Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Toyota Wish. Show all posts
Showing posts with label Toyota Wish. Show all posts

22 February 2011

Kisah Tertinggal Bas

Kisah ni bukanlah kisah saya ketinggalan bas kuning seperti entri sebelum ini. Kisah ini kettinggal bas kerana saya lambat membuat update sedangkan kisah ini dah hehe...sebulan berlalu.
Ini merupakan aktiviti pertama Wish Owners Club (WOC) untuk tahun 2011. Perjumpaan rakan-rakan dalam kelab WOC dalam acara yang dinamakan Mega TT di Hotel M ahkota Melaka.
Kalau tak silap kira la, agak-agak dalam 83 buah kereta Toyota Wish ahli yang hadir dalam program ini. Mereka ini adalah dari Selatan, Central malah dari Pantai Timur dan Singapura pun ada. Konvoi dari Selatan dan Central bertemu dan berkumpul di Hentian Kenderaan Berat di Kg, Gangsa, Melaka. Di sini, taklimat diadakan untuk satu lagi konvoi yang akan menuju Hotel Mahkota di tengah pusat Bandaraya Melaka. Konvoi ini akan melibatkan 83 buah kereta. Bayangkan kesesakan yang boleh berlaku di trafik melaka yang sentiasa sibuk.




Kesesakan juga sedikit berlaku apabila konvoi kami melalui jalan-jalan sibuk di tengah Bandaraya melaka menuju hotel. Kebijaksanaan serta keberanian marsall yang bertugas patut dipuji untuk melicinkan perjalanan kami.


Itulah kisah ketinggalan bas. Nak menulis banyak pun dah malas sebab lama sangat aktivit ini berlaku..........

Gambar-gambar di atas adalah dari kamera saya dan juga banyak dari kamera rakan yang bertugas sebagai Petugas Media ( kwn. pijam pakai..ok) dalam perogram tersebut.

11 October 2010

Penutup Syawal

Hehe... genap sebulan beraya agaknya. Rasa-rasanya inilah penutup bagi sambutan raya tahun ni. Sabtu lepas bertempat di Bakri, Muar ahli-ahli kelab Wish Club M7 berkumpul untuk meraikan Aidilfitri 1431H yang berada di penghujungnya.

Ramai jugak rakan-rakan kelab yang hadir Selain dari sekitar Johor, ada juga ahli kelab dari Singapura, Melaka serta Selangor dan Kuala Lumpur yang hadir. Majlis bermula dari jam 8.00 malam dan berlarutan sehingga 11.30 malam.

Majlis yang diadakan di sebuah rumah kampung Johor ni bertujuan untuk mengumpulkan ahli-ahli kelab bagi bertemu dan juga mempereratkan silaturahim antara ahli.

Sampai rumah jam 1.00 pagi, terus cari bantal. Fuh! lega kerana esok adalah hari Ahad. :)

03 August 2010

Bersama Geng WCM7 Melaka

Hujung minggu lepas agak padat sikit jadualnya. Langsung aktiviti berinternet ditangguhkan untuk 2,3 hari. Fuh ada yang kata pecah rekod tak buka internet. Sabtu lepas berkesempatan ke Kuala Lumpur kerana meziarahi adik ipar saya yang baru bersalin seminggu yang lalu. Kerana kesibukan, baru hujung minggu lepas ada masa untuk melawat beliau. Ini merupakan anak kedua beliau, kedua-duanya lelaki. Kalau dulu namanya Mohamad Jibrail, yang ini diberi nama Mohamad Izroil. Bermalam semalaman di sana sebelum keesokan harinya menuju Melaka untuk event bersama ahli-ahli Kelab Wish Club M7 Geng Melaka.

Event kali ni yang diberi nama History Drive (HD). Sebenarnyaia telah bermula sejak Sabtu lagi tetapi memandangkan saya ke KL dahulu, jadi hanya dapat join pada hari Ahad sahajalah. Untuk hari Ahad ni, kami akan menuju ke sebuah dusun untuk aktiviti makan-makan buah-buahan terutama durian.

Berkumpul di perkarangan Masjid Syadina Ali di Bukit Katil, Melaka. Masjidnya baru dan cantik. Hanya lebih kurang 16 kereta sahaja yang dapat hadir untuk hari ini, memandangkan ada yang terpaksa pulang dahulu kerana ada urusan-urusan lain.

Sebenarnya bukan sahaja ahli dari Melaka yang hadir tetapi ada juga ahli-ahli dari KL, Johor dan Kuantan yang sanggup turun sekali. Bergerak dari Masjid Syadinna Ali selepas bersolat zohor menuju sebuah dusun di Jasin, Melaka.

Di sana puas jugak mengopek durian, makan duku-langsat, rambutan serta manggis. Durian..... saya cuma tengok saja, nak makan.. saya takut pening nak drive balik ke Johor. Lebih kurang pukul 5.00 petang habislah aktiviti tu dan semasa balik, tengah risau kepenatan untuk drive ke Johor Baharu pulak esoknya..

11 July 2010

Rakan WCM7 Dan Rambutan

Menerima kunjungan geng WCM7 Kluang petang Jumaat semalam. Mereka ini adalah pemilik-pemilik kereta Toyota Wish sekitar Kluang yang berdaftar dan menjadi ahli kelab Wish Club M7. Memandangkan sekarang tengah musim rambutan saya menjemput mereka untuk sama-sama petik dan makan rambutan.

Tak ramai yang dapat hadir memandangkan Jumaat adalah hari bekerja bagi negeri Johor ni, yang agak lapang je hadir pada hari tersebut. Pokok rambutan bukanlah banyak sangat tapi kalau nak makan kira keluarga saya memang tak habis. Tiap-tiap tahun memang ada je yang akan kering kat atas pokok tu.

Dah datang tu, mereka jolok dan petik sendiri, saya tukang amik gambar aje. Ingatkan nak gondolkan 2 pokok tu tapi diorang kata yang dah petik tu pun dah banyak sangat. Sepokok pun tak gondol-gondol. Mungkin rezeki untuk orang lain pulak tu.....

Dah petang masing-masing berkejar balik ke Kluang.......hehe nak amik anak-anak balik sekolah.ler tu. Thanks semua yang sudi datang.

Sekarang tengah menunggu geng-geng blogger pulak mana yang sudi nak datang petik rambutan. Saya mempersilakan......... :)

06 June 2010

Sabtu Cuti

Sabtu cuti, tak ada apa hal nak buat. Berbekalkan baldi, air dan sabun kemudian max dan juga polisher. Kereta di bawah saya kerjakan. Itulah hasilnya. Walaupun penat tapi alhamdulillah berbaloi.

Juga tengah mencuba antivirus baru, The Sheild Deluxe bagi mangantikan antivirus Kaspersky yang tamat tempoh. Antivirus ini satu keluarga dengan Bitdefender Antivirus. Prestasinya melalui review beberapa pages di internet berada di kedudukan teratas mengalahkan kaspersky. Tiga hari mencuba, memang securitynya boleh tahan hinggakan mana-mana perisan yang menggunakan patch atau crack dikesan dan kalau silap haribulan boleh dipadamkannya. Hehe.......kesimpulanny,a antivirus kalau power sangat pun membawa masalah.... hehe. Cuma sejak menggunakannya saya perasan, sambungan internet menjadi perlahan sikit. Mungkin secara kebetulan kot.

Esok, Ahad ada satu, dua undangan perkahwinan....... biasalah time cuti ramai orang amik peluang untuk buat majlis. Dah diundang, kenal pulak tu kena hadirlah. Selamat Bercuti bagi siapa yang bercuti, yang berkerja teruskan kerja, yang cuti tapi kena kerja.... itulah nasib kamu. :)

03 December 2009

Ubah dan Mengubah

Ini bukanlah kereta saya tapi foto-foto ini saya sengaja cari dari internet kerana saya ingin melihat modifikasi yang boleh dilakukan kepada mpv Toyota Wish. Ternyata banyak modifikasi yang saya temui dan amat menarik sekali. Yang penting pokoknya duit....... dan JPJ.

Berminat dengan Toyota Wish?, silalah ke Wish Club Malaysia,Toyota Wish Club, Singapore , Wish Mania dan lain-lain (gunakan google) untuk mengetahui tentang Toyota Wish ni.

*Wow....... model 2009 memang mengancam.

28 July 2009

Hari Ini Saya Rajin


Hari ini saya rajin. Rajin membasuh kereta sehingga meling (berkilat). Setakat ini kereta ni belum pernah masuk lagi ke mana-mana kedai membasuh kereta sebab saya memang rajin membasuh kereta. Walaupun penat membasuh tapi tak apa sebab saya rajin hari ini..................

Disebabkan saya rajin hari ini, kisah Laksamana Sunan dalam novel diatas dah siap saya membacanya sehingga chapter yang terakhir. Ceritanya menarik sampai ke penghujung. Buku ketiga dalam trilogi mengenai kisah Laksamana Sunan ( Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta) oleh Ramlee Awang Murshid. Bagusnya rajin.......

Hari ini saya juga rajin mengupdate blog. Saya rajin mengupdate blog adalah kerana saya nak memberitahu bahawa saya rajin hari ini....... hehehe.

(90 Patah perkataan)

Edisi Karangan Prasekolah

16 March 2009

Kerana Terlupa...

Hari Sabtu lepas, lepas balik dari majlis perkahwinan di Simpang Renggam, tangan gatal nak membersihkan sedikit karpet kereta. Memandangkan sedikit gelap saya pun membuka lampu bumbung. Selesai je membersihkan kereta, saya bergegas ke tempat rewang (gotong-royong) di salah sebuah rumah orang kampung kerana ada majlis perkahwinan esoknya.



Hari ini.... kerana terlupa menutup LAMPU tersebut, menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan beberapa keping not RM untuk membeli sebiji bateri baru. Nak buat mcm mana sendiri terlupa.......

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More