Amat jarang sikit saya beronline dalam dua, tiga hari ni. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas sikit sekarang ni menyebabkan mata cepat letih bila mengadap pc. Bila tiba malam pula, mata tu pulak berat memanjang untuk pejam dan saya pun kurang sikit membuat lawatan tapak ke mana-mana blog rakan-rakan. Dunia sebelah (FB) pun tak berjenguk. Pastinya tanaman-tanaman kat FV dan FT dah kekeringan.Dunia internet sekarang ni, memang boleh dikatakan ada semua di dalamnya. Maklumat, tv, radio, movie dan macam-macam lagi boleh didapati dengan free di internet kecuali bayaran bil streamyx tu je. Kalau ler talian internet kita laju sekurang-kurangnya 5,6,7 atau 10mbps mcm jiran kita kat seberang sana tu (murah pulak tu), rasanya Astro boleh gulung tikar. TV dan movie boleh ditonton dalam pc sahaja.
Sekarang ni sambil-sambil melayari internet, saya tengah melayan Manis FM, salah satu radio swasta yang hanya boleh didengar di Kelantan dan sebahagian Terengganu sahaja jika secara on-air. Tapi melalui online ni.....siarannya boleh didengar seluruh dunia. Kalau berhajat nak dengar boleh ler ke sini http://www.kelantanonline.my/player.php. Selain Manis FM kat sini juga terdapat Radio Malaysia Kelantan, Terengganu dan Kedah. Jugab terdapat MyFM dan Gegar FM.
Walaupun duduk jauh tapi sebenarnya kita dekat.










