampung

    Lama tak mengupdate blog ni sejak balik kampung. Tak beberapa sihat sikit, kepala asyik berdengung dengan selsema yang tak habis-habis. Lepas tu sibuk pula dengan tengok bola..kehkehkeh. Alhamdulillah sehari dua ni rasa dah okey sikit, ada peluang untuk bercerita perihal balik kampung itu hari.

    Balik kampung bukanlah lama sangat, cuma 4, 5 hari tapi okeylah dari tak dapat balik langsung. Balik ketika pertengahan cuti sekolah ni, jalan agak clear sikit tapi yang tak beberapa clear adalah sped-sped trap yang menunggu mencari mangsa, ternampak juga 2,3 tempat di mana diorang menyorok dan ketika itu bawa kereta pun kita berhemah ler....... :)


    Tempat yang selalu dikunjungi bila balik kampung, kekadang bukan sangat nak membeli tapi suka-suka untuk jalan-jalan.Namanya jalan-jalan tapi huhu........jenuh juga tolong mengangkat barang..kehkehkeh.

    Dulu hanya ada satay ikan, sekarang ni 'lok chin' dah ada macam-macam. Ada campuran udang, ketam, bebola ikan. bebola daging, sosej, sushi dan lain-lain. Bebudak suka, orang tua pun suka. Kalau beli berbelas-belas ringgit. Kalau 'lok chin' sate ikan- seringgit 5 cucuk kalau tak silap.Setiap cucuk ada 5 ketul .

    Bahagian yang menjadi kesukaan orang perempuan. Puas pusing sampai lenguh kaki kalau berjalan kat bahagian ini. Macam-macam ada........ yang makin tak ada, duit ajelah. :)

    Mee celup..........huhu kalau letak babat lagi sedap. Baru tau, tuan punya gerai ni adalah mak saudara kepada tauke nasi kerabu di penjara Simpang Renggam. Ada terjumpa beliau kat sini.

    Agak-agak buah apa yang hijau dalam plastik tu. Mula-mula saya ingat itu adalah buah epal hijau, jadi buat-buatlah tak tahu. Rupa-rupanya ia adalah jeruk buah jambu batu. Jambu batu dibentuk hingga bulat macam epal lalu dijeruk. Rasanya manis dan memang sedap.

    Asam jawa. Beli sedikit buat buah tangan balik ke johor. Saya sendiri kurang suka tapi agak ramai yang suka. Rasa masam-masam manis.

    Berjalan, makan, berjalan akhirnya kepenatan. Nasihat saya kalau nak ke Rantau Panjang time cuti-cuti, seelok-eloknya biarlah sampai ke sana sebelum pukul sepuluh. Selepas pukul sepuluh orang memang dah ramai dan parking memang susah nak dapat. Rantau Panjang pun dah makin membesar.

    12 June 2010

    Balik Kampung

    Selepas seminggu cuti sekolah, kali ni saya berpeluang bercuti balik kampung. Bercuti dari berfikir tentang kerja dan sebagainya. Kali ni balik walaupun tak lama mungkin 4,5 hari tapi cukuplah untuk menjenguk orang tua dan 'bercuti'.

    Adik saya dari Pasir Gudang sudah pulang semalam, cadangnya untuk balik saing tapi kerana saya ada urusan, beliau balik dulu. Beliau balik ikut Kuala Lumpur untuk mengambil anak saudara saya dan dari sana dia terus ke Kelantan. Saya akan menyusul balik besok. Seperti biasa laluan saya adalah ikut Segamat, Muazam Shah dan terus ikut laluan Jerangau-Jabur. Kalau ingin bersantai-santai, saya akan ikut jalan pantai iaitu dari Kuantan, ikut Kemaman terus sampai Kuala Terengganu. Perjalanan mungkin lama sikit dan masa berhenti pun rasanya pun banyak sebab banyak tempat menarik untuk di singgah.

    Apa-apa pun, mulai esok saya akan offline selama 4,5 hari tanpa komputer dan internet. Balik adalah semata-mata untuk bercuti.

    06 June 2010

    Sabtu Cuti

    Sabtu cuti, tak ada apa hal nak buat. Berbekalkan baldi, air dan sabun kemudian max dan juga polisher. Kereta di bawah saya kerjakan. Itulah hasilnya. Walaupun penat tapi alhamdulillah berbaloi.

    Juga tengah mencuba antivirus baru, The Sheild Deluxe bagi mangantikan antivirus Kaspersky yang tamat tempoh. Antivirus ini satu keluarga dengan Bitdefender Antivirus. Prestasinya melalui review beberapa pages di internet berada di kedudukan teratas mengalahkan kaspersky. Tiga hari mencuba, memang securitynya boleh tahan hinggakan mana-mana perisan yang menggunakan patch atau crack dikesan dan kalau silap haribulan boleh dipadamkannya. Hehe.......kesimpulanny,a antivirus kalau power sangat pun membawa masalah.... hehe. Cuma sejak menggunakannya saya perasan, sambungan internet menjadi perlahan sikit. Mungkin secara kebetulan kot.

    Esok, Ahad ada satu, dua undangan perkahwinan....... biasalah time cuti ramai orang amik peluang untuk buat majlis. Dah diundang, kenal pulak tu kena hadirlah. Selamat Bercuti bagi siapa yang bercuti, yang berkerja teruskan kerja, yang cuti tapi kena kerja.... itulah nasib kamu. :)

    13 April 2010

    Guano Kabar Ore Ka'pung

    Apo kabar ore ka'pung? Segar ko belako? Lagu mano lo ni, ujel turun ko.. kalu sini ujel turun sokmo tiap-tiap pete. Ile panah perit tu. Buah-buah kayu mokte, derian,dokong, se'to start bun'ga doh ko?Pasir Mah, Kota Baru pulok guano..... kereta dok sum'bat ko lagi? Raso kalu tok cuti skoloh, kat Kota Baru dok sum'bat mano.

    Teringat ambo nasi sup daging bakar dale pasar Pasar Pasir Mah, lakse, nasi kerabu sedap belako.Kalu kelik Kelate ambo meme tok rajin tinggal.Gapo-gapo pun pakat dengar lagu atah tu dulu.



    13 March 2010

    39 Darjah Celcius


    Kebetulan dengan cuti sekolah badan jadi tak beberapa sihat. Kira nasiblah, kalau tak boleh jugak ke mana-mana makan angin. Jadi untuk sehari dua ni cuma lepak-lepak saja kat rumah, jenguk-jenguk internet sajalah. Tadi telefon orang tua di kampung memaklumkan tak balik cuti sekolah ni. Rupa-rupanya kat sana tengah hebat semula demam chikungunya . Mengikut kata orang tua , dah ramai yang kena kembali terutama mereka yang telah terkena penyakit ni sebelumnya. Ok juga saya tak balik kali ini, tapi penyakit tu ada di mana-mana.

    Nampak gayanya hujan juga bermurah hati menurunkan dirinya sekerap mungkin sekarng ni. Kuranglah sikit bahang panas dan selesalah sikit untuk 'ngengel' petang-petang. Kat kampung saya di Kelantan pun menmgikut kata orang tua dah 2 hari hujan lebat turun, alhamdulillah tanah-tanah yang merekah dah dipenuhi air dan pokok-pokok pun mula menerbitkan pucuk. Begitulah keciknya kita.


    * ngengel = baring-baring.

    21 February 2010

    Kononnya..Balik Raya

    Perjalanan 658km dari Kelantan ke Johor, walaupun terasa jauh tapi kali ini perjalanan agak lancar. Kenderaan tak beberapa banyak di jalan raya berbanding ketika perjalanan ke Kelantan tempoh hari. Saya sengaja bertolak pada hari Jumaat untuk menggelakkan kesesakan di jalan raya dan alhamdunillah memang kurang kenderaan pada hari itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam sahaja termasuk berhenti rehat.

    Ketika pulang ke Kelantan tempoh hari, hati saya bulat untuk singgah di Tasik Kenyir setelah beberapa lama hasrat tu tertangguh beberapa kali. Tapi sayangnya saya sampai ke sana sudah lewat petang sangat. Hari sudah mulai gelap. Tasik kenyir memang indah walaupun suasana ketika itu memang sudah kelam sangat.

    Kurang setengah jam, saya sudah bertolak semula dari Tasik Kenyir. Tak ada apa-apa aktiviti yang boleh di buat malam-malam gitu. Sempat bersembang dengan seorang pengusaha bot mengenai chalet dan perkidmatan bot kat situ serta sempat mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.

    InsyaAllah apabila balik di lain ketika, saya berazam untuk sampai awal ke sana uintuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dan kalau berkesempatan untuk bermalam dan melabuhkan joran di sana.

    14 February 2010

    Ops....Limau.



    Sekarang ni kalau nak kira memang dah jenuh melihat limau-limau mandarin di mana-mana. Banyak gerai buah dan pasaraya yang menjual limau mandarin ini. Pelbagai saiz ada. Yang besar dan yang kecik, yang manis dan ada juga yang masih masam. Kedatangan Tahun Baru Cina, menyebabkan lambakan limau mandarin ini di pasaran.

    Cuti Tahun Baru Cina ini boleh dikira agak panjang juga.......seminggu. Bagi sesetengah orang cukuplah untuk balik kampung atau pergi berjalan ke mana-mana. Memandangkan cuti Tahun Baru Cina ni panjang, maka saya ada peluang untuk balik kampung.......balik Kelantan. Jadi nampaknya blog saya ini akan saya tinggalkan buat sementara waktu tapi InsyaAllah saya akan membuat beberapa entri berjadual agar blog ini tidak nampak sangatlah bersawang. Entri yang ini pun entri berjadual.

    Jadi................... selamat bercuti dan selamat balik kampung!!!.

    11 February 2010

    Masjid Beijing

    Sudah lima enam kali saya lalu di hadapan bangunan ini semenjak ia masih dalam pembinaan lagi, tapi tidak berkesempatan untuk singgah. Bangunannya amat unik, menyerupai bangunan-bangunan yang biasa terdapat di negara China. Cuma bangunan ini terletak di Rantau Panjang, Kelantan dan dikenali sebagai Masjid Beijing ataupun Masjid Cina di kalangan penduduk tempatan. Nama rasminya kemudian adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.



    Masjid ini yang diilhamkan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beliau juga yang telah merasmikan pembukaan masjid tersebut. Masjid ini unik kerana mengabungkan kebudayaan Cina serta Thailand yang menjadi asas perpaduan penduduk tempatan.

    Yang lebih menarik jolokan Masjid Cina ini adalah kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh masyarakat Cina Muslim tempatan dari iman sehinggalah kepada ajk-ajknya.

    Selepas banyak kali hanya sekadar lalu, baru-baru ini saya sempat singgah bersembanyang zohor selepas sepagian meronda pekan Rantau Panjang. Agak ramai juga pelancong dan orang ramai yang singgah sama ada untuk bersembahyang atau sekadar untuk bergambar.

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More