Hari ni tak disangka-sangka saya terpaksa menaiki ambulan. Bukan kerana saya sakit dan bukan juga saya pemandu ambulan tapi ada sangkut paut dengan pensil di bawah ini. Terasa diri begitu besar apabila semua kenderaan ketepi memberi laluan sepanjang jalan dari Renggam hingga ke Kluang. Nak bagitahu... macam sadis pulak ceritanya.
Ginilah ceritanya, seingat minggu ni aman sikit dari cetusan peristiwa yang dibawa oleh anak-anak didik. Selepas rehat saya dikhabarkan ada seorang murid yang tertusuk pensil di b****tnya. Erk......bukan kat anu tu tapi betul-betul kat daging punggungnya yang pejal. Sebab dan musabab bagaimana pensel tu tertusuk kat situ...... hah tak payahlah diceritakan. Melihat keadaan pensel tu, naik seriau......... Tanpa berlengah saya bersama ustaz terus bergegas membawa budak tersebut ke Klinik Renggam untuk mendapatkan rawatan. Di sana, pembantu perubatan tak berani untuk mencabut pensel tersebut takut-takut pensel itu patah dan beliau tidak tahu berapa dalam pensel itu tertusuk. Jadi dengan ambulan saya dan anak didik saya tu di bawa ke Hospital Kluang.Di hospital, doktor berjaya mengeluarkan pensel tersebut yang panjangnya hampir sejengkal tertusuk dalam anu budak itu. Alhamdulilah... tiada kecederaan serius berlaku kepada anak didik itu.
Gitulah ceritanya........










