Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Cerita Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Cerita Rakyat. Show all posts

25 July 2009

Siapa Paling Malas


Pada suatu masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua penduduknya amat RAJIN belaka. Tiada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat satu pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS. Masa perhimpunan itu tampil seorang lelaki lantas mengaku....."Sayalah orang yang paling malas sekali dalam negeri ini!".

Raja pun bertanya, "Kalau begitu, sila beritahu beta, apa tahap kemalasan kamu?"

Lelaki itu pun menjawab: "Kalau saya nak makan, kena ada orang yang tolong suapkan saya. Itulah tahap kemalasan saya, tuanku". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata: "Saya lebih malas daripada dia, tuanku.".

Raja pun bertanya kepadanya: "Sampai mana pulak tahap malas kamu tu?". Jawab lelaki itu: "Kalau saya makan pun, kena ada orang yang tolong kunyahkan."

Raja mengelengkan kepalanya. "Isk..isk..isk...teruk betul tahap kemalasan kamu ni ye. Ini dah dikira tahap maksimum ni. Jadi kamulah orang yang pa........." Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya dan mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas dalam negeri tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus sambil berkata dengan suara yang lemah sekali, "Bukan dia.... tapi sayalah yang paling malas sekali, tuanku..."

Raja pun bertanya: "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" Jawab lelaki kurus itu dengan suara lembik: "isk...nak citer pun malas..."

Petikan dari Mastika Ogos 2009

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More