Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

17 June 2011

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Setelah terlihat van yang terlibat, terus saya memberhentikan kereta untuk melihat perkembangan pemandunya memandangkan saya amat mengenali pemilik van berkenaan.Pemiliknya adalah bekas Pembantu Am Rendah di sekolah saya.

Alhamdulillah, orangnya saya lihat tidak cedera, cuma mengalami sedikit calar-calar di kepala akibat terkena cermin yang pecah. Beliau memakai tali pinggang keledar pada masa itu.Begitu juga pemandu MyVi ini, seorang guru wanita di sekolah agama di Kluang, juga mengalami luka ringan di muka, mungkin akibat cermin pecah dan hentaman 'airbag'.


Cuma yang sedih adalah penunggang motosikal yang sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat rempuhan kepada kereta MyVi.

Itulah, kalau malang tu boleh berbau, kemalangan yang meragut nyawa dan juga meninggalkan kesan trauma itu boleh dielakkan tapi itulah orang kata malang tidak berbau..............

01 October 2009

Penat & Semangat Raya

Salam Aidilfitri dan salam muhibbah......

Hari Isnin lepas dah mula balik rutin seharian yang ditinggalkan seminggu.Bangun pagi-pagi dan pergi kerja sebelum matahari terbit lagi. Berdepan dengan budak-budak dan melakukan kerja-kerja yang boleh dihafal tahun demi tahun.

Pada hari raya pertama saya menyambutnya di Johor memandangkan ramai saudara mara belah isteri saya akan datang ke rumah untuk berhari raya. Biasanya mereka akan sampai ke rumah saya selepas sembahyang hari raya. Satu keluarga demi satu keluarga datang bertali arus. Juadah jamuan adalah seperti biasa, ketupat, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan kuih muih raya. Begitulah keadaannya sehingga tak memang tangan.

Hari raya kedua, saya berhari raya dalam kereta sebenarnya. Memandu menuju destinasi di Pasir Mas, Kelantan, kampung halaman saya. Tiadalah terasa suasana hari rayanya. Jalan raya agak lenggang sehinggalah sampai di Machang, Kelantan. Bermula di sini deretan kenderan memenuhi jalan raya. Memang akan agak lewat saya sampai ke rumah nanti.

Berhenti rehat, bersembahyang maghrib dan kemudiannya dengan mengunakan jalan pintas, saya sampai ke rumah 3 jam kemudiannya. Sepatutnya perjalanan dari Machang ke rumah saya adalah dalam lingkungan sejam. Itulah pengalaman yang tidak boleh dirasai kecuali hari raya di Kelantan.

Selain berkunjung ke rumah saudara mara, saya sempat juga berhari raya di rumah seorang kawan lama. Beliau baru saja menduduki rumah barunya beberapa hari sebelum Aidilfitri. Beliau adalah antara rakan yang sama-sama belajar di SMK Tengku Penglima Raja, Lemal dahulu. Alhamdulillah persahabatan kami dan juga rakan-rakan yang lain masih akrab walaupun masing-masing dah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab serta menetap di tempat yang berbeza. Cuma tahun ini tak sempat untuk kami membuat perjumpaan untuk 'ngeteh' sambil bercerita hal masing-masing.

Saya baru mendapat berita yang rumah kawan saya ini baru saja di masuki pencuri yang menyebabkan beliau kerugian hampir RM10,000. Takziah dan diharap bersabar dari saya.

Hari raya tidak dapat dielakkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa ratusan orang. Sedih bila nyawa insan-insan tersayang melayang akibat kemalangan. Nyawa tiada boleh dicari dan diganti, yang ada cuma satu. Kemalangan yang tidak dapat saya lupakan. gambarnya saya pun tak sanggup untuk letakkan di sini. Cuma kalau sesiapa yang sanggup melihat, kliklah disini.

Selamat Berhari Raya.....

22 July 2009

Malang Tidak Berbau.

Malang tidak berbau. Memang kalau malang boleh dihidu senanglah kita mengelakkannya. Kemalangan melibatkan 3 buah kereta Kancil, 1 Myvi dan 1 Viva di hadapan Institut Haiwan Air Hitam, Jalan Kluang-Batu Pahat pada 16 Julai 2009 yang lalu.

Kemalangan baru berlaku sejurus saya sampai di sana. Nasib pemandu tidak diketahui, semoga kesemua pemandu terselamat dari sebarang kecederaan.

15 March 2009

Speeding. No One Thinks Big Of You


Happy school holiday to all friend.
Hope this can be a reminder to all...please think of your loved ones...


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More