02 November 2007

Ran'ta Panje (Rantau Panjang)

Rantau Panjang, ore kelate sebut Ran'ta Panje adalah pekan yang bersempadan dengan Pekan Golok di sebelah Thailand. Ia cuma dipisahkan oleh sebatang sungai yang diberi nama Sungai Golok yang kelebarannya di sesetengah tempat hanya lebih kurang 20 meter sahaja. Pekan Rantau Panjang dan Pekan Golok pula dihubungkan dengan Jambatan Muhibbah yang merentangi Sungai Golok. Rasanya sudah ramai yang kenal dan dah sampai ke Rantau Panjang ni. Rantau Panjang biasanya menjadi tumpuan penduduk setempat (macam aku) dan juga pelancong dari luar untuk membeli belah kerana kat sini macam-macam ada dan harga kebanyakkannya lebih murah dari tempat lain. Itu hari masa balik kampung aku sempat pergi ke Rantau panjang memandangkan jarak antara rumah aku dengan Rantau Panjang lebih kurang 40 minit perjalanan. Mmg aku tak penah lupa nak ke Rantau Panjang kalau balik ke Kelantan.



Kesibukan di Pekan Rantau Panjang. Masa cuti terutama cuti sekolah, pergilah awal-awal, jika sampai disana selepas pukul 10 pagi kompom pusing le beberapa kali untuk mencari parking.


Juadah yang tak penah aku lupa untuk makan 'Lok Chin' .


Macam-macam ada...meh datang sendiri tengok apa yang ada.


Buah-buahan terutama mempelam (pauh) banyak dijual disamping buah mata kucing, jambu madu, limau madu dll. Dengan modal sebanyak RM +-200.00 anda boleh membeli 'barang kemas' lengkap seluruh badan, memang menjadi kegilaan kaum wanita bahagian ni. Barangan cenderamata untuk majlis perkahwinan dan sebagainya - banyak dan murah (yang penting tak payah susah2 nak buat sendiri.

10 komen:

errrk..emas tulen ker bang? ekekeke...murah jer..or emas saduran jer...tak pernah sampai rantau pjg..kpg rantau pjg kat kuching pernah la..uhuhu

Errrmmm..pernah pergi sekali dengan 1.3 dalam bulan Mei. Itu pun member tunjukkan jalan...teringain nak pegi lagi sekali tapi tak tau bila lagi..waaaaa...

ran'te panje..blom prnh lg..tp kalo bukit kayu hitam selalu gak laa..kt sana pun mcm giler tgk barang sume ade..

~ tok tlg sy translate base ganu kt blog abg put..kt entry unchained melody..bole ker? :D

~ TQ ~

re arsaili : hehehehe....kalau tulen dah lama den boli buat simponan. Nak kata brg kemas mainan tak sampai hati...nanti kecik hati org2 pempuan.

assalamualaikum..

waa.. banyok ko bbeli? xD

re striker :bbeli adolah sikit2, besolah kalu gi tak soh kalu tak beli. jare ko gi ran'ta panje kalu kelik kelate?

re serikandi islam : teringin kalau dengan usaha untuk pergi, rasanya tertunai hajat tu.

Nak pegi ronda pantai timur..Tapi takde gengl...Adeh...Bajet pun takde..Hehehe

Saya belum pernah menjejakkan kaki walau sekalipun ke situ. Kesian sungguh saya. Tapi kalau ada peluang nak juga sekali ke sana... Macam menarik kelihatannya. :D

re BP@jowopinter :

Ada masa dan kelapangan, eloklah ke sana. Disamping untuk membeli belah, boleh juga kita melihat bagaimana orang melayu memonopoli bidang perniagaan disini malah di kebanyakkan pelusuk negeri kelantan tidak seperti mana di tempat lain.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More