25 July 2009

Siapa Paling Malas


Pada suatu masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua penduduknya amat RAJIN belaka. Tiada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat satu pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS. Masa perhimpunan itu tampil seorang lelaki lantas mengaku....."Sayalah orang yang paling malas sekali dalam negeri ini!".

Raja pun bertanya, "Kalau begitu, sila beritahu beta, apa tahap kemalasan kamu?"

Lelaki itu pun menjawab: "Kalau saya nak makan, kena ada orang yang tolong suapkan saya. Itulah tahap kemalasan saya, tuanku". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata: "Saya lebih malas daripada dia, tuanku.".

Raja pun bertanya kepadanya: "Sampai mana pulak tahap malas kamu tu?". Jawab lelaki itu: "Kalau saya makan pun, kena ada orang yang tolong kunyahkan."

Raja mengelengkan kepalanya. "Isk..isk..isk...teruk betul tahap kemalasan kamu ni ye. Ini dah dikira tahap maksimum ni. Jadi kamulah orang yang pa........." Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya dan mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas dalam negeri tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus sambil berkata dengan suara yang lemah sekali, "Bukan dia.... tapi sayalah yang paling malas sekali, tuanku..."

Raja pun bertanya: "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" Jawab lelaki kurus itu dengan suara lembik: "isk...nak citer pun malas..."

Petikan dari Mastika Ogos 2009

28 komen:

hehehehe err tapi buat masa nih kawe tak rasa mals lagi nak komen errr

mata dah pedih2 dah nih cuma sajer malas nak tidur huhuhu

haa.. kena sebijik hehe.. maleh nak cite huhu

dah berapa kali dengar orang cerita ...

tapi dok lupa...

bila baca balik posting ini.. terkena lagi ...

apa pun mmg lawak ...

tq

haha...kawe raso mace2 mlas ada minggu ni..nak make pun malas..

NaqeebLukhman;
Dekat pukul 1 pg memang pedih mata.Tak pe komen lain kali... sy pun malas nak baca komen lagi. hehe

maiyah:
sah dapat kat mamat tu title org paling malas kat negeri tu.

razifembi:
mcm kelakar jugak bila baca dlm mastika tu. Boleh buat idea post dalam entri.

Cikgu Panji:
Hehe.. saya pun malas lipat kain tapi alhamdulillah dah diswastakan kerja lipat kain tu. :D

mae:
haha... demo ko hok dale cerito tu. tahap kemalasan dah serupo tu... haha.

hehe...malas nak komen (tapi nak enterprm gak)

aku pon malas nk komen...
huhu

tpi lawakla si kurus tu...

arasma:
Hehe.. nak lawan si kurus la tu.

chekguBH :
Tak baik malas2 hehe..... jangan jadi si kurus, kurus sbb malas nak makan. :D

Salam Tok,

keh3x... cam pernah baca je... tapi kat mane erk?

Malas ler nak komen bro wa ka ka..

Amirul:
Sebelum keluar dlm mastika, saya rasa pun pernah baca tapi lupa kat mana... malas nak ingat.. hehe.

Kasawari:
haha.. bro pun dah berjangkit penyakit malas si kurus tu ke.. haha.Tahun depan masuk bertanding pulak.. mana tau boleh menang orang paling malas.. haha.

malas ler nak gelak baca lawak tok nih.. :p

echah_syed:
Jangan malas nak tulis komen pulak... :D

moralnya: hanya orang lelaki je yg malas... hehe

Teja:
Mesti ada sbb kenapa teja beranggapan sedemikian.. :D hehe

bakpo dok crito hal malah jah sari duo nie????

Ish-ish..tahap kemalasan yg melampau.
Org yg terlampau pemalas adalah org yg paling rugi. Kerana dia tak merasa nikmat jika tidak menjadi seorang terlampau pemalas itu! huhu..

pB:
Hehe.. tu kebetulan jah, :D

CintamaniszLite:
Tak ada rasanya orang yang malas sampai nak kunyah makanan pun tak nak.

Kalau ada memang dashyat la. Entah2 nak hidup pun dia malas.

bro.. takpayah tahun depan.. hari ni malas segala malas.. he he.. apa lagi sejuk2 ni..

Kasawari:
Malas bangun, rajin tidur... sejuk2 ni yek.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More