02 March 2011

Cerita Dari Pasir Mas

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Ini bukan saya yang suka-suka tulis, tapi saya ambil dari sini. Jadi apa kata orang Pasir Mas?

Pasir Mas, Kelantan

  • Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
  • Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
  • Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
  • Mempunyai keluasan 57,800 hektar
  • Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)


  • Sumber.

    12 komen:

    Kampung Salor tak masuk senarai ke?

    Khabarnya, pemuda Salor kacak-macak belaka macam.....malu nak cakap.

    Bagus info ni Tok Nabe.
    Soalan lama, Tok Nabe ni cawat mano?

    Padan lah saya ni rupa tiada budi bahasa pun kurang..bukan berasal dari Pasir Mas la ni..heheheeh
    Tapi betul lah, kawan2 saya kalau yang berasal dari Pasir Mas tu mesti lawa2..
    En Nidus,Salor tu pasir Mas jugak.Memang terkenal dengan ke'kacak'kan jejaka nya.

    Memamng menarik info pasal ni.

    Nidus2:
    Kg. Salor memang dah dalam Pasir Mas, kira tersenarai tu la.

    Soalan lama, Tok Nabe ni cawat mano?
    kahkahkah... hok pasti bukan cawat kote.

    hani@debumelukut:
    Ore kelate boleh kata comel belaka. Bukan saya yang kata tp ramai kwn2 sy dari negeri luar yg cakap dan ramai jugak antara mereka beristerikan org kelantan. :)

    Zuwairi Aiman:
    Artikel dari Harian Metro Online aje tu. Saya pastekan balik saja... :)

    mmg x d nafikan comel2 lote' putih gebu lak tu...(dari 'pemerhatian' dan pengalaman aku mase belajo dulu hehehe)

    Fazrine:
    Bab tu memang kau khatam banyak kali..kehkehkeh.

    ni bangga jadi orang pasir mas nih..hehhehe......

    Arafara Hudson Khan:
    Ore pasir mah ko? kalu betul.... memang sahlah. :)

    pendapat tu mungkin bole di terima jugak sebab saya pon pindah ke sana bile masuk sekolah menengah dan saya agak jeles dengan rupa mereka...tapi, pada saya, ianya akan jadi lebih realiti jika disusuli dengan akhlak yang baik dan cara berpakaian yang lebhi sopan,,insya Allah,,setiap kejadian ciptaan Allah baik2 belaka dan ada hikmah nya yang tersendiri..wallahualam.

    Anonymous :
    Betul tu...cantik luar dan dalam..............

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More