07 February 2010

Telur Tak Boleh Makan


Sebarang telur sama ada telur ayam, telur itik, telur penyu malah telur masin pun tak boleh makan. Itu yang diperkatakan oleh Haji Mat tadi semasa ngeteh sambil makan roti canai. Mana yang makan roti canai telur mula menolak ke tepi roti canai tu. Diorang hairan mengapa telur-telur tu tak boleh makan pulak, selama ni memang telur dan menjadi hidangan mereka zaman berzaman.

Nak disanggah, Haji Mat tu antara orang alim di kampung, guru Quran dan iman masjid pulak tu takkan nak mengeluarkan fatwa sebarangan. Mesti ada sebab musabab ni.

" Kenapa Haji, telur tak boleh makan? telur yang busuk ke haji?", Wak Latif cuba bertanya.

"Yang busuk tu memang ler tak boleh makan, ni hah...yang elok dan baru pun memang tak boleh makan", Haji Mat menerangkan lagi. "Saya bukan cakap sebarangan, ini pun saya baru tau selepas saya hadir Seminar Iman Masjid SeMalaysia di Kuala Lumpur semalam, mufti yang menjadi penel tu yang cakap."

Semua orang dah menjadi kaget mendengar penerangan Haji Mat. "Boleh haji bagitau kenapa ye telur tak boleh makan" Abg Jak mahukan penerangan pulak.

" Telur tu mana ada MULUT, manalah dia boleh makan. Kita makan telur boleh aje". Jawab Haji Mat Selamba.

Melawak juga ye Haji Mat petang-petang gini. Tersenyum semua orang.


14 komen:

salam..
apasal gagal utk tinggalkan komen pada kali pertama ...

buleh lak ...



hari ahad buat lawak la pulakkk


paling suka makan telur penyu

tapi tak leh selau selalu

sebab telur penyu mahallll

hehe.. suspen je nih.. pecinta telor gak nih

pB:

Telu ayam pun dah mahal sekarang ni apatah lagi telur penyu.

'Telur temelar' lagu mana pulok.

maiyah:
Telur separuh masak, telur mata kerbau, telur dada...macam2 orang buat dgn telur.

chait!! kena gak saya.. baru nak tulis.. hanya telur kasawari jer leh makan.. ha ha..

telur banyak yang kotor... tahi bayk melekat, kena basuh sebelum masak!


telur ayam kampung mahal weh...........

Kasawari:
Telur kasawari..sebijik boleh makan 2,3 orang ..hahaha.

NaqeebLukhman:

Pernah makan roti canai telur kat warung atau kedai2 roti canai?

huhu..sy tak pernah, sbb memikirkan pasal telur tu..

pandai juga dia buat lawak :)

salam..tok nabe.. ayah abeli ada pernah cakap.. "kalau makan telor tak dapat anak...".. nape pulak jadi gitu.. tanya abeli.. ayah jawab.."dah kamu makan telor tu.. mcam mana ibu ayam tu nak dapat anak....'. selamba je ayah jawab.. tak gelak pun.......

AbeLi:
Makan telur memang tak dapat anak..anak ayam ler.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More