11 June 2009

678 KM

Dengan penat dan rasa mengantuk masih lagi bersisa, keinginan untuk membuka komputer dan menjenguk blog rakan memang tak boleh nak padam. Tapi sebelum menjenguk blog rakan2, eloklah saya postkan satu entri dahulu. Perjalanan dari Kluang, Johor ke Pasir Mas Kelantan mencatatkan 678 km. Itulah yang tercatat di edometer kereta saya, tepat atau tidak, tidaklah dapat disahkan. Cuma kepenatan, keletihan serta rasa mengantuk masih belum hilang lagi.

Semasa pulang hari tu saya sempat singgah di Terengganu. Meninjau keindahan Masjid Kristal yang menjadi kemegahan orang Terengganu kot. Disebabkan saya sampai awal di Terengganu, jadi adalah sedikit masa untuk berjalan2 di sini. Walapun awal, banyak masa saya habiskan masa di Masjid Kristal ni. Ambil gambar sana, ambil gambar sini.

Masjid Kristal ni memang cantik, dikatakan dibina menggunakan kaca dan keluli. masjid pintar ini berkeluasan 2146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah dalam satu2 masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet untk membaca Al-Quran elektronik (Wikipedia).

Seronok berada di sini cuma, kedudukan masjid di atas air Sungai Terengganu memang sejuk cuma bahang dari atas yang tak tahan. Lepas tu, tak sah kalau sampai Terengganu, kalau tak membeli kerepok lekornya. Sempat juga membeli kerepok lekor sedikit di samping yang dah siap dimasak untuk santapan di Pantai Penarik nanti.


~ Salam untuk semua.

16 komen:

T'gganu acap kali doh sapa. Tok tiri pun ado dok situ.

Tapi , tok rajin lag singgoh masjid Kristal nie ...

Hari tu , masuk Kampung Losong , kelih dari jauh jahhhhh

Selamat Mengajar Smulaaa

pB :
selalunya saya balik kelate lalu ikut jerangau keluar kat sg tong. Ari tu saja nak lalu ikut KT. Tengok mcm siang lagi.. teringat pulak nak singgah. Nak tengok lagu mana rupo masjid kristal tu.

maaf byk2 sebab takdan juppa ari tu.kalut ngan bekwah. InsyaAllah lain kali lah deh..

sonoknye cuti... dn jgn lupa, tk lama lg nk keje semula.. hehe!

Salam Bro.. wah dah kembali eh.. jauh tu 600 lebih kilometer.. kalau gi Thailand tu lepas tu.. ha ha.

ermm cantik masjid ni kan.. semogoa bukan hanya prasana dan fizikal yang moden dan canggih tu dimakmurkan oleh kariah di situ...

kita pun travel gak. drive dari kb-kl-jb-ipoh-cmeron-kb.
letih giler!!!

cikgu Panji ;
Tak apa.. lain kalilah, nak buat guano memang musim cuti ni musim ore buat kerja kawin.Saya pun dalam 3 ari sebelum balik baru sempat jalan2 kb dan rantau panjang.

Teja :

Cuti memang seronok... teringat nak start keje balik tu yg mcm malas pulak. :D

Kasawari :
hehe... kalau bawa 200km sejam... dalam 3 jam lebih dah boleh sampai kelantan tu. :D

Hani@debumelukut ;

jauh travel tu... kalau sorang bawak kereta mau tak celik mata.

wah.. bila gi masjid kristal nie..
tak masuk ek dlm taman mnonumen...

Along:

Saya singgah rasanya 1 jun ari tu semasa otw balik kelantan.

Tak masuk ke taman tu sbb dah petang dan orang ramai sangat.

bila la ln nk sampak ke mesjid lkristal tu yek....

Sis-Lin :
nak sampai senang je... ajak abe tu gi sana, gi bercuti.. :D

TokNabe, wah satu catatan pengalaman yang menarik di Tranung Kite.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More