10 May 2010

Ambulan, Pensil dan Budak Sekolah.

Hari ni tak disangka-sangka saya terpaksa menaiki ambulan. Bukan kerana saya sakit dan bukan juga saya pemandu ambulan tapi ada sangkut paut dengan pensil di bawah ini. Terasa diri begitu besar apabila semua kenderaan ketepi memberi laluan sepanjang jalan dari Renggam hingga ke Kluang. Nak bagitahu... macam sadis pulak ceritanya.

Ginilah ceritanya, seingat minggu ni aman sikit dari cetusan peristiwa yang dibawa oleh anak-anak didik. Selepas rehat saya dikhabarkan ada seorang murid yang tertusuk pensil di b****tnya. Erk......bukan kat anu tu tapi betul-betul kat daging punggungnya yang pejal. Sebab dan musabab bagaimana pensel tu tertusuk kat situ...... hah tak payahlah diceritakan. Melihat keadaan pensel tu, naik seriau......... Tanpa berlengah saya bersama ustaz terus bergegas membawa budak tersebut ke Klinik Renggam untuk mendapatkan rawatan. Di sana, pembantu perubatan tak berani untuk mencabut pensel tersebut takut-takut pensel itu patah dan beliau tidak tahu berapa dalam pensel itu tertusuk. Jadi dengan ambulan saya dan anak didik saya tu di bawa ke Hospital Kluang.

Di hospital, doktor berjaya mengeluarkan pensel tersebut yang panjangnya hampir sejengkal tertusuk dalam anu budak itu. Alhamdulilah... tiada kecederaan serius berlaku kepada anak didik itu.

Gitulah ceritanya........

57 komen:

ya allah..seriau dengarnya..
alhamdulillah ya..selamat semernya..

macae' macae' lar budok budok lonnie


nakal pelik

macae' macae' lar budok budok lonnie


nakal pelik

ya Allah. budak budak sekarang memang. macam macam cara mereka bergurau. nasib baik semua selamat.

hmm..camne reaksi parents bdk tu tok? kang cikgu gak yg dipersalahkan..

ih ih ih...budak2 nih.nya buat guano sapa jadi gitu. tak darrah belecer ko?

kak zaa:
Alhamdulillah semuanya selamat. Kira nasib baik tak tercedera teruk.

pB:
meme ma'ce2 budak lo ni, susoh nak agak apa nak belaku.

nape la kat situ jgk msti tertusuk? conpius..HAHHA..naseb baik takde pape..syukur..

izyani_azahari:
Tak tahu kenapa.... mungkin budak2 main bergurau atau mungkin tak sengaja. tak semopat nak soal siat sbb terpaksa bawa budak ke hospital sampai habis waktu sekolah.

Cikgu Idris:
Masa kat hospital ibu bapa budak tu ada sekali, alhamdulillah dia taklah menyalahkan mana2 pihak. Dah xciden katanya.. nak buat mcm mana.

Rumah Kuning:

Alhamdulillah tak berdarah teruk, mungkin sbb kena betul2 kat dagingnya. Tapi masuk dlm sejengkal..huh ngeri.

Tukang Kata:
Tak tahu kenapa... angkara kawannya, mungkin secara tak sengaja kot.
Alhamdulillah, keluar hospital budak tu tak ada apa2.

ih ih ih budok2 leni teh
gapo dia gak

syukur sume ok

jane:
Semua ok...cedera pun tak teruk walaupun fizikalnya nampak mcm parah.

ish, kat situ jgk die nk tertusuk ye.

gEe:
Dia terduduk atas pensil........

haii ingt kt uma je yg boleh dtgkan kecederaan..kt sekolah lg bahaya yek...huhuhu

apa yg bdk2 ni fikir agaknya..

sis-lin:
Banyak tempat tak selamat sis. Kalau kat rumah seorang ibu atau ayah nak jaga 3,4 orang anak pun tak sempat. Di sekolah bayangkan seorang cikgu dalam kelas nak perhati dan nak jaga 20,30 orang sekali gus.

salam...seram dengar...macam2 budak le buat...samalah kat sekolah saya gak...kadang2 yang kita tak jangka tu berlaku...cikgu cepat bertindak - alhamdullilah

cikgu sonata:
Kita kena sentiasa peka.... mak bapak sentiasa perhati. Cuba mengelak kita dipersalahkan.

Alhamdulillah dalam kes ni, ibu bapanya terbuka.

astaga, saya yg skrg jadi guru pelatih pun dah mula takut bila pikir tak termampu nka jaga anak didik saya nanti untuk hindrkn drp sbrg kemalangan. :)

ngeri...,
alhamdulillah semuanya selamat.

OOOO ni mesti kerja budak2 nakal2 nih... igtkan tadi dia kena pisau masa tajamkan pensil...

budak tu tak menangis ker... macam rilek jer budak tu huhuhu

Nor Anati:
Keadaan budak sekolah zaman sekarang amat berlainan dgn zaman saya dulu. sekarang budak2 kurang sikit menghormati guru lebih2 lg kalau mereka tau yg dok depan mereka tu muda2 lg. Lagi satu penglibatan ibu bapa juga melecehkan proses pembentukan diri anak2 didik.

piewahid:
Memang ngeri..bayangkan sejengkal pensel berada dalam punggung :)

NaqeebLukhman:
Tak tahu lg sama ada sengaja atau tidak pensel tu tertusuk tp semuanya kerana kawanlah ni. Esok baru mula soal siasat. :)

macammaner laa pensel tu boleh tersusuk dekat situ
budak sekarang berbagai ragam
namun jika tiada orang yg berani membawanya pergi klinik seperti tok nabe
rasa rasanya mungkin budak itu akan megalami kecederaan yg serius

salam tok nabe,kommentla new entri saya
masih baru dalam berbloging
harap sudi memberikan feedback

Tengku Ariff Tuan Ismail:

Kira kemalangan... tak sengaja tu.

InsyaAllah sy menyunsul ke blog tuan annti.

Terima kasih...keseronokan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata..apapun sambil menyelam sambil minum air..terima kasih sekali lagi...

oh my! budak tu tak apa² ke tok? adeiii! ngeri ah.

Tengku Ariff Tuan Ismail:
Betul tu... pengalaman sendiri lebih mengasyikkan.

ch@:
Alhamdulillah tak ada apa2 yang mudarat. Hari ni dgr cerita dah boleh bawa motor keliling kampung. :)

kes ni mcm dulu masa saya skolah menengah form 4/5....

dulu kan kerusi kayu..tpt duduknya ada lubang2 bg angin kluar. ada yg dengki dia letak pen / pensil kat lubang2 tu..

bila time cikgu masuk..semua kena bediri bg salam kan?? bila cikgu kata duduk..semua duduk tanpa tgk kat tpt duduk tu ada pen / pensil....

"sekali duduk.....zappppp!!! aduhhh, pedihnyaaa....."

bila tgk, rupa2 nya pen kilometriko tanpa penutup dah termasuk dkt bhgn sulit budak pempuan tu...

bila disoal sapa yg buat..rupa kwn baik dia yg duduk bhgn kiri, saja nak bergurau2 katanya..last2 hospital pergi nya dia....

tak tau lah apecerita skrg dia tu..lost contact!

nape le camni.. x terkata..

ngerinya..........nak bayangkan

laa.cmne laa leh tercucuk..nasib dah selamat.

uishh seriua nya..
apa jadah budak tu men pensul kat montot??? iskkk owang soh tulih atas kertas, dia tulih kat tempat lain plak... erkk

adoila...yg baca pon leh rasa sakitnye. tulah budak2 kan tau gurau je..xtaw akibat kalau telebih gurau

kesian nye murid tersebut..sObsOb.simpati.

J@J@:
Saya boleh bayangkan mcm mana berlaku tu. Situasi seakan sama..... berdiri bulu roma ku.

maiyah:
Mungkin secara tidak sengaja kerana bergurau tak kena tempat.

kujie:
Saya pun lemah nengok kak jie... bayangkan pensel tu............

sophie:
....... kami kira kemalangan kerana bergurau tak kena tempat. Budak2 fikiran sempit lagi.

AKO:
Cuba bayangkan keadaan tu..... bayangkan....bayangkan.

isk.. naik ngeri ler lebih2 lagi sy yg tengok.

JULYA:
Kalau baca pun rasa sakitnya, yang tengok dgn mata sendiri lagi ngilu rasanya. ... yang kena pulak, hehe.. hari ni dah naik motor!.

intan dayana:
Alhamdulillah budak tu dah baik sebaik keluar dari hospital. Tiada kecederaan serius.

oooo macam tu...
tapi kan takpasal2 suatu hari nanti pen dan pensil diharamkan disekolah....

nak tulis pakai arang kayu ka hehehehehhe

sekang ni belun melibatkan ada yang maut... cuba dah ada nanti...


tapi biasalah kat negara kita aatau dimana saja... dah terjadi baru riuh....


kena cari satu solution juga tu...........

ntah ler tok
kat sekolah anak sy...pensel tik-tik yg kena taruk isi tu yg di'haram'kan dibawa ke sekolah sbb takut dijadikan senjata cocok mencocok..
tak sangka pulak ler..pensel masuk dewan peksa ni pun sgt berbahaya..

kesian betol dgn budak tuh..mesti dia fobia tengok pensel 2B tuh..huhuu~~

NaqeebLukhman:
Semuanya bergantung kepada sikap budak2 tu. kalau yg nakal, tangan sendiri pun boleh mencederakan orang.

hehe... kalau diharamkan, budak2 menulis pakai kapur atau arang, menulis pulak atas papan sekeping. Kembali kepada zaman dulu2. :)

Alona:
Pensil tekan tu mmg banyak sekolah tak benarkan murid2 pakai.... pertamanya sbb tulisannya halus sangat. Pensel tu walaupun kalau tp lepas asah...hehe tajam juga le.

casaBlander:
Alhamdulillah budak tu tak apa walaupun agak dalam tertusuk. Kebetulan hanya kena kat daging yg pejal.. :).

Dr pesan kat budak tu supaya guna pensel tu..mana tau untung2 dapat keputusan cemerlang. :)

salam kenal..

Ya Allah...takde benda lain ke dorang nak main..seriau dgr...budak2kan time main tu mana nak ingat bahaya..

Sricahaya:
Pertama, terima kasih kerana meninggalkan komen.

Budak2 akalnya pendek, tak leh nak fikir bahaya.

hahaa..lawak je pesanan doktor tu..=)

CasaBlander:
Hehe..betul dr tu yg cakap.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More