Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Pokok Ajaib. Show all posts
Showing posts with label Pokok Ajaib. Show all posts

04 April 2010

Buah Ni Pelik Sikit

Lama saya tunggu pokok ini berbuah. Pokoknya tidaklah sebesar mana cuma separas pinggang. Dua tiga hari lepas saya tengok ada 5, 6 biji buah berwarna merah ini. Saiznya hanya sebesar kelingking. Ketika gambar ini diambil hanya tinggal sebiji sahaja buah ini. Kemana pergi tidak saya ketahui, mungkin dimakan burung atau ayam. Saya dah tulis pasal pokok ini dalam blog saya ini dahulu.

Buah apakah ini? Sebenarnya buah ini adalah buah pokok ajaib (panggilan org tempatan). Apakah keistimewaanya? Buah ini kalau dimakan, ia akan menghilangkan deria rasa lidah kita untuk seketika. Maksudnya setelah memakan buah ini, kita tak perlu risau untuk memakan cili, bawang, hempedu, limau masam dan sebagainya kerana deria rasa sudah tertutup.

Jangan risau deria rasa kita akan pulih tak lama selepas itu atau kalau ingin deria rasa segera kembali, kunyahlah daunnya. Itu yang diberitahu..... Nak cuba? tunggu nanti pokok ini berbuah lagi.


22 April 2009

Pokok Ajaib

Saya ada satu pokok, dah berusia setahun lebih. Saya cuma diberitahu namanya 'Pokok Ajaib'. Bagaimana dan dari mana ia mendapat nama tidaklah saya ketahui. Pokok ini memang agak popular di Kelantan. Orang tua saya ada menanam sepasang pokok ini di kampung. Yang saya punya ini pun asalnya dari Kelantan, dibawa oleh seorang kenalan.

Apa yang ajaibnya? Setakat yang saya tau.. kebanyakkan khasiatnya adalah berkisar kepada perubatan tradisional. Daunnya boleh dimakan begitu saja....erk... maksudnya dbasuh terlebih dahulu ler takut ada bekas2 tanah ke, bekas tinggalan burung ke. Berbalik kepada apa yang ajaibnya? yang ajaibnya adalah buahnya. Buahnya sebesar ibu jari dan berwarna merah apabila masak. Jikalau kita makan buah pokok ini, kemudian minum air masak/jarang/ sejuk/kosong, nescaya kata orang air itu akan rasa manis. Kalau makan buah2 yang masam seperti mempelam ke selepas makan buah pokok ajaib ini, rasa masam tu bertukar rasa manis.

Orang kata(lagi)... kalau kita hendak mendapat rasa yang asal sebelum memakan buah pokok ajaib ini, makanlah daunnya. Rasa masam atau rasa tawar tu akan kembali semula.

Nak cuba? cubalah..... saya sendiri pun belum mencuba lagi kerana Pokok Ajaib saya belum berbuah lagi. Tunggulah kalau dah berbuah, nanti saya rasa dan boleh ler berkongsi pengalaman......

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More