Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Mempelam. Show all posts
Showing posts with label Mempelam. Show all posts

24 April 2010

Buat Apa Hujung Minggu

Nak buat apa hujung minggu ni ye?Semalam walapun Sabtu tapi kena kerja sebab nak ganti bagi cuti hari raya Aidilfitri nanti. Hari ni nak buat apa ye? Kalau orang Hulu Selangor yang dah cukup umur tu kena keluar untuk mengundi bagi memilih Ahli Parlimen diorang hari ini.

Kedua kereta dah macam bajak. Nak basuh..... rasa macam buang masa saja sebab tiap-tiap petang hujan. Basuh pagi, petang bawa berjalan kotor lagi. Biarlah dulu sehari dua lagi tengok keadaan cuaca. Rasanya hari ni nak rehat-rehat sambil mengadap komputer sajalah.

Ini Yompok, ceritanya disini. Sekarang sudah berani, sudah pandai mengejar kucing-kucing jiran. Dulu memang dia menikus, asyik kena buli dengan kucing-kucing jiran. Selepas dia sakit dan di bawa ke klinik baru ada perubahan dalam sikap berani dia ni.

Tengok gambar diatas memang kecur mulut kalau dibuat 'colek'. Yang saya hairannya mengapa pokok mempelam kat rumah ini tak berbuah macam pokok yang ini. Hehe..dah sah ler pokok mempelam kat atas dan abwah ini orang lain yang punya. Kat rumah ini adalah sepokok, pokoknya rimbun dan meninggi tapi tak pernah berbuah. Ada petua atau teknik untuk membuatkan pokok berbuah?

Ada orang cakap, kalau pokok mempelam ni berhampiran dengan pokok-pokok kelapa sawit, kebarangkalian untuk berbuah lebat amat tipis. Kebetulannya pokok mempelam saya tu ditanam bersempadan dengan kebun kelapa sawit. Kalau tak berbuah juga tak pe........ mempelam siam banyak.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More