08 March 2010

Layan Radio 'Jauh' Secara Online

Amat jarang sikit saya beronline dalam dua, tiga hari ni. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas sikit sekarang ni menyebabkan mata cepat letih bila mengadap pc. Bila tiba malam pula, mata tu pulak berat memanjang untuk pejam dan saya pun kurang sikit membuat lawatan tapak ke mana-mana blog rakan-rakan. Dunia sebelah (FB) pun tak berjenguk. Pastinya tanaman-tanaman kat FV dan FT dah kekeringan.

Dunia internet sekarang ni, memang boleh dikatakan ada semua di dalamnya. Maklumat, tv, radio, movie dan macam-macam lagi boleh didapati dengan free di internet kecuali bayaran bil streamyx tu je. Kalau ler talian internet kita laju sekurang-kurangnya 5,6,7 atau 10mbps mcm jiran kita kat seberang sana tu (murah pulak tu), rasanya Astro boleh gulung tikar. TV dan movie boleh ditonton dalam pc sahaja.

Sekarang ni sambil-sambil melayari internet, saya tengah melayan Manis FM, salah satu radio swasta yang hanya boleh didengar di Kelantan dan sebahagian Terengganu sahaja jika secara on-air. Tapi melalui online ni.....siarannya boleh didengar seluruh dunia. Kalau berhajat nak dengar boleh ler ke sini http://www.kelantanonline.my/player.php. Selain Manis FM kat sini juga terdapat Radio Malaysia Kelantan, Terengganu dan Kedah. Jugab terdapat MyFM dan Gegar FM.

Walaupun duduk jauh tapi sebenarnya kita dekat.

10 komen:

pokok tok kat header tu tetap gojes walaupun di musim panas... :)

skrg nak tanya kabo dgn org jauh pun dah takde masalah bole chat kat fb email skype atau ym.murah dan cepat.

nasib mak combi tak reti nak bertenet kalau tidak gempaQ tok..!

ha ha ha mak combi dah 84 tahun tok :)

kawe pun salu lepak situ sambil chatting...

biasa kul 12 keatas lah layan dj aiman hehee

Ayubbsb tuss geng kawe chatting...
hmmmmmmmmmm

manis FM...lamo doh xdgr...slalu dengar kelantan Fm jah kalo balik kampung...

echah_syed :
Itulah yg saya kata...walaupun jauh tetapi sebenarnya dekat.

p/s: Pokok kat atas tu pakai baja ajaib..tak akan layu punya sampai bila2. :)

NaqeebLukhman:
Sy memang pi situ kalau nak dgr radio..tp tak pernah chat.

~0~:
Kelantan FM kat situ kekadang boleh dengar, kekadng tak boleh tp Manis sama Gegar ok aje.

tima kasih bg info..mokcik pun kalu balik kg mokcik..suka turn to THR GEGAR aje..heheh..mmg set doh lam kete...masuk je tanah jajahan terus on...

suhaila-ab:

kat Manis FM kalau tak silap mlm khamis kul 10.00 ada slot belaja kecek kelate.

errrkkk mesti sentiasa manis...

Kalau tak manis..dia tak letak nama Manis FM pulak. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More