24 April 2010

Buat Apa Hujung Minggu

Nak buat apa hujung minggu ni ye?Semalam walapun Sabtu tapi kena kerja sebab nak ganti bagi cuti hari raya Aidilfitri nanti. Hari ni nak buat apa ye? Kalau orang Hulu Selangor yang dah cukup umur tu kena keluar untuk mengundi bagi memilih Ahli Parlimen diorang hari ini.

Kedua kereta dah macam bajak. Nak basuh..... rasa macam buang masa saja sebab tiap-tiap petang hujan. Basuh pagi, petang bawa berjalan kotor lagi. Biarlah dulu sehari dua lagi tengok keadaan cuaca. Rasanya hari ni nak rehat-rehat sambil mengadap komputer sajalah.

Ini Yompok, ceritanya disini. Sekarang sudah berani, sudah pandai mengejar kucing-kucing jiran. Dulu memang dia menikus, asyik kena buli dengan kucing-kucing jiran. Selepas dia sakit dan di bawa ke klinik baru ada perubahan dalam sikap berani dia ni.

Tengok gambar diatas memang kecur mulut kalau dibuat 'colek'. Yang saya hairannya mengapa pokok mempelam kat rumah ini tak berbuah macam pokok yang ini. Hehe..dah sah ler pokok mempelam kat atas dan abwah ini orang lain yang punya. Kat rumah ini adalah sepokok, pokoknya rimbun dan meninggi tapi tak pernah berbuah. Ada petua atau teknik untuk membuatkan pokok berbuah?

Ada orang cakap, kalau pokok mempelam ni berhampiran dengan pokok-pokok kelapa sawit, kebarangkalian untuk berbuah lebat amat tipis. Kebetulannya pokok mempelam saya tu ditanam bersempadan dengan kebun kelapa sawit. Kalau tak berbuah juga tak pe........ mempelam siam banyak.

29 komen:

sedapnya..buah pauh tu kalau buat colek..x gitu..tambah plak lada + belacan + kicap..kaw2x..

Rozuan:
Buat colek, buat jeruk sedap belaka tu.Tapi kalau buat kerabu lagi sedap..+ sotong.

Buat masak lemak cili api pun sedap tu..hujung minggu leh le masak sendiri.....

cdsite:
huhu...tak tau pulak buat masak lemak pun sedap. :)

>>___<<

rasa cam dah lama x makan mempelam.
adooiiii lapo!!

ah, rindunya kat arwah oyen.....

huhuhu... mempelam muda makan lak ngan kicap cili padi... waduh... memnang tak hengat dunia keliling... :)

AyanaAsham:
emmm..siapa oyen tu?

~LP Lum~:
memang betul.... hantu asam tak akan lepaskan pelam muda dgn colek ni.

Frado Baggin:
Sekarang ni tengah musim pelam... mungkin senang nak dapat kot. :)

kecor air liur tengok buah mempelam tuh...
kalo buat cicah dgn kuah rojak sedapnyer....huhu

mujur minggu ni dah nak habis exam..minggu depan boleh balik kelate..musim pauh ko loni??haha.. balik nok wat colek..

tebang je tok pokok yang tak berbuah tu..tanam lain..cari yg kat pasar tani yg kecik2 dah berbuah..

Katak Ijau:
hehe.. ramai orang kecor weh..!!

Rozuan Ismail:
Periksa biar xcelen, kelik kampung baru senang hati.. rasanya mana2 tgh musim pokok pauh bu'ah ni.

Wanie:
hehe.. kalau org lelaki pun kecor nengok.. orang pempuan lebih lagi kot.

Cikgu Idris:

Hehe takut tanam yg baru.. nanti tak berbuah juga. Buat penat aje. :)

nawza_terbaek:
hehe sy mmg layan kalau ada. :)

nanti tanam bawak kabel letrik hehehee

adesss sedap buah pauh tu... hiayaaaaaaaaa

NaqeebLukhman:
hehe..bagai pauh dilayang. :)

om_rame:
Apa yg segar..? pelam ke?

apa lagi..mencicah la weh..haha~

eh pelam kan?? nurul makan dgn garam!! sedap gilerssss

Pakcu:

Ye betul tu ..mencicah dan buat kerabu... :)

Nurul Harun:
Mana yg minat dan suka...dgn garam pun jadi. Kalau sy mesti sedap dgn kuah rojak/colek.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More