22 February 2011

Kisah Tertinggal Bas

Kisah ni bukanlah kisah saya ketinggalan bas kuning seperti entri sebelum ini. Kisah ini kettinggal bas kerana saya lambat membuat update sedangkan kisah ini dah hehe...sebulan berlalu.
Ini merupakan aktiviti pertama Wish Owners Club (WOC) untuk tahun 2011. Perjumpaan rakan-rakan dalam kelab WOC dalam acara yang dinamakan Mega TT di Hotel M ahkota Melaka.
Kalau tak silap kira la, agak-agak dalam 83 buah kereta Toyota Wish ahli yang hadir dalam program ini. Mereka ini adalah dari Selatan, Central malah dari Pantai Timur dan Singapura pun ada. Konvoi dari Selatan dan Central bertemu dan berkumpul di Hentian Kenderaan Berat di Kg, Gangsa, Melaka. Di sini, taklimat diadakan untuk satu lagi konvoi yang akan menuju Hotel Mahkota di tengah pusat Bandaraya Melaka. Konvoi ini akan melibatkan 83 buah kereta. Bayangkan kesesakan yang boleh berlaku di trafik melaka yang sentiasa sibuk.




Kesesakan juga sedikit berlaku apabila konvoi kami melalui jalan-jalan sibuk di tengah Bandaraya melaka menuju hotel. Kebijaksanaan serta keberanian marsall yang bertugas patut dipuji untuk melicinkan perjalanan kami.


Itulah kisah ketinggalan bas. Nak menulis banyak pun dah malas sebab lama sangat aktivit ini berlaku..........

Gambar-gambar di atas adalah dari kamera saya dan juga banyak dari kamera rakan yang bertugas sebagai Petugas Media ( kwn. pijam pakai..ok) dalam perogram tersebut.

4 komen:

wah!! fish eye..mesti photographer hebat ni..

I WISH i could have this car ... :p

Rozuan :
Yup...photographernya hebat, tp gambar2 fish eye tu bukan saya punya. :)

Kujie:
Hope... your WISH come true. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More