06 August 2011

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya. Melalui laman inilah saya kenal lebih ramai kawan walaupun hanya secara maya. Sejak adanya Facebook, ramai blogger semacam menyepi dari dunia blog dan beralih kepada wall kat facebook untuk menulis.Mungkin kat Facebook caranya lebih senang dan mudah Dalam masa 4 tahun dan lebih dari 400 posting, terasa amat sayang untuk meninggalkan dunia blog ni, tak apalah biarpun kurang meng'update' tapi saya rasa biarlah TokNabe's Pages ni boleh terus diakses oleh pengguna internet.


Ini pula kisah kehadiran orang baru dalam keluarga saya. Alhamdulillah 7.7.2011 yang lalu (sebulan berlalu), Muhammad Zarif Zahrfan selamat dilahirkan di hospital Kluang tepat jam 9.05 malam. Minggu tu sebenarnya saya agak kelam kabut kerana selain isteri dalam tarikh due, saya pulak terlibat dengan peperiksaan akhir. Saya berdoa agar isteri saya tidak bersalin dalam tempoh hari peperiksaan itu.

Alhamdulillah di hari akhir, betul-betul selepas peperiksaan, saya menghantar isteri ke hospital dalam masa tengahari, bukan kerana sakit nak bersalin tapi kerana arahan dari klinik kerana dah terlepas tarikh due. Mengikut doktor usaha bersalin akan dibuat keesokkan harinya, jadi selepas lama dihospital, saya pun balik ke rumah. Malam itu, isteri saya telefon memberitahu yang beliau sakit macam nak bersalin, jadi saya terus bergegas ke hospital. Apabila sampai di sana, isteri dah selamat bersalin. Alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah.

 

 Keduanya tak lama di hospital, bersalin malam Jumaat dan boleh balik balik pada hari Sabtu tapi kerana kekuningan keduanya terpaksa ke hospital semula pada hari Isnin. Sempat juga dua malam di sana.

Alhamdulilah keduanya sekarang dah ok, dah Zarif pun dah berumur sebulan. Nampaknya tahun ni bertambahlah zakat saya. 

Selamat menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak.






10 komen:

Tahniah tok. Yang keberapa ni? Th ni beraya di Johor la ye? Anak kecik susah nak berjln jauh.

congrats!!lebih ceria la nmpknya raya tahun ni...balik raya kelate ke?

seronoknya tiba2 nampak feed blog diupdate....kemunculan pengubat rindu.

Tahniah.... raya ni kena siapkan segala sendirilah ye. isteri bercuti.

Rumah Kuning:

Terima kasih, ini baru yg ketiga. :)

Raya ni rasanya tak balik kelantanlah, Raya kat johor, lagipun isteri baru habis pantang dan budak kecik belum cuba bawa berjalan lg.

Ida Japan.

Terima kasih, tak keliklah rasanya tahun ni. mungkin hujung tahun nanti je.

Kujie:

Itulah, sebenarnya cerita banyak tapi malasnya nak memicit keyboard. Cerita2 yang nak dikarng lama2 hilang begitu sajalah.

Bukan raya, segala hal dalam bualan puasa ni pun terpaksa saya sendiri siapkan...tapi wujurlah ada bazar ramadan. :)

wah... muncul jer dngn baby baru... tahniah.... kawe pun dah jarng2 bukak blog..........

Takpe la Tok tambah zakat...rezekinyer pun bertambah2 tu..

Saya pun dah bettahun tak update blog gara-gara FB.

lama betul menghilang.. raya nanti ke mana?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More