Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

11 May 2014

Yang Kedua 2014

Post kedua 2014, sempena hari ibu..........

Repost balik :
"Memang kasih ibu membawa ke syurga, Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..."



 


Rindu kat blogspot.com. :) Selamat Hari Ibu Buat Semua wanita bergelar ibu.

















20 April 2014

Yang Pertama 2014

Kali pertama semenjak lebih 2 tahun, tiba-tiba teringat nak buka dan log in blog ni. Alhamdulillah masih ingat lagi passwordnya. Semenjak berkembangnya Facebook, dunia blog ni semakin gelap. Ramai yang dah gantung jari untuk menaip kat blog-blog ni tapi masih ramai juga yang masih setia bersama blog ni walaupun juga aktif kat Facebook. Saya......... walaupun lama tak mengupdate blog ni tapi masih terasa sayang pulak nak delete. Banyak cerita-cerita dicoretkan kat sini buat berkongsi dengan rakan-rakan maya. Mana yang baik jadikan pengalaman, mana yang tak baik sama-sama buat sempadan.


........seronok jugak zaman berblog dulu.

23 December 2011

Layan TV Online

Sekarang menonton tv adalah lebih mudah dan senang. Tak semestinya kita memerlukan set tv, baru kita dapat menonton siaran televisyen. Dengan adanya komputer dan talian internet, menonton tv adalah mudah dan banyak pilihan.Laman-lalam berikut memberikan kita akses kepada tv online secara percuma sama ada dari dalam dan juga luar negara.

1. eRAMA TV
url : http://erama.tv/mobiletv
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV


2. Asyik TV
url : http://asyik.tv
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV



3. TV ONline via FaceBook
url : https://www.facebook.com/tvonlinebcm?sk=app_216924904991602
Saluran : TV1, TV2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, AXN, Star World dan banyak lagi.


Dalam FaceBook pun boleh tengok tv.


4. Astro Beyond Streaming

Url : http://www.astro.com.my/bdqbplayer

Saluran :  rancangan Astro dan Video on Demand. Anda perlu mendaftar dan login menggunakan akaun laman Astro.com.my yang telah anda daftar.


Selamat menonton tv online....................

18 December 2011

Penat Guna Antivirus Free................



.........atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE). Antivirus dari Microsoft ini pada saya ringan, komputer lebih laju sikit kalau nak dibandingkan dengan antivirus yang lain. Antivirus ini free tapi dengan syarat anda menggunakan Microsoft Windows yang berlesen tak kiralah sama ada Windows 7 atau Windows Vista

Saya dah menggunakan MSE ini hampir setahun menggantikan Kaspersky Antivirus, Setakat ini prestasinya memberangsangkan. Komputer rasanya selamat dari ancaman virus, malware, spyware dan sebagainya. Malah Microsoft Office 2010 saya pun hampir-hampir dibersihkan dari segala 'kekotoran'.

Microsoft Security boleh didapati/download di laman Microsoft dan ianya disediakan dalam dua versi iaitu untuk Windows 7/Vista 32 bit dan Windows 7/Vista 64 bit. Pilihlah mengikur kesesuaian OS anda.

Jom bertukar......................




*p/s :  Windows yang seakan-akan Genuine pun boleh pakai.............................

10 December 2011

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Setibanya di kampung di petang 20 November, tak disangka hujan turun selebat-lebatnya mulai malam itu sehinggalah 4 hari kemudian. Sah, banjir menyambut kepulangan kami sekeluarga ke kampung. Nak tak nak, 4 hari terperuk di rumah menunggu banjir tiba. Alhamdulillah walaupun air tak naik sehingga ke rumah tapi bahagian dapur air masuk jugak. Dulu musim banjir, taklah sebegini. Jika banjir dah teruk sangat (Kota Baharu dah tenggelam) baru air masuk bahagian dapur. Sekarang ni, hujan hebat barang 2,3 hari air akan naik disebabkan ruang-ruang aliran air (alor) tersekat disebabkan alor-alor itu ditambak untuk membuat rumah. Jadi air yang tidak bermata itu akan mencari ruang-ruang yang boleh dimasuki untuk dipenuhi. Walaupun kampung tak banjir tapi kita orang tak leh ke mana-mana sebab jalan-jalan keluar terputus dek banjir.


(kredit gambar)
Tak dapat ler nak melawat rantau Panjang bali kali ni. dari maklumat rakan-rakan kat sana, air ketika itu paras lutut kat bandar Rantau Panjang. Apa yang dapat dibuat di musim banjir ni yek? yang pasti harga ubi-ubi tek kira apa jenis ubi melambung tinggi. Permintaan terhadap ubi meningkat naik. Hehe........ sedap makan ubi ni time musim hujan-hujan ni.


Sebutlah ubi apa ubi itik, ubi badak, ubi keling,ubi kayu........... semuanya orang cari dan masa inilah para penanam ubi ni akan beroleh pendapatan yang agak banyak.

Balik kali ini, berjalan tak banyak, gambar tak banyak, barang tak banyak beli dan yang penting bila tak jalan, duit pun tak banyak habis.

06 August 2011

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya. Melalui laman inilah saya kenal lebih ramai kawan walaupun hanya secara maya. Sejak adanya Facebook, ramai blogger semacam menyepi dari dunia blog dan beralih kepada wall kat facebook untuk menulis.Mungkin kat Facebook caranya lebih senang dan mudah Dalam masa 4 tahun dan lebih dari 400 posting, terasa amat sayang untuk meninggalkan dunia blog ni, tak apalah biarpun kurang meng'update' tapi saya rasa biarlah TokNabe's Pages ni boleh terus diakses oleh pengguna internet.


Ini pula kisah kehadiran orang baru dalam keluarga saya. Alhamdulillah 7.7.2011 yang lalu (sebulan berlalu), Muhammad Zarif Zahrfan selamat dilahirkan di hospital Kluang tepat jam 9.05 malam. Minggu tu sebenarnya saya agak kelam kabut kerana selain isteri dalam tarikh due, saya pulak terlibat dengan peperiksaan akhir. Saya berdoa agar isteri saya tidak bersalin dalam tempoh hari peperiksaan itu.

Alhamdulillah di hari akhir, betul-betul selepas peperiksaan, saya menghantar isteri ke hospital dalam masa tengahari, bukan kerana sakit nak bersalin tapi kerana arahan dari klinik kerana dah terlepas tarikh due. Mengikut doktor usaha bersalin akan dibuat keesokkan harinya, jadi selepas lama dihospital, saya pun balik ke rumah. Malam itu, isteri saya telefon memberitahu yang beliau sakit macam nak bersalin, jadi saya terus bergegas ke hospital. Apabila sampai di sana, isteri dah selamat bersalin. Alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah.

 

 Keduanya tak lama di hospital, bersalin malam Jumaat dan boleh balik balik pada hari Sabtu tapi kerana kekuningan keduanya terpaksa ke hospital semula pada hari Isnin. Sempat juga dua malam di sana.

Alhamdulilah keduanya sekarang dah ok, dah Zarif pun dah berumur sebulan. Nampaknya tahun ni bertambahlah zakat saya. 

Selamat menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak.






17 June 2011

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Setelah terlihat van yang terlibat, terus saya memberhentikan kereta untuk melihat perkembangan pemandunya memandangkan saya amat mengenali pemilik van berkenaan.Pemiliknya adalah bekas Pembantu Am Rendah di sekolah saya.

Alhamdulillah, orangnya saya lihat tidak cedera, cuma mengalami sedikit calar-calar di kepala akibat terkena cermin yang pecah. Beliau memakai tali pinggang keledar pada masa itu.Begitu juga pemandu MyVi ini, seorang guru wanita di sekolah agama di Kluang, juga mengalami luka ringan di muka, mungkin akibat cermin pecah dan hentaman 'airbag'.


Cuma yang sedih adalah penunggang motosikal yang sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat rempuhan kepada kereta MyVi.

Itulah, kalau malang tu boleh berbau, kemalangan yang meragut nyawa dan juga meninggalkan kesan trauma itu boleh dielakkan tapi itulah orang kata malang tidak berbau..............

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More