15 June 2009

Jauh Dari Internet

Takala cinta berbisik,
suaranya memuji TUHAN,
pabila rindunya terusik,
rasulnya jadi pilihan.



Berada dikampung menyebabkan saya agak jauh sikit dari internet. Celcom broadband cuma mempunyai capaian lebih kurang 56k menyebabkan saya malas nak menggunakan internet. Kebetulan adik saya juga ada balik ke kampung memandangkan beliau berada di site kerjanya kat Kerteh, Terengganu. Kepulangannya membawa bersama 2 buah novel diatas iaitu Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu, buah minda dan tulisan Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf 21. Dalam masa 4 hari saya dapat menghabiskan kedua buah novel tersebut.


Oleh kerana kedua buah novel tersebutlah menyebabkan saya terpaksa mencari satu lagi novel Ramlee Awang Murshid ini iaitu bertajuk Hijab Sang Pencinta untuk melengkapkan triologi cerita tersebut. Ini kerana Hijab Sang Pencinta adalah sambungan kepada kedua novel tersebut.

Mulanya saya membaca untuk menutup ruang masa yang terluang, tetapi ceritanya yang baik dan menarik menyebabkan satu terus membaca novel kedua dan akan cuba menghabiskan novel yang ketiga ini. Kisahnya berkisar mengenai apa? jenguk2lah google atau yahoo untuk mengetahui........

9 komen:

Bagi pB buku tulisan Ramlee Awang Murshid ni terlaku komplikated ...

hi hi ihi...

novel terakhir combi baca bulan dec aritu masa naik train dari KL central ke PARIT BUNTAR :D

time tu iklan pun abis dibaca gak sbb hampir 8 jam atas train.

PB:
hehe.... lama2 seronok pulak baca novel tu.

echah_syed :

Itu rasanya kali pertama baca novel tahun ni.. :D

seronoknya membaca..
dah lama tak sentuh novel..
yang terakhir Cogito Allah Sum hasil penulis Nusantara..
lepas ni, kembali mengadap buku ilmiah - buku rujukan sob sob sob

Illiana :
Tengah study kena kurangkan sikit baca novel2 ni. Time dah free besok.. okeylah kalau nak baca novel2 gini.

aku suka hijab sang pencinta... aku ada 3 novel lg yg blm sempat baca...

Teja:
Saya belum sempat membaca hijap si pencipta lagi. Bila dah kerja kurang masa free, kalau ada pun lebih byk masa kat komputer.

ramai suka citer ramlee awang murshi. tp ween x penah baca pun. huhu

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More