Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

02 May 2011

Singgah Di Pasar Payang



 
Pasar Payang, kalau pergi Kuala Terengganu memang tak sahlah kalau tak singgah. Kalau singgah pulak yang paling suka dan rambang mata pula adalah orang-orang perempuan jelah. Tak caya tengok gambar-gambar di bawah ni. Hehe... macam-macam corak dan color  ada.


Bukan setakat macam-macam corak dan color...... malah kain-kain batik tu pula macam-macam harga. Nak beli hehe......tepuk poket tanya laki ler. Nak yang harga bawah RM100, RM100 lebih, RM 200 lebih, RM300 lebih, semuanya ada tapi harga-harga tu kalau pandai tawar-menawar boleh ler kurang. Tak kurang banyak boleh ler kurang barang sedikit.

Inilah tempat kalau saya balik ke Kelantan dan lalu ikut jalan tepi pantai, saya tak lupa untuk singgah sekejap di Kuala Terengganu, jalan-jalan sambil beli-belah dan Pasar Payanglah tempat yang tak pernah miss.

21 February 2010

Kononnya..Balik Raya

Perjalanan 658km dari Kelantan ke Johor, walaupun terasa jauh tapi kali ini perjalanan agak lancar. Kenderaan tak beberapa banyak di jalan raya berbanding ketika perjalanan ke Kelantan tempoh hari. Saya sengaja bertolak pada hari Jumaat untuk menggelakkan kesesakan di jalan raya dan alhamdunillah memang kurang kenderaan pada hari itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam sahaja termasuk berhenti rehat.

Ketika pulang ke Kelantan tempoh hari, hati saya bulat untuk singgah di Tasik Kenyir setelah beberapa lama hasrat tu tertangguh beberapa kali. Tapi sayangnya saya sampai ke sana sudah lewat petang sangat. Hari sudah mulai gelap. Tasik kenyir memang indah walaupun suasana ketika itu memang sudah kelam sangat.

Kurang setengah jam, saya sudah bertolak semula dari Tasik Kenyir. Tak ada apa-apa aktiviti yang boleh di buat malam-malam gitu. Sempat bersembang dengan seorang pengusaha bot mengenai chalet dan perkidmatan bot kat situ serta sempat mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.

InsyaAllah apabila balik di lain ketika, saya berazam untuk sampai awal ke sana uintuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dan kalau berkesempatan untuk bermalam dan melabuhkan joran di sana.

14 June 2009

Kembali Ke Johor

Malam sebelum balik, 2.30 pagi di Hospital Pasir Mas, Lati kerana adik deman panas, alhamdulilah beliau dalam keadaan memuaskan bila saya bertolak balik ke Johor.

Singgah di Pantai Penarik, pantai yang berdekatan sangat dengan jalan raya. Boleh melepaskan penat sedikit sambil melihat2 laut yang terbentang luas. Pantai Penarik berada dalam daerah Setiu di Terengganu.

Balik kali ni melalui jalan pantai. Singgah di bandar Kuala Teregganu. Niatnya saja nak singgah semata2 tapi teringat Pasar Payang, lama pulak tak menjenguknya. Singgah di sana barang sejam dua. Parking memang amat susah sangat, orang ramai sangat. Last dapat parking berhampiran Maidin lama, nak ke Pasar Payang terpasalah menapak sikit.

Bila singgah kat Pasar Payang, kalau orang perempuan memang kelabu mata melihat banyak baju2/kain2 batik yang memang lawa2. Harga dari puluh2an RM hingga menjangkau beratus2 RM. Orang lelaki tengok2 jelah.


Telihat banyak gerai2 menjual satar saya rasa di Rhu Rendang, Marang. Jadi singgah dan membeli satar seringgit dua. Satarnya sampai ke Johor tak sempat dimakan.

Singgah makan tengahari di pantai di Marang, makan bekalan yang di bawa dari rumah. Seronok makan di tepi pantai ni dengan angin yang memang syok menerpa tubuh. Ada juga 1,2 keluarga yang singgah makan bekalan di pantai ini.

......................... kalau sempat mandi pantai best ni!.

11 June 2009

678 KM

Dengan penat dan rasa mengantuk masih lagi bersisa, keinginan untuk membuka komputer dan menjenguk blog rakan memang tak boleh nak padam. Tapi sebelum menjenguk blog rakan2, eloklah saya postkan satu entri dahulu. Perjalanan dari Kluang, Johor ke Pasir Mas Kelantan mencatatkan 678 km. Itulah yang tercatat di edometer kereta saya, tepat atau tidak, tidaklah dapat disahkan. Cuma kepenatan, keletihan serta rasa mengantuk masih belum hilang lagi.

Semasa pulang hari tu saya sempat singgah di Terengganu. Meninjau keindahan Masjid Kristal yang menjadi kemegahan orang Terengganu kot. Disebabkan saya sampai awal di Terengganu, jadi adalah sedikit masa untuk berjalan2 di sini. Walapun awal, banyak masa saya habiskan masa di Masjid Kristal ni. Ambil gambar sana, ambil gambar sini.

Masjid Kristal ni memang cantik, dikatakan dibina menggunakan kaca dan keluli. masjid pintar ini berkeluasan 2146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah dalam satu2 masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet untk membaca Al-Quran elektronik (Wikipedia).

Seronok berada di sini cuma, kedudukan masjid di atas air Sungai Terengganu memang sejuk cuma bahang dari atas yang tak tahan. Lepas tu, tak sah kalau sampai Terengganu, kalau tak membeli kerepok lekornya. Sempat juga membeli kerepok lekor sedikit di samping yang dah siap dimasak untuk santapan di Pantai Penarik nanti.


~ Salam untuk semua.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More