Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.
Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.
Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Berada dikampung menyebabkan saya agak jauh sikit dari internet. Celcom broadband cuma mempunyai capaian lebih kurang 56k menyebabkan saya malas nak menggunakan internet. Kebetulan adik saya juga ada balik ke kampung memandangkan beliau berada di site kerjanya kat Kerteh, Terengganu. Kepulangannya membawa bersama 2 buah novel diatas iaitu Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu, buah minda dan tulisan Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf 21. Dalam masa 4 hari saya dapat menghabiskan kedua buah novel tersebut.
Oleh kerana kedua buah novel tersebutlah menyebabkan saya terpaksa mencari satu lagi novel Ramlee Awang Murshid ini iaitu bertajuk Hijab Sang Pencinta untuk melengkapkan triologi cerita tersebut. Ini kerana Hijab Sang Pencinta adalah sambungan kepada kedua novel tersebut.
Mulanya saya membaca untuk menutup ruang masa yang terluang, tetapi ceritanya yang baik dan menarik menyebabkan satu terus membaca novel kedua dan akan cuba menghabiskan novel yang ketiga ini. Kisahnya berkisar mengenai apa? jenguk2lah google atau yahoo untuk mengetahui........