
Nak disanggah, Haji Mat tu antara orang alim di kampung, guru Quran dan iman masjid pulak tu takkan nak mengeluarkan fatwa sebarangan. Mesti ada sebab musabab ni.
" Kenapa Haji, telur tak boleh makan? telur yang busuk ke haji?", Wak Latif cuba bertanya.
"Yang busuk tu memang ler tak boleh makan, ni hah...yang elok dan baru pun memang tak boleh makan", Haji Mat menerangkan lagi. "Saya bukan cakap sebarangan, ini pun saya baru tau selepas saya hadir Seminar Iman Masjid SeMalaysia di Kuala Lumpur semalam, mufti yang menjadi penel tu yang cakap."
Semua orang dah menjadi kaget mendengar penerangan Haji Mat. "Boleh haji bagitau kenapa ye telur tak boleh makan" Abg Jak mahukan penerangan pulak.
" Telur tu mana ada MULUT, manalah dia boleh makan. Kita makan telur boleh aje". Jawab Haji Mat Selamba.
Melawak juga ye Haji Mat petang-petang gini. Tersenyum semua orang.










