Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

12 June 2011

Penghujung Cuti

Cuti sekolah selama 2 minggu, kebanyakkan orang mengambil peluang cuti ini untuk pergi bercuti atau balik ke kampung. Dua minggu, memang masa yang agak lama untuk berehat panjang tanpa memikirkan beban kerja. Hujung-hujung dalam minggu kedua cuti, sempat saya menyempurnakan hajat anak-anak untuk bermain air. Kali ini ke destinasi yang agak dekat. Ke Melaka Wonderland Theme Park di Air Keroh, Melaka.

Minggu pertama cuti memang tak ke mana-mana, dipenuhi dengan program kelas tambahan sekolah n isteri, kemudian orang tua saya bersama adik datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur untuk menziarahi adik saya yang seorang lagi yang tinggal di Johor. Beliau baru lepas menjalani pembedahan di kaki akibat patah tulang ketika bertugas di Itali, kemudian di bawa balik ke Johor untuk menjalani rawatan.

Dengar cerita memang susah untuk mendapat parking di taman tema ni jika datang agak lewat. Jadi lepas sarapan dan bersiap-siap, saya sampai di sana seawal pukul 9.00 pagi. Hehe... dapat parking betul-betul depan pintu masuk. Belum ada orang lagi ler......... menjangkau pukul 10, dah ramai orang yang masuk. Dalam kolam-kolam pun dah macam ikan yang tak cukup air.

Seronok jugak di sini terutama sekali budak-budak, memang tak nak naik darat. Kalau dibandingkan dengan Bukit Gambang Water Park (BGWP), rasanya Melaka Wonderland jauh ketinggalan. Bayaran masuknya lebih mahal dari BGWP, permainan air lebih menarik di Gambang, pengurusan pun lebih baik di Gambang. Bayangkan di Melaka Wonderland, bayaran untuk loker (sekali buka) adalah 1 token (RM4.00). Kalau ler kita tertinggal itu, ini dan nak buka loker tu 5,6,7 kali, berapa RM yang habis hanya untuk buka loker saja. Bab itu jauh sekali di BGWP. Alang-alang dah masuk, pukul 2.00 baru keluar dari situ........

Keinginan anak-anak juga nak ke Planetarium Melaka, jadi selepas dari Melaka Wonderland, kami ke situ. Berada di tengah-tengah bulatan berhampiran MITC, Air Keroh. Bayaran masuknya tak mahal. Budak-budak seringgit. kakitangan kerajaan RM5.00 dan orang awam RM8.00.

Bangunan itu 3 tingkat. Tingkat pertama tak tahu ada apa sebab tak leh masuk. Tingkat kedua menempatkan ruang pameran astronomi dan angkasa. Tingkat ketiga pula menempatkan Teater Planetarium. Kebetulan ketika kami sampai, tayangan 3D baru hendak ditayangkan di Teater Planetarium tersebut.

Selesai melapasi keinginan anak-anak. Lepas tu melepasi keinginan orang rumah pulak......... hehe pi shoping kat Mydin di sebelah Planetarium tu.

21 March 2011

Main Air

Sesekali seronok juga pergi membasahkan diri di taman-taman tema air seperti di Gambang Water Park ni. Yang paling penting adalah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada anak-anak. Pernah sekali singgah di Gambang Water Park di Kuantan ni. Itu pun kira sebagai satu persinggahan sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kelantan.

Sekarang budak-budak dah tanya, bila nak gi lagi. Cadangnya nak bawak juga diorang ke taman tema air ni. Terdekat dan terbaik rasanya di Melaka Wonderland tapi okey ke tak? ada sapa-sapa pernah pergi situ, boleh ler kasi review sikit.

03 August 2010

Bersama Geng WCM7 Melaka

Hujung minggu lepas agak padat sikit jadualnya. Langsung aktiviti berinternet ditangguhkan untuk 2,3 hari. Fuh ada yang kata pecah rekod tak buka internet. Sabtu lepas berkesempatan ke Kuala Lumpur kerana meziarahi adik ipar saya yang baru bersalin seminggu yang lalu. Kerana kesibukan, baru hujung minggu lepas ada masa untuk melawat beliau. Ini merupakan anak kedua beliau, kedua-duanya lelaki. Kalau dulu namanya Mohamad Jibrail, yang ini diberi nama Mohamad Izroil. Bermalam semalaman di sana sebelum keesokan harinya menuju Melaka untuk event bersama ahli-ahli Kelab Wish Club M7 Geng Melaka.

Event kali ni yang diberi nama History Drive (HD). Sebenarnyaia telah bermula sejak Sabtu lagi tetapi memandangkan saya ke KL dahulu, jadi hanya dapat join pada hari Ahad sahajalah. Untuk hari Ahad ni, kami akan menuju ke sebuah dusun untuk aktiviti makan-makan buah-buahan terutama durian.

Berkumpul di perkarangan Masjid Syadina Ali di Bukit Katil, Melaka. Masjidnya baru dan cantik. Hanya lebih kurang 16 kereta sahaja yang dapat hadir untuk hari ini, memandangkan ada yang terpaksa pulang dahulu kerana ada urusan-urusan lain.

Sebenarnya bukan sahaja ahli dari Melaka yang hadir tetapi ada juga ahli-ahli dari KL, Johor dan Kuantan yang sanggup turun sekali. Bergerak dari Masjid Syadinna Ali selepas bersolat zohor menuju sebuah dusun di Jasin, Melaka.

Di sana puas jugak mengopek durian, makan duku-langsat, rambutan serta manggis. Durian..... saya cuma tengok saja, nak makan.. saya takut pening nak drive balik ke Johor. Lebih kurang pukul 5.00 petang habislah aktiviti tu dan semasa balik, tengah risau kepenatan untuk drive ke Johor Baharu pulak esoknya..

01 July 2009

Masjid Selat Melaka

Isnin lepas, Johor bercuti sempena Hari Hol Al-Marhum Sultan Johor. Kesempatan diambil untuk pergi makan angin dengan keluarga. Budak-budak katanya teringin nak ke Melaka. Saya okeylah sebab dari tempat saya ke Melaka, tak jauh sangat lebih kurang 1 jam setengah melalui PLUS.

Sebelum pulang ke Johor, saya sempat singgah di masjid ini, dinamakan Masjid Selat Melaka kerana berada betul-betul di atas air Selat Melaka. Maksudnya masjid ni ala-ala terapung dengan sepenuh bangunannya berada di atas air. Masjidnya cantik dan sejuk mata memandang tapi agak sayang sikit apabila melihat tiada pemaustautin yang menetap berhampiran masjid ini. Yang ada hanya kedai-kedai kosong serta kawasan perumahan terbengkalai.

Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang gemar memancing. Ketika saya sampai sekitar jam 5.00 petang, sudah banyak batang-batang jorang yang kelihatan terpacak sepanjang pantai yang ditambak ini. Mereka yang memancing ini mungkin adalah dari kawasan sekitarnya.

Sambil-sambil memancing tu boleh ler kapal-kapal sedang belayar menuju destinasi masing-masing. Kalau bersantai saja pun okey jugak di wakaf yang disediakan dengan deruman angin laut yang nyaman.

.........Walaupun setahun dok Melaka pada 2007, tapi inilah kali pertama saya sampai ke Masjid Selat Melaka ini.

17 July 2007

Terowong

Semalam saya ada menceritakan mengenai terowong di SK Peringgit ini. Di sini sedikit kisah mengenai terowong tersebut. Terowong ini yang panjangnya lebih kurang 15 meter siap dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Ali bin Mohd Rustam pada 26 Mei 2007. Ia menghubungkan antara 2 kawasan sekolah iaitu satu kawasan yang menempatkan blok D dan makmal komputer dengan satu kawasan yang menempatkan blok A, blok B dan blok C (pentadbiran). Sebenarnya kedua kawasan sekolah ini dipisahkan oleh sebatang jalan raya. Cadangan asal adalah untuk membina jejantas tetapi akibat kos yang tinggi cadangan kemudiannya lebih kepada membina terowong. Mengikut dari sumber guru disini, kos membina terowong tersebut dianggarkan lebih RM 200,000.00. Ia dikatakan unik kerana jarang sekolah yang dihubungkan dengan terowong melainkan jejantas.
Ini memberi identiti kepada SK Peringgit.
Berbalik kepada agenda pemasangan wireless, kabel yang akan ditarik nanti dari pusat akses juga akan melalui terowong ini kemudian ke blok C. Disitu akan ditempatkan satu unit Acess Point (AP) (Peringgit 1). Ia akan memberi capaian internet tanpa wayar dan juga rangkaian dalaman kepada printer kepada blok C dan blok D. Satu lagi AP akan dipasang di tingkat 2 di blok B (Peringgit 2). Ia akan memberi capaian internet tanpa wayar kepada blok A dan B. Capaian tanpa wayar ini akan disediakan ciri-ciri keselamatan dimana untuk mendapatkan capaian tanpa wayar ini, pengguna perlu mempunyai WEP key. WEP key ini hanya diketahui oleh pihak pentadbiran sahaja. Ini adalah perlu untuk menggelakkan penggunaan tanpa izin oleh masyarakat di sekitar sekolah.
Proses pemasangan AP akan dimulakan selewatnya minggu depan memandangkan pihak sekolah dan PIBG sudah meluluskan sumber kewangan dan akan diperolehi hari ini. Jadi minggu ini adalah untuk membeli peralatan yang diperlukan serta menyediakan plan kedudukan AP tersebut. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak projek ini akan berjalan dengan lancar dan yang pastinya akan berjaya. Senang cerita nanti guru2 di SK Peringgit, kalau duduk dalam terowong ini pun akan dapat capaian kepada internet. Cayalah...........

16 July 2007

Peringgit 1

Untuk permulaan, Peringgit 1 mula beroperasi dari bilik Pusat Acces dengan liputan hanya untuk Blok D. Ini adalah pengenalan kepada warga Peringgit mengenal capaian tanpa wayar kepada internet. Kebanyakkan gurunya amat berminat untuk mendapat acces ini memandangkan jarak makmal komputer dan pusat acces amat jauh dari tempat pengajaran mereka terutama blok A, B dan C. Ketiga2 blok tersebut dipisahkan oleh sebatang jalanraya dan dihubungkan dengan sebuah terowong (unik - tiada lagi sekolah dihubungkan dengan terowong).

Kertas kerja untuk pemasangan 'wireless' sudah siap dan dah dipanjangkan kepada pihak pentadbiran. Pada dasarnya pihak sekolah (guru besar) menggalakkan projek ini. Dengan kerjasama PIBG rasanya projek ini akan berjalan dengan lancar. Secara ringkas, 2 AP akan dipasang di Blok A dan B, dengan panjang kabel antara 150 meter hingga 200 meter. Di sini repeater mungkin diperluka untuk menguatkan signal, tapi untuk mengurangkan kos kami abaikan penggunaan repeater tersebut dengan harapan jarak 200 meter itu tidak menggangu penghantaran data. Moga-moga berjaya nanti. Setakat ini penggunaan laptop di kalangan guru adalah rendah kecuali untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja. Untuk pencarian bahan, mereka lebih menggunakan makmal komputer dan pusat acces. Matlamat dengan pemasangan AP untuk capaian tanpa wayar ini, para guru SK Peringgit akan lebih menggunakan laptop untuk mencari bahan2 pengajaran melalui internet di masa saja di kawasan sekolah tidak terhad lagi hanya di makmal komputer dan pusat acces sahaja.

12 July 2007

Kertas kerja 'Wireless"

Mula membuat draf untuk kertas cadangan bagi pemasangan internet tanpa wayar di SK Peringgit. Draf disediakan oleh En. Azlan. Setelah ditinjau keadaan dan lokasi sekolah, kami mendapat gambaran awal dimana dan bagaimana untuk memasang acces point (AP) di sini. Pada mulanya kami bercadang untuk memasang AP berhampiran dengan pejabat, tapi setelah ditinjau lebih baik kami memasang AP ni di bangunan yang menempatkan kantin jadi kawasan liputannya juga luas. Kalau ada bajet yang lebih cadangan yang lebih baik adalah memasang 2 buah AP sekali gus. Respon yang baik juga diterima dari pihak sekolah terutama dari unit ICT dan juga pihak PIBG. Alhamdunillah jika begini keadaannya senanglah sikit kerja kami.
Kami akan mengambil 'point' dari satu port di switch yang terdapat di Pusat Acess memandangkan ianya paling hampir dengan blok pentadbiran. Anggaran jarak adalah dalam 200 meter, harap-harap tiada masalah connection slow nanti. Kami akan mengadakan mesyuarat kecil dengan pihak pentadbiran sekolah setelah kertas cadangan siap nanti, mungkin minggu kedua praktikum nanti.

10 July 2007

SK Peringgit -2nd day



10.07.07, Hari kedua di SK Peringgit, setelah perbincangan diadakan dikalangan guru, pihak sekolah meminta kami membuat satu kursus mengenai penggunaan Microsoft Excel. Bagaimana untuk membina borang markah yang boleh terus mendapatkan jumlah, purata, peratus dan kedudukan seseorang murid dalam satu2 peperiksaan. Mereka meminta untuk mengadakan kursus tersebut pada 6.8.07 pada har Isnin, jam 2.30 hingga 4.30 petang. Pada tarikh tersebut pihak sekolah memaklumkan bahawa semua guru2 tiada aktiviti dan dapat hadir untuk kursus tersebut.
Kami memang tiada halangan, tetapi kami juga akan membuat persediaan seperti membuat nota2 ringkas, slaid dan latihan yang akan diberikan kepada guru2 semasa kursus tersebut. He..he..so kena buatlah persediaan dari sekarang. Kertas cadangan juga kena buat (nampaknya dalam bab ni En. Azlan Lin lah yang layak membuat kertas cadangan).
Aktiviti ari ni, tengok2 apa yang nak dibuat untuk projek khas, proposal sudah siap. Bahan2 mentah dah sedia, idea dah ada dan dah mula buat intro. Aku akan buat satu bahan untuk pengajaran Kajian Tempatan. Tajuknya kena tunggu dulu, dah ada tajuk tapi biar surprise sikit kat kekawan. Kekawan yang lain kalau nak minta tolong, dipersilakan ke IPPM. Kita buat sama2, tolong menolong. Orait!!!!!
..........................................hari kedua lepas,hari ketiga menanti.

09 July 2007

SK Peringgit, Melaka

09.07.07 - Hari ini aku, Azlan dan Mohd Kelana melaporkan diri di SK Peringgit untuk memulakan latihan perkhidmatan dalam bidang TMK selama 6 minggu. Pada makluman awal oleh GPK 1, sekolah ini mempunyai lebih kurang 800 orang murid dengan bilangan guru seramai 49 orang. Guru besar sedang bercuti sebulan kerana menyambung pelajaran. Sekolah ini mempunyai kemudahan makmal komputer yang nampaknya digunakan dengan semaksima dan juga mempunyai Pusat Akses yang baru saja dibuka pada bulan ini. Nampknya kemudahan ICT memang sudah tersedia di sini. Melalui perbincangan bersama dengan GPK 1, pihak sekolah dimaklumkan bahawa kami akan menjalankan 2 buah projek untuk kepentingan bersama terutamanya pihak sekolah. Projek pertama adalah memasang kemudahan internet tanpa wayar (wireless) terutamanya di blok pentadbiran.Pada pandangan kami projek pertama ini mungkin memakan masa sikit kerana jarak antara blok pentadbiran dengan makmal agak jauh sikit dan memerlukan perbelanjaan yang mungkin akan diperolehi dari pihak sekolah. Kami akan menyediakan kertas cadangan yang akan dibuat oleh En. Azlan Lin mengenai cadangan pemasangan, kos serta lakaran plan. Mungkn pada peringkat awal ini kami perlu lagi berbincang dengan pihak sekolah. Nampaknya pihak sekolah memang berhajat untuk memperolehi kemudahan internet tanpa wayar ini. Apabila selesai proes pemasangan ini, kami bercadang untuk mengadakan kursus atau taklimat mengenai penggunaan wireless ini terutama mengenai setting dan langkah keselamatan menggunakannya.


Pihak sekolah juga nampaknya berminat untuk membina laman web, ini mungkin menjadi projek kami yang kedua. Pada peringkat awalnya kami bercadang untuk mengadakan kursus dalaman mengenai ICT ini mengikut keperluan pihak sekolah. Apa-apa hal semuana bergantung kepada pihak sekolah. Kami akan membantu sebaiknya disamping menyiapkan latihan perkhidmatan ini. Terima ksih kami ucapkan kepada ihak sekolah yang mesra menerima kami dan juga atas kerjasama yang diberikan.


Emmm......jumpa juga aku dengan kawan lama yang sama-sama mengajar kat Kluang dulu (Halili bin Harun), walaupun berlainan sekolah tapi memang kami kenal agak rapat. Banyak perkara yang diceritakan. TQ atau bantuan ko....



Itu cerita untuk hari pertama.......hari kedua menunggu

06 July 2007

Kasih Ibu


Kasih Ibu - sebuah kisah pendek yang menyentuh perasaan, hasil dari gabungan beberapa elemen multimedia. Dengan sedikit sentuhan mengabungkan perisian Sony Vegas, Sony SoundForge, Macromedia Firework, SwishMax, Microsoft Word dan iklan hari raya Petronas maka terhasilah Kasih Ibu.( Sebuah assigment yang diberi oleh En. Hamzah bin Dollah).

Memang kasih ibu membawa ke syurga, Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya...
Untuk kekawan, ....ini videonya.........Kasih Ibu

02 July 2007

Bagaimana Kita Stress

Jika anda mempunyai simptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.


Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oleh orang terdahulu dalam kehidupan mereka terutama apabila mereka berdepan dengan binatang buas atau musuh.. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress, badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walau bagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh orang terdahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.


Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.
...................................................Di petik dari sumber internet.

Project Based Learning (PBL)

Project-Based Learning (PBL) adalah salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan memerlukan penumpuan yang tinggi. Melalui pendekatan ini, guru perlu membentuk kumpulan-kumpulan pelajar yang terdiri daripada 3 - 8 orang setiap kumpulan. Kemudiannya kumpulan pelajar tadi akan membuat penyiasatan pembelajaran secara projek berdasarkan kepada isu atau tajuk yang diperoleh daripada Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Semasa membuat projek ini, pelajar akan berinteraksi dengan dunia sebenar. Pada akhir projek, pelajar akan mengemukakan suatu hasilan projek sama ada berbentuk cetakan, misalnya brosur, atau persembahan powerpoint/multimedia, pameran, pembangunan laman web atau kempen dan sebagainya.
Keadaan dunia sekarang yang sudah bersifat global memerlukan pelajar lebih bersifat kritis, berupaya membuat keputusan yang sempurna, bermaklumat, celik ICT, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi. Ciri-ciri pelajar ini merupakan antara ciri-ciri pelajar abad ke 21. PBL mampu menyediakan pelajar agar memenuhi ciri-ciri pelajar ini.

Universiti Multimedia Cyberjaya


Destinasi terakhir kami dalam program lawatan ini adalah Universiti Multimedia (MMU) yang terletak di Cyberjaya. Dari BTP kami terus ke MMU dan sampai dalam pukul 2.30 ptg. Di sana kami di sambut oleh Pegawai Korporat MMU dan di bawa ke bilik taklimat. Seperti biasa kami bihidangkan dengan tayangan video korporat. Kebetulannya tayangan ini berkaitan dengan sambutan MMU 10 tahun. Di tunjukkan juga beberapa hasil animasi oleh pelajar-pelajar MMU yang mendapat anugerah sama ada dalam negara dan juga luar negara. Kami dibawa meninjau makmal-makmal komputer yang terdapat di MMU, cara penghasilan animasi dan juga melawat ke Galeri Multimedia yang menyimpan hasil-hasil kerja multimedia para pelajar MMU. Cenderamata juga disediakan kepada kami. Lebih kurang 2 jam kami di MMU, tiba masa untuk bergerak balik. Jadi, berakhirlah program lawatan kami ke destinasi-destinasi yang dirancang . Sekarang tiba masa untuk menulis laporan mengenai lawatan tersebut. So kita lihat sapa yang kena!!!!!!. Kami sampai ke IPPM pada pukul 9.00 malam.

Bahagian Teknologi Pendidikan


Hari terakhir lawatan, dari tempat penginapan kami menuju pula ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)yang terletak di Bukit Kiara. BTP adalah satu-satunya agensi Kementerian Pelajaran yang tidak berpindah ke Putrajaya. Kedatangan kami disambut oleh En.........., beliau membawa kami ke Auditorium BTP untuk taklimat dan juga tayangan video BTP.Kami mendapat penjelasan tepat mengenai peranan BTP dalam sistem pendidikan negara kita. CDRI yang dikeluarkan oleh BTP merangkumi semua subjek di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Kebanyakkannya sudah diterima oleh sekolah-sekolah di seluruh negara. Kami juga di bawa melawat di sekitar BTP termasuklah bilik penerbitan TV Pendidikan, bilik suntingan video, bilik rakaman, arkib bahan yang dikeluarkan BTP dan juga ruang pameran. Akhirnya kami juda disediakan dengan cenderamata dan jamuan makan. Terima kasih kepada pihak BTP atas layanan dan juga penerangan yang diberi. Kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di BTP, borang ada disertakan bersama dalam pek cenderamata.........amacam berminat? Lepas ni ke MMU pula di Cyberjaya.

30 June 2007

Di USM Pulak



Selepas pergi ke kilang Intel, program diteruskan lagi dengan lawatan ke falkulti Sains Komputer di Universiti Sains Malaysia. Niatnya untuk melihat-lihat suasana di Falkulti Sains Komputer terutama makmal pengajian serta pusat servernya. USM sebuah pusat pengajian tinggi yang besar jadi sistem penkomputerannya juga canggih. Kami memang puas hati dapat meninjau keseluruhan bilik operasi komputer USM. Memang canggih...... Pada mulanya kami diberi taklimat oleh En........mengenai kursus yang ditawarkan oleh USM terutama dalam Falkulti Sains Komputer, lepas tu ada sedikit jamuan (makan lagi), akhirnya barulah kami dibawa melihat sekitar Falkulti Sains Komputer. Begitulah kisahnya.......
Emmmm...habislah sudah program lawatan untuk hari ni, jadi selepas ini.....program jalan-jalan pulaklah. Jom kita pi cari nasi kandar dulu. Jumpa nasi kandar kat celah lorong....sedap memang sedap tapi untuk aku sorang makan kena RM 8.30 tapi tak apalah bila lagi nak pekena nasi kandar Penang Piow..Lepas perkena nasi kandar carilah pula jeruk-jeruk buah yang berlambak kat Bazar Chowrasta atau orang lebih kenali dengan Bazar Jeruk. Berkilo-kilo jeruk aku beli, orang lain tak taulah tapi nampak sakan juga diorang memborong jeruk. Iyelah bila lagi nak mai Penang ni, jadi masa nilah boronglah apa-apa yang patut. Pukul 7.00 malam kami bertolak ke Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk menginap. Terima kasih pihak KSPK IPPM ucapkan atas layanan yang paling baik...dahlah tempat tinggal disediakan, makan malam dan sarapan untuk keesokan harinya pun disediakan. Terlena terus malam tu...penat berjalan. Malam tu masing-masing lena walaupun ada macam-macam bunyi yang keluar dari bilik masing-masing.
................................Cerita esok pulak.

29 June 2007

Intel



Dalam pukul 8.30 kami sampai ke kilang Intel yang terletak di Bayan Lepas, kilangnya amat besar ( nak tengok gunakan Google Earth). pusing-pusing tak jumpa....pusing-pusing tak jumpa, tapi last-last jumpa jugak tampatnya.


Kami disambut oleh seorang staf Intel dan di bawa ke bilik taklimat. Belum apa-apa kami dah dapat cenderamata dari pihak intel. Nak tau...hang pi sendiri kat intel.


Taklimat diberikan oleh wakil pihak Intel berkenaan program pendidikan yang ditaja oleh intel dan juga proses pembuatan cip microprocessor yang dikeluarkan oleh intel. Kami dfahamkan bahawa kilang intel di Pulau Pinang mengeluarkan processor Celeron dan dipasarkan ke seluruh dunia. Jamuan di beri....best(makan lagi). Tapi kami terkilan kerana tidak dapat untuk membuat tinjauan di sekitar kilang ini, kerana tidak dibenarkan. Memang sudah polisi Intel tidak membenarkan lawatan tidak dibenarkan dibuat ke sektor pembuatan cip ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More